Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.jal] | انجل

Definisi : mudah berubah menjadi bertambah atau berkurang mengikut perubahan (harga, daya, dll) kenyal, elastik: permintaan yg ~; menganjal mempunyai keupayaan utk balik ke tempat atau ke bentuk asal apabila ditarik atau ditekan: katil spring ~ apabila kita tidur di atasnya; menganjalkan menyebabkan atau menjadi­kan menganjal: gerakan ini penting bagi ~ otot di bahagian atas belakang lengan; keanjalan perihal anjal, kekenyalan, ke­elastikan; ketakanjalan keadaan atau perihal tidak anjal: ~ kadar faedah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.jal] | انجل

Definisi : 1 dpt kembali atau dpt berbalik spt biasa (setelah dibengkokkan, ditekan, setelah menjadi tegang dsb): Arteri yg sihat dan normal bersifat ~ dan dinding di dlmnya lembut dan bersih. 2 mudah berubah (bkn harga, permintaan, kedudukan dsb); boleh diubah-ubah (bkn jadual waktu dsb): Barang pembuatan secara umumnya mempunyai permintaan yg lebih ~ di samping tidak begitu terdedah pd ancaman cuaca. Masalah ini akan dpt diatasi melalui cadangan mewujudkan jadual waktu ~ di sekolah. menganjal melenting lalu kembali spt biasa. menganjalkan 1 menjadikan atau menyebabkan dpt kembali atau dpt berbalik spt biasa: Gerakan itu dpt ~ otot. 2 menjadikan atau menyebabkan mudah berubah atau dpt diubah-ubah: Kita berharap agar suasana positif ini terus kekal dan perlahan-lahan ~ kedudukan ekonomi negara kpd keadaan yg lebih baik. keanjalan keadaan atau hal anjal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anjal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Frasa mana yang lebih tepat? Anjal Remaja atau Anjal Keremajaan

Frasa yang tepat ialah “Anjal Keremajaan.”

Tatabahasa07.08.2023
Boleh saya tau kenapa anjal keremajaan lebih tepat berbanding anjal remaja? Jika dibandingkan dengan frasa lain yg sewaktu dengannya: awet muda lebih tepat dan bukannya awet kemudaan.Contoh frasa yang betul ialah “keanjalan kulit” atau “meremajakan kulit”. Bagi perkataan awet muda, perkataan tersebut sudah terakam dalam Kamus Dewan Perdana yang bermaksud sentiasa kelihatan lebih muda daripada usia sebenar.Istilah10.08.2023
Boleh saya tau kenapa anjal keremajaan lebih tepat berbanding anjal remaja? Jika dibandingkan dengan frasa lain yg sewaktu dengannya: awet muda lebih tepat dan bukannya awet kemudaan.

Contoh frasa yang betul ialah “keanjalan kulit” atau “meremajakan kulit”. Bagi perkataan awet muda, perkataan tersebut sudah terakam dalam Kamus Dewan Perdana yang bermaksud sentiasa kelihatan lebih muda daripada usia sebenar.

Istilah22.08.2023

Kembali ke atas