Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.go.ta] | اڠݢوتا

Definisi : 1. bahagian tubuh, terutama tangan dan kaki: duduk membongkok tidak menye­nang­kan ~ badannya; 2. ahli (sesuatu pasukan, pertubuhan, golongan, dll): ~-~ pasukan bomba bergesa-gesa ke tempat kebakaran itu; ~ perwakilan asing; ~ polis; ~ tentera; beranggota mempunyai anggota; beranggotakan mempunyai sbg anggota atau ahli; menganggotai menjadi anggota (sesuatu perkumpulan, pertubuhan, dll): pertubuhan itu dianggotai oleh peminat-peminat pel-bagai seni; Jabatan Pengajian Islam terus ~ Fakulti Sastera dan Sains Sosial; keanggotaan perihal menjadi anggota, ke­dudu­kan (hak) sbg anggota, keahlian: komunis China menuntut ~nya diterima dlm Bangsa-Bangsa Bersatu; ~ negara itu dlm per­tubuhan tersebut dicabar oleh beberapa buah negara anggota yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.go.ta] | اڠݢوتا

Definisi : 1 bahagian tubuh (terutamanya tangan dan kaki): ~nya terasa sakit-sakit setelah ikut serta dlm perlumbaan jalan kaki. 2 orang yg turut serta dlm sesuatu pertubuhan (syarikat, kesatuan dll): Ayahnya ~ polis. menganggotai menjadi anggota dlm sesuatu pertubuhan dsb: Beberapa orang kenamaan telah turut ~ syarikat kerjasama itu. keanggotaan hal menganggotai sesuatu pertubuhan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anggota

Peribahasa

Tangan yang celaka kerja jatuh.

Bermaksud :

Mendapat kerugian kerana perbuatan anggota keluarga yang tidak bertanggungjawab.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RINDERPEST

Rinderpest, juga dikenali sebagai wabak lembu,

ialah penyakit yang akut, sangat berjangkit pada

lembu dan anggota-anggota lain dalam famili ox.

UMUM 
POLIS

Polis ialah pekerja awam yang menguatkuasakan

undang-undang dan mengekalkan keamanan. Tugas

mereka ialah menghalang jenayah dan melindungi

nyawa serta harta benda orang awam dalam

sesebuah komuniti. Anggota-anggota polis lelaki

dan wanita berkhidmat kepada komuniti dalam

pelbagai cara. Mereka meronda jalan raya dengan

tujuan untuk mengawal jenayah dan membantu

menyelesaikan berbagai-bagai masalah orang ramai.

Polis mengawal lalu lintas untuk memastikannya

berjalan lancar dan selamat. Polis juga sering kali

dipanggil untuk menyelesaikan pertelingkahan,

mencari orang yang dilaporkan hilang atau

membantu mangsa-mangsa kemalangan. Pada masa

banjir, kebakaran dan lain-lain bencana, mereka

menyediakan tempat berteduh, pengangkutan dan

penjagaan kepada mangsa-mangsa.

UMUM 
ANGGOTA PALSU

Anggota palsu ialah gantian tiruan untuk lengan

atau kaki yang hilang akibat kecederaan, penyakit,

atau kecacatan semasa lahir. Anggota palsu juga

dikenali sebagai prostesis. Tidak ada anggota palsu

yang dapat menjalankan kesemua fungsi anggota

manusia, tetapi anggota palsu yang cukup padan

dapat menolong seseorang mengambil bahagian

dalam kebanyakan kegiatan harian.

UMUM 
KENAN

KENAN, tanda atau cacat pada kulit atau anggota-anggota tubuh yang lain semenjak seseorang itu lahir.  Selain itu, kenan juga merupakan keganjilan tertentu, terutamanya pada gerak-geri ataupun kelakuan yang merupakan bawaan semenjak lahir atau kecil.

BUDAYAKonsep
ANGGOTA BANGSAWAN UNITED KINGDOM

Anggota Bangsawan United Kingdom ialah

lelaki atau wanita yang mempunyai taraf

bangsawan, seperti taraf earl atau baron. Taraf

bangsawan tersebut memberikan pemiliknya hak

untuk dikenali sebagai “Lord” atau “Lady” dan bukan

“Mr.” atau “Mrs.”, gelaran yang digunakan oleh

rakyat biasa .

UMUM 
ORDER

Order ialah unit pengelasan saintifik. Organisma

dibahagikan kepada tujuh kumpulan utama yang

dinamakan alam, filum, kelas, order, famili, genus,

dan spesies. Anggota sesuatu order berkaitan lebih

rapat daripada anggota sesuatu kelas.

Bagaimanapun, anggota order tidak berkaitan

terlalu rapat sebagaimana anggota famili.

Lihat juga Pengelasan saintifik ( jadual).

UMUM 
RASISME

Rasisme ialah kepercayaan bahawa manusia

boleh dibahagikan menurut ras dan anggota,

sesetengah ras berkedudukan lebih rendah

daripada anggota ras yang lain. Biasanya sikap ini

melibatkan kepercayaan bahawa ras sendiri adalah

lebih mulia daripada ras lain. Orang yang percaya

atau mengamalkan rasisme dikenali sebagai

penganut faham rasisme atau rasis. Rasis

mendakwa bahawa anggota ras mereka sendiri

adalah lebih baik dari segi mental, fizikal, moral

atau kebudayaan berbanding dengan ras lain. Oleh

sebab mereka mengandaikan bahawa mereka

adalah lebih baik, mereka percaya bahawa mereka

berhak mendapat hak istimewa.

UMUM 
PRASANGKA

Prasangka ialah pendapat yang terbentuk tanpa

mengambil waktu dan usaha untuk membuat

pertimbangan dengan adil. Pendapat seperti itu

mungkin baik atau tidak baik dan dibuat tanpa

mempedulikan bukti yang tersedia. Dalam rencana

ini, prasangka bererti pendapat tidak baik yang

dipegang dengan cara ini tentang anggota-anggota

suatu kumpulan sosial tertentu. Orang yang

berprasangka cenderung memutarbelitkan,

menyelewengkan, serta menyalahertikan ataupun

mengabaikan fakta yang bertentangan dengan

pendapat yang telah ditentukannya terlebih

dahulu. Umpamanya, orang yang berprasangka

mungkin percaya bahawa semua individu dalam

suatu kumpulan umur, bangsa, kumpulan etnik,

agama, seks atau wilayah sesebuah negeri itu

pemalas, kejam, bodoh, tak stabil emosinya,

ataupun tamak.

UMUM 
MAJLIS PRIVI

Majlis Privi ialah majlis kehormat yang dilantik

oleh raja Great Britain. Anggota Majlis Privi terdiri

daripada ahli kabinet, pemimpin politik, hakim,

dan sarjana yang dipilih dari negara-negara

Komanwel yang mengakui raja Inggeris sebagai

simbol ketua negara Komanwel. Dalam

kebanyakan hal, majlis ini ialah sebagai anggota

kehormat. Anggota majlis ini hanya bergaji,

apabila mereka diberi tempat dalam kabinet.

Ketua hakim majlis ini ialah anggota dewan

kabinet Inggeris.

UMUM 
MAJUSI

Majusi ialah anggota keturunan kelas paderi

dari Media, kerajaan purba yang terletak di

kawasan yang kini dikenali sebagai utara Iran.

Seseorang anggota kelas tersebut dipanggil

Magus. Majusi dikenali sebagai pengamal magis,

pentafsir mimpi dan petanda sesuatu kejadian

serta mempersembahkan korban astrologi.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas