Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ni.a.ni] | اني ٢

Definisi : Jw pisau pemotong padi, tuai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ni.a.ni] | اني ٢

Definisi : pisau pemotong padi; tuai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ani-ani


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum tuan. Izinkan saya bertanya berberapa soalan. 1.Mana satukah ayat yang betul. (a) Ani menyimpan gunting di dalam laci. (b) Ani menyimpan gunting ke dalam laci. 2. Minta penjelasan penggunaan di dalam dan ke dalam.
Menurut Tatabahasa Dewan kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu atau masa. Oleh itu, ayat Ani menyimpan gunting ke dalam laci lebih tepat.
Tatabahasa08.09.2015
Ayat berikut yang mana lebih sesuai digunakkan? (a) Halim dan Ani sayang kepada ibu bapa mereka. (b) Halim dan Ani sayang akan ibu bapa mereka. Jika dua ayat di atas betul, apakah perbezaan 'sayang kepada' dan 'sayang akan'? Harap tuan/puan boleh memberi jawapan hari ini. Sekian, terima kasih.Kedua-dua ayat tersebut betul. Walau bagaimanapun untuk menggambarkan unsur emotif kata 'akan' lebih sesuai digunakan seperti ... sayang akan ibu bapanya.Tatabahasa10.02.2012
Saya mendapat tahu editor majalah Tunas Cipta , Puan Noraini (Bonda Ani) akan ke luar negara pada bulan September. Adakah ini bermakna Bonda Ani akan bersara terus sebagai editor ?Untuk keterangan lanjut, saudari boleh mengemukakan pertanyaan tersebut kepada Puan Noraini binti Husin, melalui no. telefon 03-21434831 atau melalui e-mel: norainihussin@dbp.gov.my.Lain-lain05.06.2009
Sila nasihat manakah ayat-ayat berikut adalah yang betul dan sebabnya. 1. Ani melihat barangan kaca di pasar raya dengan berhati-hati. 2.Ani melihat barangan kaca dengan berhati-hati di pasar raya.Kedua-dua ayat tersebut betul. Ayat tersebut merupakan ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dengan ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat.Tatabahasa25.07.2013
Ramli amat tertarik oleh puisi yang disampaikan oleh Ani. Soalan : Betulkah penggunaan kata 'oleh' dalam ayat di atas?Cadangan: Ramli amat tertarik akan puisi yang disampaikan oleh Ani.Lain-lain04.08.2009
salam sejahtera, saya ingin pastikan sama ada ayat di bawah betul atau sebaliknya. Ani bersyukur kerana selepas beberapa hari, demamnya semakin susut/turun/reda. sekian terima kasih.Yang betul ialah Ani bersyukur kerana selepas beberapa hari, demamnya semakin reda. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bagi maksud reda. Tatabahasa15.07.2008
Adakah ayat di bawah ini betul penggunaan imbuhannya? 1. Ani sedang bernyanyi dan bernari.Bernyanyi sama maksudnya dengan menyanyi, manakala bertari juga sama maksudnya dengan menari tetapi kata bertari sudah tidak lazim lagi digunakan. Oleh itu, bagi menghasilkan ayat yang gramatis, ayat tersebut perlu diubah menjadi "Ani sedang bernyanyi/menyanyi dan menari"Tatabahasa10.01.2014
Salam sejahtera, Adakah ayat-ayat di bawah adalah betul? 1. Rambut Ani, adik bongsu Ana terlalu amat hitam. (Adakah kata penguat amat dan terlalu boleh hadir serentak?) 2. Kakak memasukkan beberapa biji ais ke dalam minumannya. (Adakah penjodoh bilangan bagi ais ialah biji?) Sekian, terima kasih.Ayat Rambut Ani, adik bongsu Ana terlalu amat hitam tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah ... teramat hitam atau ... amat hitam sekali.Tatabahasa13.06.2012
assalam wbt. salam aidil fitri. mohon betulkan ayat-ayat ini. 1.Mak Ani sedang mententeramkan perasaan suaminya yang sedang sedih itu. 2.Tugas guru ialah mendidik anak bangsa manakala tugas pelajar ialah belajar bersungguh-sungguh. 3.Pemuda itu mengaku yang dia telah menceroboh masuk ke rumah orang kaya itu untuk mencuri barangan yang berharga. 4.Setiap manusia perlu mempunyai tatacara hidup yang baik dan berprinsip. terima kasih. wassalam.1. Mak Ani sedang mententeramkan perasaan suaminya yang sedih itu.
2. Tugas guru mendidik anak bangsa manakala tugas pelajar belajar bersungguh-sungguh.
3.Pemuda itu mengaku yang dia telah menceroboh masuk ke dalam rumah orang kaya itu untuk mencri barangan berharga.
4. Setiap manusia perlu mempunyai gaya hidup yang baik dan berprinsip.
Tatabahasa20.08.2013
Mana jawapan yang betul.... 1. 'Mari kita ikut ........ke bilik komputer,'kata Ani kepada Izah. dia atau mereka 2. ..............,bila agaknya tarikh pengumunan keputusan keputusan peperiksaan UPSR pada tahun ini! 3. i.Kakak DIAM membatu apabila dileteri ibu. ii. Kami sekeluarga telah lama DIAM di taman perumahan ini. iii. Secara DIAM pasukan perisik mencari bukti untuk menumpaskannya. iv. Sejak semalam Raihah DIAM sahaja kerana memikirkan masalah keluarga 4.1. Cara pembiakan tumbuhan ini bagaimana? ii. Yang paling pandai di kelas ini siapakah? iii. Mengapa kita harus berkumpul di makmal komputer? iv. Awakkah yang menghantar bungkusan ini kepada Cikgu Ani?

Saudari/Saudara,

Jawapan yang betul ialah:

1. Boleh digunakan perkataan 'dia' atau 'mereka' dalam konteks ayat tersebut.

2. Sila hubungi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengetahui maklumat lanjut.

3. Keempat-empat penggunaan perkataan 'DIAM' dalam konteks ayat tersebut adalah betul. Hal ini kerana,

diam, merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud, tidak bercakap, senyap, dengan senyap-senyap, tinggal (duduk, berumah, bertempat).

4.  i. Bagaimana cara pembiakan tumbuhan ini?

    II. Siapakah yang paling pandai dalam kelas ini?

    III. Ayat ketiga penggunaan ayat adalah betul. 

    IV. Ayat keempat penggunaan ayat adalah betul.

Tatabahasa14.08.2012
123

Kembali ke atas