Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.ka] | اڠک

Definisi : 1. tanda (lambang) yg menunjukkan bilangan atau jumlah sesuatu, nombor; 2. Id markah: berapa ~mu utk membaca? ~ abjad (Komp) aksara yg hanya merang­kumi angka dan huruf dlm sesuatu sistem tulisan; ~ Arab angka yg bermula dr 0, 1, 2 dan seterusnya, yg berbeza drpd angka Rumawi; ~ bulat = ~ penuh angka yg tidak mengan­dungi pecahan atau perpuluhan dan boleh bernilai negatif atau positif; ~ dua tanda nombor 2 (yg tidak digunakan lagi dlm penulisan sekarang) yg menunjukkan sesuatu perkataan itu diulangi keseluruhannya atau sebahagiannya (mis berhenti2, cepat2); ~ ganda angka yg menunjukkan berapa kali sesuatu angka itu digandakan; ~ ganjil angka spt 3, 5, 7, dan seterusnya yg apabila dibahagi­kan dgn 2 akan berlebih satu; ~ genap angka spt 2, 4, 6, dan seterusnya yg apabila dibahagi­kan dgn 2 tidak berlebih; ~ kandungan hasil drpd mendarab dgn dua atau lebih sesuatu angka lain; ~ pecahan angka yg terdiri drpd pengatas dan pembawah (mis , , dsb); ~ pengisi angka-angka yg boleh menjadi pembahagi sesuatu nombor dgn tidak berlebih (mis 3 dan 5 ialah angka pengisi bagi 15); ~ penuh angka bulat; ~ Roman angka yg bermula dr I, II, III, IV dan seterusnya, yg berbeza drpd angka Arab; ~ Rumawi angka Roman; ~ sial angka yg kononnya membawa kesialan (mendatang­kan sesuatu keburukan dsb); angka-angka 1. = perangkaan; 2. Id bilangan, hitungan dgn angka; berangka-angka, berangka-angkaan ter­menung-menung memikirkan sesuatu; mengangkakan memberi berangka, mem­beri bernombor; perangkaan 1. butir-butir atau maklumat mengenai sesuatu (spt penduduk, hasil keluaran, perdagangan, dll) yg dikumpulkan secara bersistem dgn menggunakan angka, statistik: ~ mengenai penghasilan barang utama; 2. = ilmu ~ pengetahuan mengenai pengumpulan dan penyusunan serta analisis dsb perangkaan, statistik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.ka] | اڠک

Definisi : sl sangka, anggap, fikir; mengangka menyangka, menganggap, memikir: diangkanya kakang berubah cita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.ka] | اڠک

Definisi : tanda yg menunjukkan bilangan dlm tulisan; nombor. ~ Arab angka yg bermula dr 0 (1, 2, 3) dan seterusnya, yg berbeza drpd angka Roman. ~ bulat (penuh) angka yg tidak mempunyai sebarang pecahan atau perpuluhan (spt 1, 2, 8, 11, 20). ~ ganda angka yg menunjukkan berapa kali sesuatu angka digandakan. ~ ganjil angka yg apabila dibahagikan dgn angka 2 berlebih satu. ~ genap angka yg dpt dibahagikan dgn angka 2 dgn tidak berlebih. ~ pecahan angka yg mempunyai pengatasnya dan pembawahnya (spt , , ). ~ pembawah angka yg di sebelah bawah pd sesuatu angka pecahan. ~ pengatas angka yg di sebelah atas pd sesuatu angka pecahan. ~ pengisi angka yg menjadi pembahagi sesuatu nombor dgn tidak berlebih. ~ Roman angka yg bermula dr I (II, III, IV) dan seterusnya, yg berbeza drpd angka Arab. ~ tunggal angka yg dpt dibahagikan dgn angka itu sendiri dan dgn angka satu saja dgn tidak berlebih. perangkaan 1 cabang ilmu pengetahuan yg menggunakan angka-angka utk menunjukkan sesuatu pernyataan dll. 2 sesuatu pernyataan (spt jumlah penduduk, eksport, import) yg ditunjukkan dgn angka. perangkawan orang yg ahli dlm bidang perangkaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angka


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Benarkah angka 1, 2, 3 dan seterusnya dinamakan angka Arab? Jika benar, mohon nyatakan sebabnya.Angka 0, 1, 2, 3 .... 9 digelar angka Arab kerana angka-angka tersebut berevolusi daripada angka Arab. Angka tersebut dikatakan diperkenalkan di Eropah pada kurun ke-10 oleh orang Arab daripada Afrika Utara dan istilah "angka Arab" digunakan hinggalah hari ini.Istilah16.11.2009
Salam, Adakah ayat di bawah ini boleh diterima? Adryan menghubungi pihak bomba dan penyelamat dengan mendail angka 999 untuk melaporkan kebakaran. "Bolehkah digunakan "mendail angka 999" selain ayat kebiasaan "mendail nombor 999". Terima kasih.Nombor ialah angka dan angka ialah nombor. "Mendail angka" atau "mendail nombor", kedua-duanya boleh digunakan, namun perlu diingat penggunaan "mendail nombor" telah mantap dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa24.02.2016
Mohon pencerahan mengenai gaya penulisan angka yang betul: 1.Angka 10,000 (Adakah perlu ada koma (,) seperti 10,000 atau jarak seperti 10 000 atau ditulis rapat seperti 10000. 2.Angka 7,000 (Adakah perlu ada koma (,) seperti 7,000 atau jarak seperti 7 000 atau ditulis rapat seperti 7000. 3.Angka 200,000 (Adakah perlu ada koma (,) seperti 200,000 atau jarak seperti 200 000 atau ditulis rapat seperti 200000.Merujuk kepada soalan anda,  angka bagi ketiga-tiga soalan menunjukkan bahawa jumlah digit melebihi  empat digit. Oleh itu,  susunan yang betul ialah  tiada koma tetapi dijarakkan seperti 10 000,  7 000 dan 200 000 atau lebih mudah dijadikan 10 ribu, 7 ribu dan 200 ribu.Lain-lain07.07.2017
ANGKA ATAU HURUF mohon kepastian daripada pihak DBP bagi penggunaan yang betul berdasarkan persoalan di bawah: 1. hari raya kelapan atau hari raya ke-8? 2. sembilan atau 9? 3. kesepuluh atau ke-10? 4. hari raya kesebelas atau hari raya ke-11? 5. hari raya pertama atau hari raya 1Penggunaan yang betul ialah hari raya pertama, hari raya kelapan, hari raya kesembilan, hari raya ke-10, hari raya ke-11.Ejaan07.07.2015
Adakah penggunaan `baru-baru` dalam ayat berikut betul? ~Pengawas yang segak itu baru -baru sahaja dilantik sebagai ketua pelajar sekolah tersebut. penggunaan kata`haluan` ~haluan ke rumahnya sangat sempit ~pakar bahasa diminta untuk menyemak haluan kata buku karangan penulis itu ~para peserta yang bertanding dalam kira cepat itu dikehendaki menjumlahkan angka-angka dalam masa yang ditetapkan ~jarang sekali dia balik ke kampung selepas pindah ke K.L ~penduduk taman itu menceritakan tentang masalah serangan anjing liar ~cikgu memaklumkan bahawa peperiksaan akan dijalan dalam masa 2 mingguPengawas yang segak itu baru sahaja dilantik sebagai ketua pelajar sekolah tersebut. Laluan ke rumahnya sangat sempit. Manakala soalan-soalan  yg lain,  sila diolah semula agar pihak kami dapat bertindak selanjutnya. T.kasih.Lain-lain11.09.2008
Salam sejahtera tuan/puan Untuk angka nombor 125 & 1895 (seperti dalam lampiran), jikalau digantikan dengan tulisan jawi, bagaimanakah penggunaannya (satu dua lima, atau pun seratus dua puluh lima dsb.) jikalau keseluruhan tulisan dibuat dalam jawi sahaja tanpa menggunakan angka nombor. Terima kasih.Penulisan angka dalam Jawi sama seperti penulisan angka rumi iaitu 1 hingga 9. Oleh yang demikian, penulisan angka dalam lampiran yang disertakan sudah betul.Lain-lain04.12.2020
Minta pihak tuan jelaskan cara menulis angka dalam penulisan. Bilakah masanya kita menggunakan angka, huruf dan kedua-duanya?Penulisan nombor dalam ayat adalah seperti yang berikut: nombor dari satu hingga sembilan hendaklah dieja penuh, manakala nombor 10 dan keatas hendaklah ditulis dengan angka.Tatabahasa27.05.2011
penggunaan perkataan dan angka. Contoh: '....memberi tiga puluh (30) hari notis bertulis' Pertanyaan saya, perlu guna kedua-duanya atau guna salah satu. Jika guna perkataan 'tiga puluh' tak perlu lagi letak angka dalam kurungan.

Puan,

Kedua-duanya boleh digunakan. Penggunaan angka adalah untuk memperjelas maksud yang hendak disampaikan.

Ejaan03.09.2010
Tuan, angka perlu ditulis terpisah dengan unit, seperti 2 m, 5 km, 2000 km/j, dan 100 oC, atau dieja bercantum dengan unit, iaitu 2m, 5km, 2000km/j, dan 100oC?Dieja terpisah.Lain-lain16.06.2015
Cara menulis angka dalam sebutan ayat yang betul dalam penulisan cek atau surat berkaitan kewangan. Adakah: 1. RM150.20 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Lima Puluh dan Dua Puluh Sen Sahaja); atau 2. RM150.20 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Lima Puluh dan Sen Dua Puluh Sahaja)? Mohon penjelasan kepada unit Sen samada perlu diletakkan di belakang atau di hadapan selepas perkataan dan.1. RM150.20 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Lima Puluh dan Dua Puluh Sen Sahaja.
Tatabahasa26.06.2014
12345678910

Kembali ke atas