Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ngan.a.ngan] | اڠن٢

Definisi : 1. ingatan, fikiran; jalan ~ jalan fikiran; sakit ~ tidak betul fikiran; 2. gambaran atau bayangan dlm fikiran (sese­orang yg sedang berkhayal), khayalan, fikiran atau ingatan (yg timbul dlm menungan): bunyi kuang di rimba sekonyong-konyong melenyapkan ~ Jusuh; 3. cita-cita: ~nya menjadi doktor; 4. sesuatu (harapan dll) yg tidak mung­kin tercapai (berlaku dsb), khayalan: itu bukan ~ tetapi kenyataan; 5. Mn maksud, niat: bukan ~nya hendak memalukan orang tuanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ngan.a.ngan] | اڠن٢

Definisi : 1 gambaran ttg masa depan seseorang yg terbayang dlm fikiran; cita-cita: ~ tokoh politik itu adalah hendak menjadi Perdana Menteri. 2 apa-apa yg diingat; ingatan: ~nya melayang kembali ke waktu dia berada di Tokyo. 3 fikiran atau gambaran ttg sesuatu yg tidak mungkin wujud; khayalan: Segala yg dikatakannya itu ~ belaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angan-angan

Puisi
 

Pergi seberang berangan-angan,
     Membeli ikan ditimbang kati;
Banyak orang melarang jangan,
     Saya seorang mengikut hati.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Angan-angan menerawang langit.

Bermaksud :

Selalu mencita-citakan segala sesuatu yang tinggi.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAT JENIN

MAT JENIN, cerita jenaka Melayu.  Biasanya cerita ini dituturkan pada waktu tertentu sebagai bahan hiburan.  Cerita ini bermula dengan watak Mat Jenin, seorang pemuda miskin yang kerjanya mengambil upah memanjat pokok kelapa.  Sambil memanjat pokok kelapa dia berangan-angan untuk menjadi kaya.  Upah yang diperoleh daripada memanjat pokok kelapa itu akan dibelinya ayam.  Ayam itu kemudian dijualnya dan dibelinya kambing.  Kambing itu dijual dan dibelinya lembu. Kemudian lembu itu dijual, lalu dia membeli kerbau.  Kerbau itu dikumpulkannya dan dibelinya rumah dan tanah.  Apabila kaya, dia akan berkahwin dengan puteri raja.  Oleh sebab terlalu gembira dengan angan-angannya, tangannya terlepas daripada memegang pelepah kelapa.  Dia jatuh ke tanah lalu mati.

SASTERAKarya

Kembali ke atas