Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.ku.tan] | اڠکوتن

Definisi : barang yg diangkut: lori itu terbalik kerana ~nya terlampau banyak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.ku.tan] | اڠکوتن

Definisi : 1 barang-barang yg diangkut. 2 ist belanja mengangkut barang-barang dagangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angkutan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, saya ingin mengemukakan satu persoalan, yang manakah kata dasarnya terdiri daripada kata nama? Mengapa? I : Pemulauan II : Pengesyoran III: Pengangkutan IV : Pembungkusan

Jika yang dimaksudkan ialah kata dasar ada dua perkataan iaitu pengangkutan - kata dasarnya angkutan dan pembungkusan - kata dasarnya bungkus. Jika merujuk kata akar hanya satu sahaja iaitu pembungkusan - bungkus. Sila rujuk pihak yang menyediakan/menerbitkan soalan tersebut untuk maklumat lanjut.

Tatabahasa26.05.2011
Adakah perkataan di bawah merupakan kata dasar yang terdiri daripada Kata Nama 1- Pemulauan 2- Pengesyoran 3- Pengangkutan 4- Pembungkusan Boleh jelaskan TQVMKata dasar ialah kata kata akar atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan. jawapan kepada soalan saudara ialah: 2. Pengesyoran (syor sama makna dengan cadangan - kata nama), 3. Pengangkutan (angkutan - kata nama) dan 4. Pembungkusan (bungkus - kata nama). Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tesaurus Bahasa Melayu DewanTatabahasa27.05.2011

Kembali ke atas