Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ngin] | اڠين

Definisi : angin yg bertiup dr sebelah tenggara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ngin] | اڠين

Definisi : 1 udara yg bergerak: Kertas-kertas yg bersusun di atas mejanya habis berterbangan ditiup ~. 2 udara yg dimampatkan (spt yg diisikan ke dlm tayar dsb); Tayar kereta itu tidak cukup ~. 3 gas yg terdapat dlm tubuh badan (biasanya dikeluarkan ketika kentut atau sendawa). 4 udara secara umum: mengambil ~ berjalan-jalan menyedut udara bersih. ~ ahmar keadaan yg terjadi dgn tiba-tiba disebabkan saluran darah tersumbat, rosak atau pecah, yg mengakibatkan hilang kemampuan utk menggerakkan sesetengah anggota badan. ~ badai angin yg datang dr sesuatu jurusan hingga beberapa hari lamanya. ~ barat angin yg datang dr sebelah barat. ~ darat angin yg bertiup dr darat. ~ gila angin yg tidak tentu haluannya. ~ lalu khabar yg tidak tentu benar tidaknya. ~ laut angin yg bertiup dr laut. ~ paksa angin yg baik utk belayar. ~ puyuh (puting beliung) angin yg berpusing. ~ sepoi-sepoi (bahasa) angin yg bertiup perlahan-lahan. angin-angin khabar yg belum sah; desas-desus; khabar angin. angin-anginan orang yg kelakuannya tidak tetap. berangin 1 ada angin bertiup. 2 ada anginnya atau berisi angin: Tayar belakang basikal itu tidak ~. mengangin 1 memisahkan padi dr hampanya dgn menjatuhkannya dr tempat tinggi ketika angin bertiup: ~ padi. 2 menjadi angin (hilang lenyap). mengangini memasukkan angin ke dlm (tayar dsb); meniupkan angin pd; memberi berangin. menganginkan ki memberitahukan sesuatu tidak dgn terus terang; membayangkan. memperanginkan meletakkan sesuatu di tempat yg berangin; menjadikan berangin: Dia ~ kainnya yg basah itu di bawah kipas. peranginan; tempat ~ tempat beristirahat. anjung ~ anjung tempat duduk-duduk berehat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angin

Puisi
 

Angin ini angin apa? Angin melelai pucuk jambu;
     Main ini main apa? Main sudah sejelak jemu.


Lihat selanjutnya...(94)
Peribahasa

Angin tak dapat ditangkap,
     asap tak dapat digenggam.

Bermaksud :

Berita-berita yang buruk tak dapat disembunyikan, kelak akan tersiar juga.

 

Lihat selanjutnya...(35)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KINCIR ANGIN

Kincir angin ialah mesin yang dijalankan oleh

kuasa angin. Kincir angin digunakan terutamanya

untuk membekalkan kuasa bagi mengepam air

atau menjana elektrik. Kincir angin moden yang

digunakan untuk menghasilkan elektrik sering

dikenali sebagai turbin angin.

UMUM 
ANGIN PASAT

Angin pasat ialah angin kencang yang bertiup

menuju ke khatulistiwa dari arah timur laut atau

tenggara. Pada zaman pelayaran silam, kapal-kapal

pedagang banyak bergantung pada angin pasat.

UMUM 
ANGIN UTARAAngin utara ialah angin musim sejuk yang

dingin yang bertiup di selatan Amerika Syarikat

dan Teluk Mexico, memusnahkan tanaman dan

kapal.

UMUM 
TEROWONG ANGIN

Terowong angin ialah kemudahan pengujian di

darat yang digunakan untuk mengkaji kesan angin

atau aliran udara terhadap kapal terbang dan lain-lain

kenderaan dan struktur. Terowong angin

dibina dalam banyak bentuk dan untuk tujuan yang

berbeza. Sesetengahnya sangat besar dan boleh

menguji kapal terbang eksperimental saiz sebenar.

Tetapi kebanyakan terowong angin menguji model

saiz kecil.

UMUM 
KEDINGINAN ANGIN

Kedinginan angin ialah taksiran hubungan

antara kelajuan angin dengan suhu, yang berkait

dengan kesan angin terhadap benda hidup.

UMUM 
SIROCCO

Sirocco ialah nama Itali bagi angin panas yang

bertiup ke arah utara dari Gurun Sahara atau

Gurun Arab yang panas dan kering. Tiupan angin

ini kerap berlaku semasa musim bunga di negara

Eropah, di bahagian utara Laut Mediterranean.

Angin sirocco mungkin membawa bersamanya

lembapan semasa melintasi Laut Mediterranean

dan tiba di pantai Eropah sebagai angin yang panas

dan lembap. Semasa bertiup ke arah utara, angin

ini menghasilkan kabus dan hujan. Kadangkala

angin ini membawa bersamanya debu gurun.

Apabila angin sirocco yang kering bertiup, butir

pasir yang halus menjadikan langit gelap. Angin

ini menyebabkan selaran matahari pada kulit dan

mengeringkan tekak. Istilah sirocco kadangkala

digunakan untuk merujuk kepada apa-apa angin

panas yang tidak bermusim yang bertiup dari

selatan di kawasan Mediterranean.

UMUM 
ANGIN LAZIM BARATAN

Angin lazim baratan ialah angin yang bertiup

di kawasan tengah garisan lintang utara dan

selatan dari arah barat ke timur.

UMUM 
ANGIN

Angin ialah udara yang bergerak merentas

permukaan bumi. Angin mungkin bertiup dengan

begitu perlahan dan lembut sehingga tidak terasa

tiupannya, atau mungkin bertiup dengan begitu

kuat dan kencang sehingga merobohkan

bangunan dan menumbangkan pokok besar.

UMUM 
TAMPAN ANGINBarisan pokok yang ditanam di sesuatu kawasan untuk menghalang atau mengawal tiupan angin untuk mengurangkan kesan hakisan angin di kawasan yang diusahakan.GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
MATA ANGIN

Mata angin ialah sejenis peranti yang berputar

bebas pada satu rod tegak dan menunjuk arah

tiupan angin.

UMUM 
1234567

Kembali ke atas