Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anisophyllus


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
keledangkeledangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Artocarpus spp. daripada famili Moraceae. Nama tempatannya di Sabah ialah terap hutan Terdapat tidak kurang daripada 10 spesies kayu yang menghasilkan kayu keledang, dan antaranya ialah Artocarpus anisophyllus, A. dadah, dan A.heterophyluss. Gubal kayu keledang berwarna kuning muda atau kuning coklat, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang biasanya berwarna coklat atau coklat muda. Tekstur kayunya agak kasar dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 495 hingga 945 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Kayu keledang agak mudah dikerjakan tetapi lambat mengeringkan. Kayu ini digunakan untuk membuat keranda yang bermutu tinggi dan juga untuk lantai parket, perabot, dan papan panel.

Kembali ke atas