Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anggota badan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AURAT

Aurat, anggota badan yang wajib ditutup mengikut Islam dan seseorang akan berasa malu apabila ia didedahkan.

AGAMAKonsep
BALDU DEWANGGA

BALDU DEWANGGA, sejenis kain yang berasal dari India, Arab, Parsi dan China. Kain dewangga bererti kain yang indah untuk menutupi anggota badan dipakai oleh golongan bangsawan. Istilah dewangga umumnya merujuk kepada sejenis kain yang bercorak indah (biru atau kuning di atas kain natar merah). Dengan penggunaan bahan tertentu disebut lengkap sebagai sutera dewangga atau baldu dewangga. Kain ini juga dikenal sebagai ainulbanat atau kamkha. Misalnya pada abad ke-14, China pernah mengirim bingkisan ke Melaka iaitu sutera benang emas kamkha dewangga, yang bererti kain daripada benang sutera yang dihias dengan sulaman benang.

BUDAYAKonsep
PENTAS OPERA

PENTAS OPERA, drama 13 babak karya Zakaria Ariffin.  Drama ini memenangi hadiah kedua dalam Pertandingan Hadiah Drama ESSO-GAPENA II pada tahun 1988/89, dan dipentaskan buat pertama kalinya di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1989 oleh anggota Badan Budaya DBP.  Zakaria bertindak sebagai pengarah.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
KAKI

Kaki ialah anggota yang menyokong badan

manusia atau haiwan.

UMUM 
EKOR

Ekor ialah bahagian badan haiwan vertebrat

yang menganjur ke belakang menjangkaui pelvis.

Pada haiwan tanpa anggota, ekor ialah bahagian

badan yang menganjur menjangkaui dubur.

UMUM 
PERBADANAN KEWANGAN ANTARABANGSA

Perbadanan Kewangan Antarabangsa –

International Finance Corporation (IFC) ialah

badan pelaburan yang dimiliki dan dibiayai oleh

kira-kira 125 buah negara. IFC menggalakkan

pertumbuhan perusahaan swasta yang produktif

di kalangan negara anggota yang kurang

membangun. Ia melabur dalam perusahaan

swasta di negara tersebut tanpa jaminan daripada

pihak kerajaan. Pelaburannya membentuk

sebahagian daripada jumlah pelaburan lebih

besar yang disediakan oleh pelabur usahawan

swasta tempatan dan pelabur asing. IFC juga

melabur dalam projek yang dibiayai bersama oleh

kerajaan dan pelabur swasta.

UMUM 
KUPU-KUPU LANG

Kupu-kupu lang ialah anggota famili

kupu-kupu besar di seluruh dunia yang berwarna

terang yang juga dikenali sebagai kupu-kupu

sfinks. Kupu-kupu ini mempunyai badan yang kuat,

bergaris arus; kepak depan yang langsing

dan kepak belakang yang kecil.

UMUM 
KONGRES AMERIKA SYARIKAT

Kongres Amerika Syarikat menggubal

undang-undang negara Amerika Syarikat.

Kongres mempunyai dua badan, Dewan Senat dan

Dewan Perwakilan. Kedua-duanya mempunyai

kuasa yang sama. Rakyat memilih anggota

Kongres.

UMUM 
BADI

BADI, kuasa luar biasa yang tidak berbentuk peribadi yang terdapat pada benda tertentu seperti anggota manusia, bentuk alam yang luar biasa seperti busut, binatang atau bangkai binatang. Badi boleh mempengaruhi badan manusia untuk mendatangkan kesan seperti sakit dan kelemahan.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas