Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.gap] | اڠݢڤ

Definisi : ; menganggap memandang (sesuatu atau seseorang) sbg, berpendapat bahawa: mereka ~ dia orang yg tidak boleh diharap; buku itu dianggap paling penting utk mem­bantu pelajarannya; anggapan kesimpulan (sikap) terhadap se­seorang atau sesuatu, pandangan, pendapat, sangkaan: buku itu membayangkan ~ hidup orang-orang terpelajar; ~ umum pendapat umum; pd ~nya pd sangkaannya (pandang­annya); beranggapan mempunyai anggapan (bahawa), menyangka, berpendapat: mungkin ada orang yg ~ poster samalah spt hiasan dinding atau jambangan bunga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.gap] | اڠݢڤ

Definisi : sl; beranggap berganti, bergiliran (menari dll): anak-anak muda itu menari ~; beranggap-anggapan bergiliran mengajak atau menjemput menari (minum dll): sampai tengah malam mereka ~ menari; menganggap menjemput (mengajak) menari dll dgn memberi isyarat: hulubalang itu pun dianggap oranglah; menganggapkan mengunjukkan (minuman dll); anggapan ajakan, jemputan (menari dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.gap] | اڠݢڤ

Definisi : ; menganggap membuat kesimpulan ttg sesuatu; berpendapat bahawa; memikirkan: Mereka ~ bahawa tindakan majikan itu bertentangan dgn persetujuan yg telah dicapai dahulu. anggapan pendapat atau kesimpulan ttg sesuatu; pandangan; pendapat. beranggapan mempunyai anggapan; berpendapat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ang.gap] | اڠݢڤ

Definisi : ; beranggapan berganti-ganti menari dsb. menganggap menyilakan atau mengajak menari (minum dsb) dgn menundukkan kepala. menganggapkan menunjukkan (minuman dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anggap


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, yang mana betul: (1) ialah satu-satunya rancangan, atau (2) adalah satu-satunya rancangan? Jika kita anggap "satu-satunya rancangan" sebagai sebuah Frasa Nama, maka (1) betul. Jika kita anggap "satu-satunya" sebagai sebuah Frasa Adjektif, maka (2) betul. Pendapat DBP?

Berdasarkan contoh yang diberikan, “ialah satu-satunya rancangan” ialah frasa nama, manakala binaan frasa adjektif pula kata pemeri “adalah” hanya boleh diikuti oleh frasa sendi nama dan frasa adjektif yang bersifat huraian sahaja. 

Tatabahasa25.07.2022
Apakah maksud 'daya usaha' dalam konteks ayat ini: 'Hal ini sengaja dilakukan kerana kerajaan tidak mahu disalah anggap bahawa mendayausahakan kelahiran MMM ini ialah upaya kerajaan dan bukannya industri media.' Bolehkah frasa ini digunakan sedemikian?

Maksud “daya usaha”  dalam konteks ayat ini usaha, ikhtiar, keupayaan melaksanakan sesuatu

Ayat yang betul ialah “Hal ini sengaja dilakukan kerana pihak kerajaan tidak mahu disalah anggap bahawa yang  mendayausahakan penubuhan MMM ini ialah pihak kerajaan dan bukannya industri media.'”

 

Tatabahasa19.06.2020
Maksud canggih ialah moden dan kompleks. Boleh kita anggap maksud seerti bagi canggih ialah moden?Canggih bermaksud moden dan kompleks (alat); hebat dan menarik. Ya. Boleh.Istilah18.03.2018
Adakah penggunaan jenis aktiviti Kedai Serbaneka boleh di anggap sebagai aktiviti perniagaan?Betul, Kedai Serbaneka ialah aktiviti perniagaan.Tatabahasa16.05.2011
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan 'blog'. Apakah definisi sebenar perkataan tersebut? Bolehkah kita anggap aplikasi seperti Whatsapp atau Telegram sebagai 'blog'? Terima kasih. ConnellyBlog merupakan laman web yang membolehkan pengguna menulis dan menyimpan diari, catatan, cadangan atau komentar dalam ruang siber. Blog biasanya menggambarkan personaliti, pendirian dan pandangan seseorang pengarang. Oleh itu, blog bukanlah aplikasi seperti WhatsApp atau Telegram.Makna07.08.2021
Assalamualaikum. Tuan, saya ingin bertanya tentang penggunaan 'dalam' atau 'di dalam' sesuatu perisian atau sistem komputer. Adakah setiap satu butang perisian itu boleh saya anggap sebagai ruang fizikal? Contohnya: Dalam/di dalam (nama perisian) anda akan belajar mengira. Terima kasih.Penggunaan kata "di dalam" dan "dalam" ialah seperti yang berikut:
Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan.

