Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.gap] | اڠݢڤ

Definisi : ; menganggap memandang (sesuatu atau seseorang) sbg, berpendapat bahawa: mereka ~ dia orang yg tidak boleh diharap; buku itu dianggap paling penting utk mem­bantu pelajarannya; anggapan kesimpulan (sikap) terhadap se­seorang atau sesuatu, pandangan, pendapat, sangkaan: buku itu membayangkan ~ hidup orang-orang terpelajar; ~ umum pendapat umum; pd ~nya pd sangkaannya (pandang­annya); beranggapan mempunyai anggapan (bahawa), menyangka, berpendapat: mungkin ada orang yg ~ poster samalah spt hiasan dinding atau jambangan bunga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.gap] | اڠݢڤ

Definisi : sl; beranggap berganti, bergiliran (menari dll): anak-anak muda itu menari ~; beranggap-anggapan bergiliran mengajak atau menjemput menari (minum dll): sampai tengah malam mereka ~ menari; menganggap menjemput (mengajak) menari dll dgn memberi isyarat: hulubalang itu pun dianggap oranglah; menganggapkan mengunjukkan (minuman dll); anggapan ajakan, jemputan (menari dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.gap] | اڠݢڤ

Definisi : ; menganggap membuat kesimpulan ttg sesuatu; berpendapat bahawa; memikirkan: Mereka ~ bahawa tindakan majikan itu bertentangan dgn persetujuan yg telah dicapai dahulu. anggapan pendapat atau kesimpulan ttg sesuatu; pandangan; pendapat. beranggapan mempunyai anggapan; berpendapat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ang.gap] | اڠݢڤ

Definisi : ; beranggapan berganti-ganti menari dsb. menganggap menyilakan atau mengajak menari (minum dsb) dgn menundukkan kepala. menganggapkan menunjukkan (minuman dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anggap


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
deemed derivedanggap perolehPentadbiran PerniagaanTiadaMenganggap sesuatu sebagai diperolehi. Contohnya pendapatan dari luar Malaysia dianggap sebagai diperolehi di Malaysia.
deemed interestanggap faedahPentadbiran PerniagaanTiadaMenganggap sesuatu sebagai faedah.
deemed derivedanggap perolehEkonomiTiadaTiada
deemed interestanggap faedahEkonomiTiadaTiada
snow bannerpanji saljiMeteorologiMeteorologi PerhubunganSalji yang diterbangkan dari puncak gunung. Kadangkala disalah anggap sebagai asap gunung berapi atau awan panji.
noisegangguan; kebisingan; bising; hingarMatematikTiadaSebarang isyarat yang berlaku di dalam sistem elektronik atau komunikasi dan di anggap di luar isyarat terambat yang di kehendaki.
cengalcengalPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Neobalanocarpushemii daripada famili Dipterocarpaceae. Nama lain di semenanjung ialah penak, dan sering disalah anggap sebagai kayu daripada jenis lain, seperti balau, merawan, dan giam. Gubal kayu cengal berwarna kuning muda, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat yang lebih tua apabila terdedah. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 915 hingga 9805 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras berat. Kayu cengal mudah diproses dan dikemas siap. Kayu cengal amat tahan dan tidak perlu diawet. Kayu ini maat sesuai untuk semua bentuk binaan berat, alas landasan kereta api, jambatan, dermaga, tiang eletrik, dan perabot kegunaan lasak.
taradiysaling redaPerniagaan IslamTiada1. Persetujuan yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu akad. 2. Persetujuan pihak berakad tanpa sebarang unsur paksaan atau penipuan, salah nyata dan salah anggap. Taradiy merupakan manifestasi persetujuan antara pihak yang berkontrak seperti akad jual beli, sewa dan hadiah. Akad yang terbukti wujud unsur yang menjejaskan persetujuan seperti salah nyata boleh menyebabkan akad asal terbatal.
percentage participationpenyertaan peratusanPentadbiran PerniagaanTiadaPeruntukan dalam kontrak insurans kesihatan yang mencatatkan bahawa insurer akan berkongsi kerugian dengan pihak yang diinsuranskan mengikut kadar yang telah dipersetujui. Istilah ini selalunya disalah anggap sebagai koinsurans. Contoh: penyertaan 80 - 20 bermaksud pihak yang diinsuranskan menanggung baki 20% daripada kerugian yang dilindungi oleh kontrak.

Kembali ke atas