Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.gun] | اڠݢون

Definisi : elok, tampan (pakaian, tingkah laku, gaya): elok bentuk mukanya, putih kuning cahaya warna kulitnya, hebat ~ jalannya; begitu ~ baju baldu hitam yg berpotongan kebaya itu; keanggunan keelokan, ketampanan: ia tersenyum mengagumi ~ perkembangan fikirannya sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.gun] | اڠݢون

Definisi : ® anghun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.gun] | اڠݢون

Definisi : elok, bergaya dan menarik (bkn cara berpakaian, tingkah laku, gaya): Dia kelihatan begitu ~ berpakaian begitu. keanggunan keadaan atau sifat anggun: Para penonton terpesona dgn ~ penyanyi itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anggun


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Anggun's Literature SEL 2.50 PTG Apa pula maksudnya kalau diasingkan baris demi baris. Contohnya, maksud 'Kelip-kelip kusangka api' Adakah membawa maksud fitnah?“Kelip-kelip kusangka api, kalau api mana putungnya” ialah pembayang maksud pantun. “Hilang ghaib kusangka mati, kalau mati mana kuburnya” pula ialah maksud sebenar yang hendak disampaikan. Pembayang maksud sebaiknya menggunakan bahasa simbolik atau berkias yang berkaitan dengan unsur alam yang mampu menggambarkan keperibadian bangsa Melayu yang suka menyatakan sesuatu maksud secara berselindung dan berkias untuk menyatakan maksud sebenar.Lain-lain06.06.2017
Anggun's Literature SEL 12.32 PAGI Salam. Boleh saya tahu maksud pantun Kelip-kelip kusangka api, kalau api mana putungnya, hilang ghaib kusangka mati, kalau mati mana kuburnya. Saya sudah membuat carian di google, tapi masih belum dapat jawapan. T.kasihPantun merupakan karya sastera bentuk puisi lama yang sudah dikenal dalam masyarakat nusantara sejak dulu kala. Menurut Hashim Awang (1985) memperincikan sastera sebagai hasil ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Hasil sastera disebarkan melalui bahasa manakala bahasa mampu memancarkan keindahan yang terkandung dalam karya sastera. Wahana bahasa menjadikan karya sastera dapat difahami segala isi dan tujuan yang mahu dilakarkan oleh pengarang. Karya sastera membicarakan apa yang berlaku dan terlibat pada sesuatu masyarakat sambil mengemukakan sikap, nilai dan pandangan tertentu. Bagi Ali Ahmad (1994) karya sastera terkandung di dalamnya nilai-nilai estetika atau keindahan manakala bahasa sastera lahir bersama-sama pembinaan rasa, cita-cita, imaginasi kehidupan, dan fikiran. Selain itu karya sastera tidak dapat lari dari membawa bersamanya unsur nilai yang ada perkaitan dengan keagamaan, kebudayaan, dan kemasyarakatan. Pembaca memiliki kebebasan dalam menganalisa dan memahami sesuatu karya sastera terutamanya pantun. kadang-kadang satu rangkap pantun saja boleh menyampaikan mesej yang pelbagai mengikut pemahaman pembaca. Berdasarkan rangkap pantun Kelip-kelip kusangka api, kalau api mana putungnya, hilang ghaib kusangka mati, kalau mati mana kuburnya. salah satu cara menafsirkannya ialah dengan melihat kata kunci maksud pantun tersebut "mati" dan "kubur" yang pada umumnya mengungkapkan tentang manusia. Pantun ini boleh saja ditafsirkan sebagai bidalan dan perumpamaan kepada perhubungan individu dengan individu lain (saudara/sahabat) yang sudah sekian lama terpisah dan terputus hubungan sehingga tidak dapat diketahui individu tersebut masih hidup atau sudah meninggal.Lain-lain30.05.2017
Salam sejahtera. Minta pencerahan tuan: adakah perkataan "Anggun" Hanya digunakan utk perempuan shj? Sebab setelah merujuki kamus Dewan, saya mdpti "Anggun" membawa maksud elok, tampan. Jadi, blhkah ayat berikut diterima? Cth: Abang saya kelihatan anggun apabila memakai pakaian seragam bomba. Betul @ salah? Mengapa? Terima kasih.Betul, seperti yang dimaklumi penggunaan kata anggun tidak dikhususkan jantinanya, hanya perkataan ini sering dikaitkan dengan wanita.Tatabahasa10.08.2016
salam, saya ingin bertanya apa kah maksud MEGACUN yang diperkenalkan oleh syarikat telekomunikasi (Celcom) bagi mempromosikan syarikat mereka.

