Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ngin] | اڠين

Definisi : angin yg bertiup dr sebelah tenggara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ngin] | اڠين

Definisi : 1 udara yg bergerak: Kertas-kertas yg bersusun di atas mejanya habis berterbangan ditiup ~. 2 udara yg dimampatkan (spt yg diisikan ke dlm tayar dsb); Tayar kereta itu tidak cukup ~. 3 gas yg terdapat dlm tubuh badan (biasanya dikeluarkan ketika kentut atau sendawa). 4 udara secara umum: mengambil ~ berjalan-jalan menyedut udara bersih. ~ ahmar keadaan yg terjadi dgn tiba-tiba disebabkan saluran darah tersumbat, rosak atau pecah, yg mengakibatkan hilang kemampuan utk menggerakkan sesetengah anggota badan. ~ badai angin yg datang dr sesuatu jurusan hingga beberapa hari lamanya. ~ barat angin yg datang dr sebelah barat. ~ darat angin yg bertiup dr darat. ~ gila angin yg tidak tentu haluannya. ~ lalu khabar yg tidak tentu benar tidaknya. ~ laut angin yg bertiup dr laut. ~ paksa angin yg baik utk belayar. ~ puyuh (puting beliung) angin yg berpusing. ~ sepoi-sepoi (bahasa) angin yg bertiup perlahan-lahan. angin-angin khabar yg belum sah; desas-desus; khabar angin. angin-anginan orang yg kelakuannya tidak tetap. berangin 1 ada angin bertiup. 2 ada anginnya atau berisi angin: Tayar belakang basikal itu tidak ~. mengangin 1 memisahkan padi dr hampanya dgn menjatuhkannya dr tempat tinggi ketika angin bertiup: ~ padi. 2 menjadi angin (hilang lenyap). mengangini memasukkan angin ke dlm (tayar dsb); meniupkan angin pd; memberi berangin. menganginkan ki memberitahukan sesuatu tidak dgn terus terang; membayangkan. memperanginkan meletakkan sesuatu di tempat yg berangin; menjadikan berangin: Dia ~ kainnya yg basah itu di bawah kipas. peranginan; tempat ~ tempat beristirahat. anjung ~ anjung tempat duduk-duduk berehat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angin

Puisi
 

Angin ini angin apa? Angin melelai pucuk jambu;
     Main ini main apa? Main sudah sejelak jemu.


Lihat selanjutnya...(94)
Peribahasa

Angin tak dapat ditangkap,
     asap tak dapat digenggam.

Bermaksud :

Berita-berita yang buruk tak dapat disembunyikan, kelak akan tersiar juga.

 

Lihat selanjutnya...(35)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ageostrophic windangin ageostrofiSainsHidrometeorologiPerbezaan vektor antara angin sebenar dengan angin geostrofi. Angin ageostrofi ini juga disebut lencongan geostrofi atau sisihan geostrofi. Angin ageostrofi sangat penting dan berkait dengan penumpuan dan pencapahan dan gerakan menegak di atmosfera. Contoh khusus angin ageostrofi ialah angin isalobar. Komponen ageostrofi juga terdapat dalam angin permukaan dan angin gradien.
planetary windangin planetGeografiTiadaSalah satu daripada sistem angin termasuk angin arus jet, monsun, angin pasat dan angin barat yang membentuk edaran atmosfera bumi.
lee wavegelombang teduh anginSainsHidrometeorologiSistem gelombang udara pegun (gelombang pegun) yang terbentuk dalam keadaan tertentu di sisi teduh angin bukit atau gunung yang menjadi penghalang kepada angin. Kewujudan angin sedemikian kadang kala ditunjukkan dengan adanya awan hampir dengan puncak gelombang (awan gelombang teduh angin). Kepanjangan gelombang teduh angin, iaitu jarak antara puncak-puncak gelombang teduh angin, iaitu jarak antara puncak-puncak gelombang yang bersebelahan biasanya antara 4 - 40 km. Amplitud geljmbang teduh angin, iaitu separuh jarak tegakan dari palung ke puncak gelombang, amat kecil pada aras yang amat rendah dan amat tinggi dan mencapai maksimum pada aras pertengahan. Keadaan meteorologi yang sesuai untuk pembentukan gelombang teduh angin ialah; suatu lapisan udara stabil di antara lapisan kurang stabil bumi dan di aras lebih tinggi; angin dengan kelajuan sekurang-kurangnya 15 knot merentasi bahagian atas banjaran; dan kemalaran arah angin sehingga ke bahagian atas lapisan stabil. R.S. Scorer menyatakan keadaan yang diperlukan itu secara matematik sebagai pengurangan ke atas l2 seperti yang berikut, l2 = gb - 1 d2V) V2 V dz2 dengan b ialah kestabilan statik (q -1 suhu keupayaan dan z ketinggian); g pecutan graviti; dan V komponen kelajuan angin ke arah merentasi bukit. Rangkap pertama adalah lebih penting.
hurricanetaufan; hurikanGeografiTiadaRibut tropika yang mempunyai bahagian tengah (mata) yang tenang dan dikelilingi oleh angin-angin halaju tinggi (> 160 km / j) yang biasa dikaitkan dengan hujan lebat, guruh dan kilat.
wind shearricih anginSainsHidrometeorologiKadar perubahan vektor angin, mengikut jarak, di suatu arah tertentu yang bergerak lurus dengan arah angin, atau Sekiranya vektor angin mendatar maka, dengan tatatanda biasa, ricih mendatar ialah vektor dengan komponen dan �ricih menegak� ialah vektor dengan komponen ini masing-masing diringkaskan kepada dan apabila vektor angin diarahkan sepanjang paksi Ricihan merupakan sifat penting medan angin. Sebagai contoh, ricihan di suatu permukaan perenggan yang nyata mungkin akan menghasilkan ketakstabilan ricihan, sementara ricihan mendatar berkait rapat dengan komponen menegak kevortisan. Kamiran ricihan angin melalui suatu silang tegak merupakan perbezaan vektor di antara angin (mendatar) di puncak dengan angin di dasar silang dan oleh itu serupa dengan angin terma sekiranya gerakan itu gerakan geostrofi.
equatorial easterliesangin timuran khatulistiwaSainsHidrometeorologiAngin pasat diahemisfera musim panas, yang menganjur ke atas sekurang-kurangnya sehingga ke altitud 8 - 10 km dan umumnya tidak diliputi angin baratan atas. Sekiranya angin baratan atas wujud, maka angin pasat menjadi terlalu lemah dan nipis untuk mempengaruhi cuaca. Di hemisfera musim sejuk, angin timuran ini terhad kepada jalur sempit sepanjang khatulistiwa.
isallobaric windangin isalobarSainsHidrometeorologiAngin yang halaju berdaya Coriolisnya tepat mengimbangi angin geostrofi tempatan yang sedang memecut. Secara matematik angin isalobar, Vis ditaktifkan berdasarkan pecutan tempatan tetapi berhampiran dengan gradien alobar seperti yang berikut: ?H Vis = k X l ?Vg = � ? ?V � ?t �2 ?t' dengan k ialah unit vektor menegak; � parameter Coriolis; V g angin geostrofi; ? isi padu spesifik; ?H operator del mendatar; dan p tekanan. Oleh itu, angin isalobar terarah tegak lurus kepada isalobar terdap tekanan yang menurun dengan magnitud berkadaran terus dengan gradien alobar. Oleh sebab angin isalobar dikaitkan dengn kesan setara dan juga kerana banyak andaian digunakan untuk menerbitkan persamaan ini, semua keterangan yang dicerap berkaitan dengan angin ini tidak memuaskan.
tropical easterliesangin timuran tropikaSainsHidrometeorologiAngin pasat yang nipis dan mempunyai kericihan menegak yang kuat. Dengan struktur ini, pada ketinggian lebih kurang 5000 kaki, angin timuran menjadi angin baratan atas (antipasat) yang cukup kuat dan tebal untuk mengusai keawanan dan cuaca. Angin timuran tropika berada di pinggir kawasan tropika dimusim panas dan meliputi hampir keseluruhan jaluran tropika dimusim sejuk.
Ekman spiralpilin EkmanSainsHidrometeorologiModel matematik yang diunggulkan berkenaan sebarang angin di dalam lapisan batasan planetan atmosfera yang di dalamnya gerakan udara dipengaruhi bumi. Model ini diringkaskan dengan mengandaikan bahawa di dalam lapisan ini, kelikatan pusar dan ketumpatan udara adalah malar, gerakan mendatar dan tunak, isobar lurus dan selari dan angin geostrofi malar mengikut ketinggian. Arah diambil mengikut gradien tekanan; persamaan hampiran yang terhasil bagi kelajuan komponen angin dan mengikut arah dan di sebarang aras, masing-masing ialah dengan ialah laju angin geostrofi; = parameter Coriolis; dan kelikatan pusar. Aras te- rendah apabila yang menyebabkan angin sebenar dan angin geostrofi mempunyai arah yang sama, dinamakan aras angin geostrofi (atau aras angin gradien) dan dinyatakan sebagai: dengan ialah sudut di antara angin permukaan dengan isobar permukaan. Pada ketinggian ini, magnitud angin sebenar akan melebihi sedikit magnitud angin geostrofi, bergantung pada nilai Pilin Ekman merupakan lilin bersudut sama dan angin geostrofi ialah titik hadnya. Di bawah aras angin geostrofi, angin bertiup merentasi isobar menuju ke kawasan tekanan rendah mengikut arah yang bersudut maksimum di permukaan tetapi tidak melebihi 45o. Sisihan vektor angin sebenar dari vektor angin geostrofi mengurang ke atas dengan kadar eksponen.
head windangin sakal; angin depanSukanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas