Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.ka] | اڠک

Definisi : 1. tanda (lambang) yg menunjukkan bilangan atau jumlah sesuatu, nombor; 2. Id markah: berapa ~mu utk membaca? ~ abjad (Komp) aksara yg hanya merang­kumi angka dan huruf dlm sesuatu sistem tulisan; ~ Arab angka yg bermula dr 0, 1, 2 dan seterusnya, yg berbeza drpd angka Rumawi; ~ bulat = ~ penuh angka yg tidak mengan­dungi pecahan atau perpuluhan dan boleh bernilai negatif atau positif; ~ dua tanda nombor 2 (yg tidak digunakan lagi dlm penulisan sekarang) yg menunjukkan sesuatu perkataan itu diulangi keseluruhannya atau sebahagiannya (mis berhenti2, cepat2); ~ ganda angka yg menunjukkan berapa kali sesuatu angka itu digandakan; ~ ganjil angka spt 3, 5, 7, dan seterusnya yg apabila dibahagi­kan dgn 2 akan berlebih satu; ~ genap angka spt 2, 4, 6, dan seterusnya yg apabila dibahagi­kan dgn 2 tidak berlebih; ~ kandungan hasil drpd mendarab dgn dua atau lebih sesuatu angka lain; ~ pecahan angka yg terdiri drpd pengatas dan pembawah (mis , , dsb); ~ pengisi angka-angka yg boleh menjadi pembahagi sesuatu nombor dgn tidak berlebih (mis 3 dan 5 ialah angka pengisi bagi 15); ~ penuh angka bulat; ~ Roman angka yg bermula dr I, II, III, IV dan seterusnya, yg berbeza drpd angka Arab; ~ Rumawi angka Roman; ~ sial angka yg kononnya membawa kesialan (mendatang­kan sesuatu keburukan dsb); angka-angka 1. = perangkaan; 2. Id bilangan, hitungan dgn angka; berangka-angka, berangka-angkaan ter­menung-menung memikirkan sesuatu; mengangkakan memberi berangka, mem­beri bernombor; perangkaan 1. butir-butir atau maklumat mengenai sesuatu (spt penduduk, hasil keluaran, perdagangan, dll) yg dikumpulkan secara bersistem dgn menggunakan angka, statistik: ~ mengenai penghasilan barang utama; 2. = ilmu ~ pengetahuan mengenai pengumpulan dan penyusunan serta analisis dsb perangkaan, statistik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.ka] | اڠک

Definisi : sl sangka, anggap, fikir; mengangka menyangka, menganggap, memikir: diangkanya kakang berubah cita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.ka] | اڠک

Definisi : tanda yg menunjukkan bilangan dlm tulisan; nombor. ~ Arab angka yg bermula dr 0 (1, 2, 3) dan seterusnya, yg berbeza drpd angka Roman. ~ bulat (penuh) angka yg tidak mempunyai sebarang pecahan atau perpuluhan (spt 1, 2, 8, 11, 20). ~ ganda angka yg menunjukkan berapa kali sesuatu angka digandakan. ~ ganjil angka yg apabila dibahagikan dgn angka 2 berlebih satu. ~ genap angka yg dpt dibahagikan dgn angka 2 dgn tidak berlebih. ~ pecahan angka yg mempunyai pengatasnya dan pembawahnya (spt , , ). ~ pembawah angka yg di sebelah bawah pd sesuatu angka pecahan. ~ pengatas angka yg di sebelah atas pd sesuatu angka pecahan. ~ pengisi angka yg menjadi pembahagi sesuatu nombor dgn tidak berlebih. ~ Roman angka yg bermula dr I (II, III, IV) dan seterusnya, yg berbeza drpd angka Arab. ~ tunggal angka yg dpt dibahagikan dgn angka itu sendiri dan dgn angka satu saja dgn tidak berlebih. perangkaan 1 cabang ilmu pengetahuan yg menggunakan angka-angka utk menunjukkan sesuatu pernyataan dll. 2 sesuatu pernyataan (spt jumlah penduduk, eksport, import) yg ditunjukkan dgn angka. perangkawan orang yg ahli dlm bidang perangkaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angka


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Langkah pertama bagi berhitung angka-angka untok S.R. Djilid II,Penerbit Buku TehnikTiada1951 
Angka dan normaGrafikaTiada1977 
Peredar angka 4 : tawarikh dan manusiaMatbaah al-HamdiahTiada1938 
Peredar angka 3Matbaah al-HamdiahTiadat.t. 
Peredar angka 9Matbaah al-HamdiahTiada1939 
Peredar angka 8Matbaah al-HamdiahTiada1939 
Peredar angka 15Matbaah al-HamdiahTiada1939 
Peredar angka 12Matbaah al-HamdiahTiada1939 
Peredar angka 12 (1)Matbaah al-HamdiahTiada1939 
Peredar angka 24 : Perihal perkataan ini dari mula ditubuhkan hingga 17 September 1940Maktabah Al-HamdiahTiada1940 
1234

Kembali ke atas