 

Perkataan 'mega' merupakan awalan asing 1. sangat besar, cthnya megalit; 2. sejuta, cthnya megawatt dan megavolt. sementara perkataan 'cun' bahasa percakapan 1. kata yg mengandungi konotasi padan, anggun, dsb utk dikaitkan dgn sesuatu sifat spt merdu, cantik: Wah, ~lah rambut awak! 2. tepat mengenai sasaran. Dalam penggunaan yang betul, kita menggunakan 'jualan mega' yang merujuk jualan besar-besaran.

Makna04.01.2011
Yang Dihormati, Saya ingin memohon maaf atas kesilapan saya di dalam emel yang di hantar sebelum ini. Pembetulan yang ingin saya kemukakan telah digariskan dan diterangkan. di bawah. Kami di Nuansa Films Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat penerbitan filem, drama dan sebagainya. Nuansa kini dalam penerbitan sebuah filem Bahasa Melayu dibintangi Remy Ishak, Maya Karin dan pelbagai artis tanah air. Filem ini adalah sebuah karya pengarah terkenal Osman Ali. Kami di Nuansa mempunyai dua pilihan untuk tajuk filem ini. Pilihan Pertama - Cun Melencun - Pembetulan - Cun Melecun Pilihan Kedua - Cun Me-lencun Kami ingin tahu daripada pihak Dewan dan Pustaka jika tajuk yang berkenaan: - tidak mempunya erti yang keterlaluan atau melampau - sifat-sifat buruk - erti sebenar di sebalik perkataan Kerjasama pihak Dewan dan Pustaka amat dihargai. Yang benar, Pravind Subramaniam Nuansa Films Sdn. Bhd.Untuk makluman saudara, "cun" iaitu bahasa percakapan atau slanga yang mengandungi konotasi padan atau anggun. Oleh itu, perkataan tersebut tidak sesuai untuk digunakan dalam situasi rasmi atau sebagai bahan paparan di tempat awam. Ungkapan yang pertama atau kedua tidak sesuai untuk dijadikan sebagai tajuk filem kerana filem sebagai wahana pendidikan hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan yang baik dan betul.Tatabahasa16.12.2009
apakah Sastera Rakyat tulung jawabkan

Sastera rakyat atau sastera lisan ialah sastera yang bukan bercorak tulisan. Hasil sastera ini tersebar dari mulut ke mulut dan diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi. Sastera lisan berkembang dalam masyarakat yang mempunyai kebudayaan pinggiran yang bertamadun. Sastera rakyat adalah sebahagian daripada budaya rakyat (folklore) yang merangkum semua aspek kehidupan sesuatu masyarakat.

Sastera rakyat mempunyai beberapa cirinya yang tersendiri, iaitu:

i) Sastera itu diucapkan melalui perantaraan mulut.

ii) Sastera rakyat itu lahir dalam masyarakat yang belum mencapai taraf kehidupan yang maju atau bercorak bandaran.

iii) Sifat sastera rakyat itu menggambarkan ciri-ciri budaya satu-satu kumpulan masyarakat.

iv) Hasul sastera rakyat itu dianggap sebagai milik masyarakat tanpa diketahui siapa pengarangnya.

v) Sastera rakyat tidak mementingkan fakta dan kebenaran.

Antara yang termasuk dalam sastera rakyat ialah seperti:

a) Cerita hantu atau makhluk halus seperti hantu Pocong

b) Cerita binatang seperti cerita Sang Kancil

c) Cerita jenaka seperti cerita Pak Pandir, Lebai Malang, Si Luncai.

d) Cerita Lipur Lara seperti Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Malim Deman, Hikayat Terung Pipit, Hikayat Raja Muda, Hikayat Anggun Cik Tunggal.

Lain-lain01.09.2009

Kembali ke atas