Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ja/] | انجق

Definisi : ; beranjak 1. (berpindah, beralih) sedikit dr sesuatu tempat, berengsot: jangan ~ dr tempatmu; 2. bergerak meninggalkan sesuatu tempat: ketika subuh tiba barulah dia ~ dr beranda dan masuk ke kamarnya; menganjak, menganjakkan menggerak­kan sesuatu dr sesuatu tempat, meng­engsotkan: dia ~ gelas itu ke tengah meja; dianjak layu, dianggur (dicabut) mati prb tidak dapat diubah lagi (keputusan); anjakan hasil menganjak, engsotan; ~ gaji pergerakan gaji drpd tangga gaji semasa ke tangga gaji berikutnya pd satu peringkat yg lebih tinggi dlm Sistem Saraan Malaysia (bkn pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia); penganjakan perbuatan menganjak, peng­engsotan; penganjak bahagian drpd suatu perkakas utk menggerakkan supaya perkakas itu menjadi panjang atau pendek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.ja/] | انجق

Definisi : ; beranjak berpindah atau berengsot sedikit. menganjak memindahkan; mengalih. anjakan gerakan beranjak; engsotan. ~ paradigma peralihan atau perubahan drpd sesuatu keadaan atau lingkungan fikiran ke keadaan atau lingkungan fikiran yg baru, biasanya yg lebih baik. penganjakan perbuatan atau hal menganjak. penganjak bahagian pd sesuatu alat yg digerak-gerakkan supaya alat tsb menjadi panjang atau pendek. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anjak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
right-shift left-shift registerdaftar anjak kanan anjak kiriKejuruteraanTiadaTiada
dispersion-shifted fibregentian sebar anjakKejuruteraanTiadaGentian optik mod tunggal yang berciri sebar anjak bagi kegunaan sistem telekomunikasi jarak jauh.
setbackanjak belakang; anjakanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
setbackanjak belakang; anjakanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
setbackundur ;anjak belakang ;kegagalanGeografiTiadaTiada
shift (rock)anjak (batu)GeografiTiadaTiada
setbackundur ;anjak belakang ;kegagalanKejuruteraanTiadaTiada
right-shiftanjak kananKejuruteraanTiadaTiada
setbackundur ;anjak belakang ;kegagalanGeografiTiadaTiada
ecological displacementanjak gantian ekologiSosiologiTiadaProses yang melibatkan kumpulan manusia yang lebih maju dan kuat mengambil alih kawasan yang lemah, sama ada melalui penaklukan atau tekanan ekonomi.
12345

Kembali ke atas