Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.ka.sa] | اڠکاس

Definisi : 1. udara, awang-awang, langit: bintang-bintang menghias ~; 2. lapisan udara yg mengelilingi bumi; ~ lepas = ~ luar ruang di luar lapisan udara yg mengelilingi bumi; mengangkasa terbang ke angkasa, naik ke udara (ke langit). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.ka.sa] | اڠکاس

Definisi : 1 awang-awangan; langit: Malam itu gelap pekat, tiada sebiji bintang pun yg kelihatan di ~. 2 lapisan udara yg melingkungi bumi: ~ lepas (luar) ruang di sebelah luar lapisan udara yg melingkungi bumi. angkasawan orang yg terlatih utk menyertai misi ke angkasa lepas (ke bulan dsb): ~ pertama yg berjaya mendarat di bulan ialah ~ Amerika. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angkasa


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
deep spaceangkasa jauhMatematikTiada1. Angkasa jauh: Ruang angkasa di sebelah luar sempadan sistem suria kita yang paling luar.
space lawundang-undang angkasaAeroangkasaTiadaUndang-undang angkasa yang dicadangkan untuk mengawal penggunaan angkasa oleh pelbagai negara.
spacesuitsut angkasaAeroangkasaTiadaPakaian khas yang digunakan oleh angkasawan semasa berada di angkasa bagi melindungi diri mereka daripada persekitaran angkasa.
polar distancejarak kutubKejuruteraanTiadaJarak sudutan bagi jasad angkasa daripada kutub sfera angkasa, sama ada jarak kutub utara atau jarak kutub selatan.
intergalactic spaceruang antara galaksiMatematikTiadaBahagian angkasa lepas yang dipercayai mempunyai sempadan atas bagi angkasa lepas antara najam, dan merentang hingga ke sempadan angkasa lepas.
spacelabmakmal angkasaAeroangkasaTiadaMakmal di angkasa yang digunakan untuk menjalankan penyelidikan.
lunar spaceangkasa qamariMatematikTiadaRuang angkasa yang berhampiran dengan bulan yang dipengaruhi daya tarikan graviti bulan.
space commercialisationpengkomersialan angkasaAeroangkasaTiadaPenggunaan angkasa untuk tujuan komersial.
cislunar spaceangkasa bumi-qamariMatematikTiadaRuang angkasa di sekeliling bumi di dalam lengkungan orbit bulan.
air paintinglukisan angkasaKesenianTiadaKarya seni di angkasa.
12345678910...

Kembali ke atas