Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.ga.pan] | اڠݢڤن

Definisi : ajakan, jemputan (menari dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.ga.pan] | اڠݢڤن

Definisi : kesimpulan (sikap) terhadap se­seorang atau sesuatu, pandangan, pendapat, sangkaan: buku itu membayangkan ~ hidup orang-orang terpelajar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.ga.pan] | اڠݢڤن

Definisi : pendapat atau kesimpulan ttg sesuatu; pandangan; pendapat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anggapan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
phenomenologyfenomenologiKesusasteraanTiadaPerspektif dan metodologi untuk menyelidik sesuatu fenomena. Fenomena berkaitan dengan sesuatu perkara yang disedari oleh kesedaran manusia secara terus tanpa anggapan a priori atau anggapan yang dibuat sebelumnya. Metodologi ini menekankan peranan kesedaran seseorang pengamat sebagi paksi. Fenomenologi merupakan gerakan falsafah awal pada abad ke-20 yang diasaskan oleh ahli falsafah jerman, Edmund Husserl (1959-1939). Menurut Husserl, objek penyiasatan falsafah yang sebenar bukanlah sekadar sesuatu yang dapat dikesan oleh deria, tetapi lebih merupakan isi kandungan kesedaran a priori seseorang tentang sesuatu. Dengan menyiasat keadaan dan proses mental dan intelektual secara terperinci, Husserl yakin bahawa sifat asas atau kesedaran seseorang atau sesuatu fenomena dapat didedahkan. Implikasinya adalah terhadap kesedaran seseorang pengamat yang merupakan punca dan pusat kepada makna dan ilmu. Dalam kritikan penghayatan karya dan penelitian sifat asas dan inti patinya. Oleh itu, kritikan sastera fenomenologi melibatkan aktiviti penghayatan karya dan penelitian sifat asas dan inti patinya. Oleh itu, kritikan sastera fenomenologi memfokuskan inti pati karya, meneliti pengalaman atau proses pembacaan, dan memberikan bagaimana inti pati tersebut mengesan kesedaran pembaca, dan tindak balas daripadanya. Oleh yang demikian, pengkritik memahami kesedaran pengarang, khususnya �struktur dalaman� pengarang itu. Justeru, dapatlah diketahui bagaimana pengarang menghayati dunianya. Fenomenologi kemudian nya dikembangkan oleh Martin Heidegger (murid Husserl) dan Hans-Georg Gadamer. Mereka meninggalkan pengaruh meluas ke arah kritikan sastera moden, khususnya dalam teori Wolfgang Iser tentang respons pembaca dan teori resepsi Robert Jauss. Fenomenologi dimanfaatkan oleh teori dan amalan pengkritik daripada Sekolah Geneva. Kesan jangka panjang fenomenologi juga terdapat dalam teori pascastrukturalisme. Fenomenologi berasal daripada perkataan Yunani fenomena yang bermaksud �benda yang muncul�. Lihat juga hermeneutika.
suppositionandaianMatematikTiadaAnggapan asas yang (diterima sebagai benar) digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Anggapan ini boleh berbentuk pernyataan yang digunakan untuk mendapatkan usulan lain.
quasi-geostrophic approximationpenghampiran kuasigeostrofiSainsHidrometeorologiPenggunaan anggapan keseimbangan geostrofi dalam konteks persamaan gerakan tertentu sahaja. Anggapan ini yang selalu dibuat dalam ramalan bernombor mempunyai kesan, antara lain, untuk meringkaskan persamaan gerakan dan menghapuskan sifat gerakan yang berskala kecil.
presumptionanggapanKejuruteraanTiadaTiada
presumptionanggapanUndang-undangTiadaTiada
rebuttable presumptionanggapan boleh dipatahkanUndang-undangTiadaTiada
assumed meanmin anggapanFizikTiadaTiada
assumed datumdatum anggapanKejuruteraanTiadaTiada
assumed meanmin anggapanMatematikTiadaSatu nilai hampiran bagi min aritmetik.
assumed meanmin anggapanPendidikanTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas