anggar I | ; anggar-anggar lebih kurang, kira-kira: isi besen itu dgn air ~ setengah; menganggar, menganggarkan mengira(kan) secara kasar sahaja, mengira-ngira(kan), memperhitungkan (belanja, biaya, dll) secara kasar: adalah dianggarkan bahawa kira-kira tiga per lima penduduk dunia tinggal di Asia; jawatankuasa itu menganggarkan perbelanjaan yg diperlukan lebih drpd RM5000; anggaran 1. jumlah yg dianggarkan, perhitungan atau perkiraan secara kasar: beri ~ berapa liter minyak diperlukan utk perjalanan 1000 km; ~ pendapatan dan perbelanjaan negara; 2. lebih kurang, kira-kira: ia hendak berhenti di situ ~ empat lima malam lagi; 3. Id peraturan; ~ belanja kira-kira (kasar) belanja (kerajaan, pertubuhan, dll); ~ belanjawan kira-kira (kasar) pendapatan dan perbelanjaan; ~ dasar peraturan pokok yg menjadi dasar peraturan lain (pd pertubuhan dll); ~ rumah tangga Id peraturan yg menghuraikan atau melengkapkan anggaran dasar; penganggaran proses mengira (menghitung) secara kasar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anggar-anggar | lebih kurang, kira-kira: isi besen itu dgn air ~ setengah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anggar VI | ; teranggar-anggar ark terlanggar-langgar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
juara anggar | johan permainan anggar | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anggar | ; menggangar membuat perhitungan ttg sesuatu perbelanjaan dll; mengira-ngira: Emaknya telah ~ perbelanjaan dapur sebanyak RM500/- sebulan. anggaran kira-kira; perkiraan: ~ perbelanjaan utk tahun depan sudah dibuat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
anggar V | kayu tempat burung bertengek dlm sangkar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anggar IV | IB 1. gudang tempat menyimpan kapal terbang; 2. gudang besar di pelabuhan; 3. jambatan, pangkalan pelabuhan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anggar III | rumah tempat perhentian (di ladang dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anggar; | menganggar membuat perhitungan ttg sesuatu perbelanjaan dll; mengira-ngira: Emaknya telah ~ perbelanjaan dapur sebanyak $500/- sebulan. anggaran kira-kira; perkiraan: ~ perbelanjaan utk tahun 1988 sudah dibuat. | Kamus Pelajar |
anggar II | Id permainan (perkelahian) dgn memakai pedang: bermain ~; beranggar bermain anggar, berkelahi dgn memakai pedang; ~ lidah berbantah; ~ pena berbantah dgn tulisan, berpolemik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |