Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.ka] | اڠک

Definisi : 1. tanda (lambang) yg menunjukkan bilangan atau jumlah sesuatu, nombor; 2. Id markah: berapa ~mu utk membaca? ~ abjad (Komp) aksara yg hanya merang­kumi angka dan huruf dlm sesuatu sistem tulisan; ~ Arab angka yg bermula dr 0, 1, 2 dan seterusnya, yg berbeza drpd angka Rumawi; ~ bulat = ~ penuh angka yg tidak mengan­dungi pecahan atau perpuluhan dan boleh bernilai negatif atau positif; ~ dua tanda nombor 2 (yg tidak digunakan lagi dlm penulisan sekarang) yg menunjukkan sesuatu perkataan itu diulangi keseluruhannya atau sebahagiannya (mis berhenti2, cepat2); ~ ganda angka yg menunjukkan berapa kali sesuatu angka itu digandakan; ~ ganjil angka spt 3, 5, 7, dan seterusnya yg apabila dibahagi­kan dgn 2 akan berlebih satu; ~ genap angka spt 2, 4, 6, dan seterusnya yg apabila dibahagi­kan dgn 2 tidak berlebih; ~ kandungan hasil drpd mendarab dgn dua atau lebih sesuatu angka lain; ~ pecahan angka yg terdiri drpd pengatas dan pembawah (mis , , dsb); ~ pengisi angka-angka yg boleh menjadi pembahagi sesuatu nombor dgn tidak berlebih (mis 3 dan 5 ialah angka pengisi bagi 15); ~ penuh angka bulat; ~ Roman angka yg bermula dr I, II, III, IV dan seterusnya, yg berbeza drpd angka Arab; ~ Rumawi angka Roman; ~ sial angka yg kononnya membawa kesialan (mendatang­kan sesuatu keburukan dsb); angka-angka 1. = perangkaan; 2. Id bilangan, hitungan dgn angka; berangka-angka, berangka-angkaan ter­menung-menung memikirkan sesuatu; mengangkakan memberi berangka, mem­beri bernombor; perangkaan 1. butir-butir atau maklumat mengenai sesuatu (spt penduduk, hasil keluaran, perdagangan, dll) yg dikumpulkan secara bersistem dgn menggunakan angka, statistik: ~ mengenai penghasilan barang utama; 2. = ilmu ~ pengetahuan mengenai pengumpulan dan penyusunan serta analisis dsb perangkaan, statistik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.ka] | اڠک

Definisi : sl sangka, anggap, fikir; mengangka menyangka, menganggap, memikir: diangkanya kakang berubah cita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.ka] | اڠک

Definisi : tanda yg menunjukkan bilangan dlm tulisan; nombor. ~ Arab angka yg bermula dr 0 (1, 2, 3) dan seterusnya, yg berbeza drpd angka Roman. ~ bulat (penuh) angka yg tidak mempunyai sebarang pecahan atau perpuluhan (spt 1, 2, 8, 11, 20). ~ ganda angka yg menunjukkan berapa kali sesuatu angka digandakan. ~ ganjil angka yg apabila dibahagikan dgn angka 2 berlebih satu. ~ genap angka yg dpt dibahagikan dgn angka 2 dgn tidak berlebih. ~ pecahan angka yg mempunyai pengatasnya dan pembawahnya (spt , , ). ~ pembawah angka yg di sebelah bawah pd sesuatu angka pecahan. ~ pengatas angka yg di sebelah atas pd sesuatu angka pecahan. ~ pengisi angka yg menjadi pembahagi sesuatu nombor dgn tidak berlebih. ~ Roman angka yg bermula dr I (II, III, IV) dan seterusnya, yg berbeza drpd angka Arab. ~ tunggal angka yg dpt dibahagikan dgn angka itu sendiri dan dgn angka satu saja dgn tidak berlebih. perangkaan 1 cabang ilmu pengetahuan yg menggunakan angka-angka utk menunjukkan sesuatu pernyataan dll. 2 sesuatu pernyataan (spt jumlah penduduk, eksport, import) yg ditunjukkan dgn angka. perangkawan orang yg ahli dlm bidang perangkaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angka


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANGKA ROMAN

Angka Roman merupakan simbol yang

mewakili nombor. Semua angka Roman ditulis

berasaskan tujuh simbol asas, sama ada ditulis

secara berasingan ataupun digabungkan. Tujuh

simbol tersebut ialah I (1), V (5), X (10), L (50), C

(100), D (500), dan M (1000).

