Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.gun] | اڠݢون

Definisi : elok, tampan (pakaian, tingkah laku, gaya): elok bentuk mukanya, putih kuning cahaya warna kulitnya, hebat ~ jalannya; begitu ~ baju baldu hitam yg berpotongan kebaya itu; keanggunan keelokan, ketampanan: ia tersenyum mengagumi ~ perkembangan fikirannya sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.gun] | اڠݢون

Definisi : ® anghun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.gun] | اڠݢون

Definisi : elok, bergaya dan menarik (bkn cara berpakaian, tingkah laku, gaya): Dia kelihatan begitu ~ berpakaian begitu. keanggunan keadaan atau sifat anggun: Para penonton terpesona dgn ~ penyanyi itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anggun


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
graceanggunPendidikanTiadaTiada
graceanggunPendidikanTiadaTiada
graceanggunSukanTiadaTiada
chicanggunKesenianTiadaCita rasa yang indah dan asli dalam hal pemilihan pakaian.
graziosograziosoMuzikTiada

 Gaya yang lemah gemalai dan anggun.

bed jacketjaket tidurKesenianTiadaJaket yang dipakai di atas baju tidur agar kelihatan anggun.
congakcongakMuzikTiada

  Muzik golongan kelas atasan di Korea yang dimainkan semasa upacara keagamaan, hiburan alau ketenteraan. Chongak dikenali juga sebagai aak yang bermaksud anggun dan chong bermaksud betul. Lihat juga oak.

aakaakMuzikTiada

Muzik dalam upacara keagamaan istana di Korea yang berasaskan muzik Cina, iaitu muzik dalam upacara Confucius. Alat muzik asas terdiri daripada piri (aerofon dua rid), tae keum (flut), alat dram, alat tali dan set batu yang dilaraskan. Muzik upacara Confucius ini dipersembahkan dalam bentuk instrumental. Aak bermaksud muzik yang anggun.

genteelismekesantunanKesusasteraanTiadaSifat bahasa yang halus, berhias, dan terpelihara dalam karya sastera. Di Barat, tradisi kesantunan merujuk kepada sikap mementingkan konvensi dan tatacara yang betul dalam penulisan, yang menjadi lumrah pada kurun ke-18 hingga 19. Kini, kesantunan digunakan untuk menyindir norma kehalusan yang palsu. Dalam budaya Melayu, contoh penulisan kesantunan ditemui dalam warkah emas, iaitu surat yang ditulis kepada atau daripada keluarga bangsawan. Kesantunan boleh juga dirujuk sebagai budaya kebangsawanan yang sering dipaparkan dalam karya istana yang mementingkan kehalusan dan ketertiban dalam tatalaku dan tatacara. Istilah genteelisme dalam bahasa Latin bermaksud �asuhan sempurna�, manakala dalam bahasa Perancis bermaksud �anggun�. Contoh gambaran untuk memerikan tertib bersantap ditemui dalam Hikayat Malim Dewa seperti yang berikut: �... sekali suap, dua kali sudah, ketiga basuh tangan, keempat kumur-kumur, kelima santap sirih, kelat jatuh ke kerongkongan, seri naik ke peroman.�

Kembali ke atas