Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.jal] | انجل

Definisi : mudah berubah menjadi bertambah atau berkurang mengikut perubahan (harga, daya, dll) kenyal, elastik: permintaan yg ~; menganjal mempunyai keupayaan utk balik ke tempat atau ke bentuk asal apabila ditarik atau ditekan: katil spring ~ apabila kita tidur di atasnya; menganjalkan menyebabkan atau menjadi­kan menganjal: gerakan ini penting bagi ~ otot di bahagian atas belakang lengan; keanjalan perihal anjal, kekenyalan, ke­elastikan; ketakanjalan keadaan atau perihal tidak anjal: ~ kadar faedah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.jal] | انجل

Definisi : 1 dpt kembali atau dpt berbalik spt biasa (setelah dibengkokkan, ditekan, setelah menjadi tegang dsb): Arteri yg sihat dan normal bersifat ~ dan dinding di dlmnya lembut dan bersih. 2 mudah berubah (bkn harga, permintaan, kedudukan dsb); boleh diubah-ubah (bkn jadual waktu dsb): Barang pembuatan secara umumnya mempunyai permintaan yg lebih ~ di samping tidak begitu terdedah pd ancaman cuaca. Masalah ini akan dpt diatasi melalui cadangan mewujudkan jadual waktu ~ di sekolah. menganjal melenting lalu kembali spt biasa. menganjalkan 1 menjadikan atau menyebabkan dpt kembali atau dpt berbalik spt biasa: Gerakan itu dpt ~ otot. 2 menjadikan atau menyebabkan mudah berubah atau dpt diubah-ubah: Kita berharap agar suasana positif ini terus kekal dan perlahan-lahan ~ kedudukan ekonomi negara kpd keadaan yg lebih baik. keanjalan keadaan atau hal anjal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anjal


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
elastic potential energytenaga upaya anjalMekanikGunaanTenaga upaya yang disebabkan oleh ubah bentuk pegas anjal. Bagi pegas linear, tenaga upaya anjal Va diberikan oleh ungkapan, Va = kx2 dengan k sebagai kekakuan pegas dan x ialah ubah bentuk pegas itu apabila diukur nisbi terhadap bentuknya yang tak terubah bentuk. Tenaga upaya anjal merupakan kerja yang akan dilakukan untuk mengembalikan pegas itu ke kedudukan keseimbangannya. Nilai Va sentiasa positif.
linear elastic elementunsur anjal linearKejuruteraanPolimerSistem spring anjal yang menggambarkan model linear likat anjal bagi pepejal Hookean.
elastic reboundlantunan anjalGeologiTiadaPemulihan anjal dari keterikan.
elastic liquid)cecair anjalKejuruteraanPolimerCecair yang menunjukkan pemulihan anjal yang tinggi, iaitu boleh kembali kepada susunan struktur rantaian asal selepas tegasan yang dikenakan dialih.
standing ballbola anjalSukanTiadaSejenis bola yang dilekatkan ke sebatang besi anjal yang digunakan semasa latihan menguji kecepatan, reaksi dan kelembutan.
elastic recovery effectkesan pemulihan anjalKejuruteraanPolimerKesan ke atas bendalir anjal yang disebabkan bentuk bendalir tidak malar sejurus selepas tegasan menjadi isotop atau sifar.
elastic constantpemalar anjalGeologiTiadaPemalar matematik tertentu yang dapat digunakan untuk memerikan sifat anjal jirim.
elastic bitumenbitumen anjalGeologiTiadaHidrokarbon masif, amorf berwarna coklat gelap, berjulat dari lembut dan anjal hingga keras dan rapuh, dan berasal dari metamorfisme petroleum.
viscoelastic fluidbendalir likat anjalKimiaTiadaBendalir yang menunjukka sifat dominan aliran likat dan juga akan menunjukkan sifat pemulihan anjal apabila tegasan yang dikenakan dialih.
viscoelastic fluidbendalir likat anjalKejuruteraanPolimerBendalir yang menunjukka sifat dominan aliran likat dan juga akan menunjukkan sifat pemulihan anjal apabila tegasan yang dikenakan dialih.
12345678910...

Kembali ke atas