Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.go.ta] | اڠݢوتا

Definisi : 1. bahagian tubuh, terutama tangan dan kaki: duduk membongkok tidak menye­nang­kan ~ badannya; 2. ahli (sesuatu pasukan, pertubuhan, golongan, dll): ~-~ pasukan bomba bergesa-gesa ke tempat kebakaran itu; ~ perwakilan asing; ~ polis; ~ tentera; beranggota mempunyai anggota; beranggotakan mempunyai sbg anggota atau ahli; menganggotai menjadi anggota (sesuatu perkumpulan, pertubuhan, dll): pertubuhan itu dianggotai oleh peminat-peminat pel-bagai seni; Jabatan Pengajian Islam terus ~ Fakulti Sastera dan Sains Sosial; keanggotaan perihal menjadi anggota, ke­dudu­kan (hak) sbg anggota, keahlian: komunis China menuntut ~nya diterima dlm Bangsa-Bangsa Bersatu; ~ negara itu dlm per­tubuhan tersebut dicabar oleh beberapa buah negara anggota yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.go.ta] | اڠݢوتا

Definisi : 1 bahagian tubuh (terutamanya tangan dan kaki): ~nya terasa sakit-sakit setelah ikut serta dlm perlumbaan jalan kaki. 2 orang yg turut serta dlm sesuatu pertubuhan (syarikat, kesatuan dll): Ayahnya ~ polis. menganggotai menjadi anggota dlm sesuatu pertubuhan dsb: Beberapa orang kenamaan telah turut ~ syarikat kerjasama itu. keanggotaan hal menganggotai sesuatu pertubuhan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anggota

Peribahasa

Tangan yang celaka kerja jatuh.

Bermaksud :

Mendapat kerugian kerana perbuatan anggota keluarga yang tidak bertanggungjawab.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sila semak perkataan 'anggota-anggota' dalam ayat di bawah sama ada betul atau salah dari segi tatabahasa. Jika salah, sila berikan jawapan yang betul. 1. Oleh hal yang demikian, keturunan bukanlah faktor pemangkin seseorang itu dijangkiti Tibi walaupun terdapat anggota-anggota keluarga yang pernah dijangkiti Tibi sebelum ini.Ayat yang betul ialah:







Oleh hal yang demikian, keturunan bukanlah faktor pemangkin seseorang itu dijangkiti Tibi walaupun terdapat anggota keluarga yang pernah dijangkiti Tibi sebelum ini.
Tatabahasa15.10.2021
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bolehkah pihak tuan membetulkan ayat berikut; Dalam mencalonkan dan memilih anggota-anggota Jawatankuasa Pertubuhan, Mesyuarat Agung Tahunan boleh menentukan prosedurnya sendiri. Terima kasih.Cadangan ayat yang betul ialah Mesyuarat agung tahunan boleh menentukan prosedur bagi mencalonkan dan memilih anggota jawatankuasa (pertubuhan).Tatabahasa23.12.2023
(a) Tidak harus membuat sesuatu yang boleh dianggap menjadi nuisance of persistence annoyance kepada anggota-anggota Koperasi;Padanan bahasa Melayu bagi perkataan nuisance ialah gangguan. Persistence annoyance ialah kegusaran berterusan. Oleh yang demikian padanan bahasa Melayu bagi rangkai kata tersebut ialah gangguan kegusaran berterusan.  Istilah12.06.2008
apakah yang dimaksudkan dengan organisasi kekerabatan?Organisasi bermaksud kesatuan (susunan dsb) yg terdiri drpd bahagian-bahagian (orang dll) dlm sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dll) utk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dsb), pertubuhan. Kekerabatan bermaksud yg berkaitan dgn kerabat, antara anggota-anggota dlm sesuatu kerabat, kekeluargaan. Organisasi kekerabatan boleh dikatakan sebagai pertubuhan kekeluargaan.Makna01.03.2007
anggota penguat kuasa. (jarak atau rapatkan)Ejaan penguat kuasa ialah jarak.Ejaan26.07.2013
Apakah pekerjaan Encik Roslan? (1):Pekerjaan Encik Roslan ialah sebagai anggota polis trafik (2):Pekerjaan Encik Roslan sebagai seorang anggota polis trafik Manakah jawapan betul? kenapa? bukankah 'Encik Roslan bekerja sebagai anggota polis trafik' lebih sesuai?Ayat yang lebih gramatis ialah Encik Roslan bekerja sebagai anggota polis trafik.Tatabahasa06.08.2013
Mengapakah "borang keanggotaan" betul, bukan "borang anggota"?Jika mahu menggunakan frasa Borang Anggota perlu dilengkapkan seperti Borang Anggota Pertubuhan ABC.Tatabahasa23.04.2015
apa perbezaan warka kerja & anggota kerja ayat yang ingin saya bina adalah seperti di bawah: seorang anggota kerja yang menjalankan tugas sebagai penyambut tetamu @ seorang warga kerja yang menjalankan tugas sebagai penyambut tetamuMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna perkataan "anggota" ialah ahli (sesuatu pasukan, pertubuhan, golongan, dan lain-lain. Perkataan "warga" pula bermaksud ahli (suatu keluarga, syarikat, dan lain-lain). Kedua-dua perkataan ini adalah sinonim. Berdasarkan ayat yang mahu dibina, penggunaan kata "warga" lebih sesuai digunakan untuk menggambarkan perihal penyambut tetamu.Makna03.10.2017
Apakah makna "pemisah" pada perkataan "anggota pemisah" atau "puak pemisah". Contoh ayat, seorang anggota pemisah ditembak mati oleh tentera. Adakah sama maksudnya dengan gerila?Pemisah bermaksud pengikut faham pemisahan , misalnya pejuang pembebasan, sosialis dan lain-lain. Dalam contoh ayat yang diberikan adalah bermaksud anggota yang menyertai kumpulan atau menjadi pengikut faham pemisahan. Manakala gerila bermaksud perang secara kecil-kecilan dan tidak secara berhadapan.Makna10.06.2008
Salam Sejahtera. Tuan, Boleh saya dapatkan pengesahan sama ada pengunaan 'anggota mesyuarat' boleh digunakan untuk merujuk kepada ahli mesyuarat kerana mesyuarat dihadiri oleh Anggota Lembaga (Board Member)Pengunaan perkataan "anggota mesyuarat" boleh digunakan untuk merujuk kepada perkataan "ahli mesyuarat".Istilah23.06.2020
12345678910...

Kembali ke atas