Penggunaan yang betul ialah dalam (nama perisian).
Tatabahasa18.04.2017
salam, kata tanya yang manakah yang paling tepat digunakan dalam ayat di bawah? ayat: apakah/bagaimanakah perasaan kamu? kalau ayat tidak gramatis, ayat lewah, adakah masih boleh anggap betul(dalam pengajaran dan pembelajaran)? terima kasih...Ayat tanya yang betul ialah bagaimanakah perasaan kamu?
Ayat yang diterima sebagai betul terutamanya dalam peperiksaan ialah ayat gramatis.
Tatabahasa11.05.2012
Terima kasih atas respons tuan/puan. Berikut adalah teks asal dalam Bahasa Inggeris dan cubaan terjemahan saya dalam Bahasa Melayu: English: Certified Deemed Compliant Foreign Financial Institution (“DCFFI”) includes non-registering local bank, FFI with low value accounts, sponsored closely held investment vehicles, or limited life debt investment entities. Bahasa: Institusi Kewangan Asing Diperakui sebagai Patuh (“DCFFI”) termasuk bank tempatan berlesen, FFI dengan akaun nilai rendah, instrumen pelaburan pegangan rapat ditaja, atau entiti pelaburan hutang hidup terhad. Mohon pandangan tuan/puan tentang terjemahan istilah-istilah saya itu. Terima kasih.Dalam data kami deemed interest dan deemed derived diterjemahkan kepada anggap patuh dan anggap peroleh, kami mencadangkan certified Deemed Compliant Foreign Financial Institution (“DCFFI”) diterjemahkan kepada Institusi Kewangan Asing Anggap Patuh diperakui.Penyemakan dan penterjemahan23.01.2015
Yang mana betul? 1. Dia sampai lewat di sekolah. 2. Dia lewat sampai di sekolah. Soalan: Bagi "sampai lewat" ia adalah FK dengan intinya "sampai" dan keterangannya "lewat". Tetapi kalau kita anggap "lewat sampai" sebagai FA, dengan intinya "lewat"....macam betul juga.Kedua-dua ayat tersebut betul.Tatabahasa03.04.2012
mengapakah pihak dbp mengambil masa yg lama untuk menjawab soalan saya. padahal soalan ini ialah soalan yang dikeluarkan untuk dijawab oleh pelajar tingkatan 3 dalam masa 1 jam sahaja. soalan ini saya anggap soalan yang mudah bagi pihak dbp. pihak dbp mempunyai tenaga kerja yang ramai dan berpengalaman dalam bidang bahasa. tidak mungkin soalan untuk pelajar sekolah menengah ini tidak mampu dijawab dalam masa yang singkat. saya telah menghantar soalan ini pada bulan ogos dan sehingga kini masih tidak menerima jawapan. mungkin pihak dbp langsung tidak mengkaji tentang soalan saya ini, tetapi hanya menghantar emel yang mengatakan soalan belum berjwb. perlukah dbp menyediakan kertas kerja atau thesis untuk menjwb soalan ini? saya masih menunggu jawapan dari pihak dbp dengan sabar. saya memohon maaf sekiranya tulisan saya ini menyinggung mana-mana pihak.Ayat ' kami akan bersihkan kawasan belukar' sepatutnya ditulis 'kami akan membersihkan kawasan belukar' kerana ayat ini merupakan ayat aktif. Ayat 'akan kami bersihkan kawasan belukar' ialah ayat pasif seperti yang dinyatakan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, halaman 469-470 .Tatabahasa14.09.2007
123

Kembali ke atas