Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.gap] | اڠݢڤ

Definisi : ; menganggap memandang (sesuatu atau seseorang) sbg, berpendapat bahawa: mereka ~ dia orang yg tidak boleh diharap; buku itu dianggap paling penting utk mem­bantu pelajarannya; anggapan kesimpulan (sikap) terhadap se­seorang atau sesuatu, pandangan, pendapat, sangkaan: buku itu membayangkan ~ hidup orang-orang terpelajar; ~ umum pendapat umum; pd ~nya pd sangkaannya (pandang­annya); beranggapan mempunyai anggapan (bahawa), menyangka, berpendapat: mungkin ada orang yg ~ poster samalah spt hiasan dinding atau jambangan bunga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.gap] | اڠݢڤ

Definisi : sl; beranggap berganti, bergiliran (menari dll): anak-anak muda itu menari ~; beranggap-anggapan bergiliran mengajak atau menjemput menari (minum dll): sampai tengah malam mereka ~ menari; menganggap menjemput (mengajak) menari dll dgn memberi isyarat: hulubalang itu pun dianggap oranglah; menganggapkan mengunjukkan (minuman dll); anggapan ajakan, jemputan (menari dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.gap] | اڠݢڤ

Definisi : ; menganggap membuat kesimpulan ttg sesuatu; berpendapat bahawa; memikirkan: Mereka ~ bahawa tindakan majikan itu bertentangan dgn persetujuan yg telah dicapai dahulu. anggapan pendapat atau kesimpulan ttg sesuatu; pandangan; pendapat. beranggapan mempunyai anggapan; berpendapat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ang.gap] | اڠݢڤ

Definisi : ; beranggapan berganti-ganti menari dsb. menganggap menyilakan atau mengajak menari (minum dsb) dgn menundukkan kepala. menganggapkan menunjukkan (minuman dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anggap


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
adalah malar. (FIZ) iprodione isenthalpy Kamus Sains.indb 425 7/8/08 11:49:40 AM 426 isentrope (isentrop) Garis yang menunjukkan entropi yang sama atau malar. Isentrop boleh di- anggap sebagai isoplet suhu keupayaan, iaitu sama seperti adiabatik kering. (HID) isentropic (isentropik) Keadaan atau sistem yang mempunyai entropi malar. (FIZ) isentropic flow (aliran isentropik) Aliran bendalir yang entropinya tidak berubah kepada pemboleh ubah. (KOM) zero-page addressing (pengalamatan halaman sifar) Pengalamatan ingatan beberapa jenis mikropemproses yang hanya memerlu- kan satu bait alamat. Pengalamatan ini disebabkan oleh bait alamat kedua di- anggap sifar dan merujuk bahagian halaman sifar peta ingatan. Pengalamatan cara ini membolehkan penggunaan kod suruhan yang lebih pendek dan masa pelaksanaan yang lebih pantas. (KOM) zero-point pressure (tekanan takat

Kembali ke atas