UMUM 
SIFARSifar, dalam matematik ialah nama bagi digit 0,
kadangkala dikenali sebagai kosong. Ia digunakan
untuk menyatakan ketiadaan sebarang kuantiti. Sifar
diperlukan dalam sistem angka bertempat, iaitu
sistem yang kita dan kebanyakan orang gunakan
pada hari ini. Dalam sistem bertempat, kedudukan,
atau tempat sesuatu angka menentukan nilai angka
itu. Bagi angka 246, digit 2 bernilai dua ratus (ratus),
digit 4 bernilai empat puluh (puluh), dan 6 pula
bernilai enam unit (sa). Angka itu melambangkan
nombor 246. Untuk menulis nombor 206, kita
perlukan suatu simbol untuk menyatakan ketiadaan
puluh. Angka 0 di sini memenuhi fungsi itu. Sifar
apabila ditambah kepada atau ditolak daripada
sesuatu nombor memberi nombor itu semula. Suatu
nombor didarab dengan sifar menghasilkan nilai
sifar. Pembahagian dengan sifar tidak dapat
ditakrifkan. Sifar ialah nombor genap.
UMUMKonsep
BILANGAN DAN ANGKA. UMUM 
MESIN JUMLAH

Mesin jumlah ialah alat yang mencampurkan

angka. Ia juga boleh digunakan untuk mendarab

dan membahagi, tetapi kalkulator melakukan

semua kerja ini dengan lebih pantas. Mesin jumlah

digunakan terutamanya untuk mencampurkan

lajur-lajur angka.

UMUM 
SISTEM PERANGKAAN

Sistem perangkaan ialah cara mengira dan

menamakan nombor. Ia juga dikenali sebagai

sistem angka. Kita tidak boleh melihat atau

memegang nombor, kerana ia adalah idea. Tetapi

kita boleh menggunakan simbol untuk mewakili

nombor. Simbol ini dikenali sebagai angka.

Berikut ialah empat angka yang mewakili nombor

dalam setengah dozen: 6, enam, VI, dan llll l .

UMUM 
MAGNITUD RICHTER

Magnitud Richter ialah angka yang

menunjukkan kekuatan gempa bumi. Ahli-ahli sains

mengira magnitud Richter dengan menggunakan

maklumat yang diperoleh daripada seismograf,

sejenis alat yang merakam pergerakan bumi. Ahli

seismograf Amerika (ahli sains yang mengkaji

gempa bumi), Charles F. Richter, telah

membangunkan sistem ini untuk mengukur

kekuatan gempa bumi pada tahun 1935. Kadangkala

sistem ini dikenali sebagai skala Richter.

UMUM 
MEDIAN

Median dalam statistik ialah angka tengah bagi

sekumpulan nombor yang diatur mengikut susunan

berangka.

UMUM 
PURATA

Purata ialah bilangan yang lazim bagi kumpulan

angka atau kuantiti. Orang ramai biasanya

memikirkan purata sebagai min .

UMUM 
ATLAS

Atlas ialah buku peta. Ia kadangkala termasuk

fakta dan angka tentang tempat. Istilah atlas boleh

juga digunakan untuk buku berjilid yang

menerangkan sebarang subjek dalam bentuk

berilustrasi atau berjadual.

UMUM 
MESIN TAIP

Mesin taip ialah sejenis mesin yang mencetak

huruf dan angka di atas kertas. Pengguna di rumah

serta pejabat di seluruh dunia menggunakan mesin

taip untuk menulis dengan pantas dan kemas.

Mesin taip merupakan mesin niaga yang paling luas

penggunaannya.

UMUM 
123

Kembali ke atas