Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.jing] | انجيڠ

Definisi : 1. sj binatang yg menyalak (ada yg dipelihara utk menjaga rumah dsb dan ada yg liar); 2. ki barua, tali barut, angsama, mun-cikari, jaruman, pinang muda: dia menjadi ~ musuh kerajaan; ~ air memberang, berang-berang, Lutra spp.; ~ ajak = ~ geladak anjing yg tidak dipelihara; ~ arau anjing belang putih hitam; ~ hitam ki orang jahat yg sentiasa menunjuk-nunjukkan keburukannya kpd umum; ~ hutan anjing liar yg hidup dlm hutan, Cuon alpinus; ~ koreng anjing yg bergaris-garis kuning dan hitam; ~ kumbang = ~ lotong anjing yg berwarna hitam; ~ ladang anjing belang hitam dan kuning tua; ~ laut sj mamalia laut, Halichoerus grypus; ~ langsat anjing yg berwarna kuning langsat; ~ nibung anjing yg berwarna kuning kecoklat-coklatan; ~ pandan anjing yg ber-warna merah; ~ penghidu anjing yg dilatih khas utk mengesan dadah, menjejaki pen-jenayah dsb; ~ polis anjing yg terlatih utk membantu polis menjejaki penjenayah, me­ngesan dadah dsb; ~ sabun anjing yg ber­warna putih; ~ serigala sj anjing liar yg hidup dlm hutan; ~ sokom anjing yg berbintik-bintik hitam; ~ tanah sj serangga, Gryllotalpa vulgaris; ~ tarikan sj anjing yg digunakan oleh orang Eskimo utk menarik heretan mereka dsb; ~ diberi makan nasi bilakan kenyang prb sia-sia memberi nasihat yg baik kpd orang jahat; ~ ditepuk menjungkit ekor prb orang yg tidak berbudi, jika dihormati akan menjadi sombong; ~ galak, babi berani prb berani sama berani, kuat sama kuat; ~ itu jika dipukul sekalipun, berpulang juga ia ke tempat yg banyak tulang prb orang yg tamak dan tidak bermalu itu tidak peduli akan nama baiknya (tidak terhalang oleh hukuman); ~ itu meski dirantai dgn rantai emas sekalipun, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis prb orang yg bertabiat jahat itu, walau bagaimana sekalipun, tidak akan berubah lakunya; ~ mengulangi bangkai prb laki-laki yg meng-ulangi perbuatan yg tidak senonoh (perem-puan jahat dll); ~ menyalak bukit mahu­kah runtuh = beberapa pun ~ menya­lak bukit bolehkah runtuh prb bagaimanapun orang yg jahat mencela orang yg baik tidak akan ada akibatnya; ~ tiada bercawat ekor prb se-suatu yg hina dan tidak berguna tidaklah indah pd mata sekalian orang; bagai ~ beranak enam prb dikatakan kpd perempuan yg kurus sekali kerana melahirkan anak; bagai ~ melintang denai prb seseorang yg sombong menunjukkan kesombongannya; bagai ~ menyalak di ekor (di pantat) gajah prb orang yg lemah hendak melawan orang yg berkuasa; bagai ~ tersepit di pagar prb seseorang yg dlm kesusahan serba salah halnya; bangsa ~ kalau biasa makan tahi, tak dimakan, dicium ada juga prb orang yg biasa berbuat jahat itu walau bagaimanapun akan teringat juga akan perbuatan yg jahat; bagai disalak ~ bertuah prb tidak dapat bertangguh, permintaan mesti dikabulkan (bkn anak-anak yg tidak dapat ditolak kehendaknya); melepaskan ~ tersepit (sesudah lepas dia menggigit) prb menolong orang yg tidak tahu membalas budi; sbg ~ terpanggang ekor prb dikatakan kpd sese­orang yg mendapat kesusahan yg amat sangat, sehingga kian ke mari mencari pertolongan; spt ~ berebut tulang prb dikatakan kpd orang tamak yg merebutkan harta; spt ~ berjumpa pasir prb orang yg selalu ria hati kerana mendapat benda yg disukainya; spt ~ beroleh bangkai prb dikatakan kpd orang tamak yg mendapat sesuatu dgn mudahnya; spt ~ dgn kucing prb ibarat orang yg selalu berbantah; spt ~ kedahuluan prb Mn sese­orang yg didahului oleh orang yg lebih mulia (kaya) dlm hal meminang gadis dll; spt ~ kepala busuk prb orang yg telah diketahui ke­jahatannya, ke mana ia pergi dihinakan orang juga; spt ~ lapar mendapat tulang, daging segumpal dan sekeping apam prb orang yg melakukan sesuatu kebajikan hanya kerana mengharapkan keuntungan; spt ~ meng­gonggong bangkai prb dikatakan kpd orang laki-laki yg membawa perempuan jahat; spt ~ menggonggong tulang prb orang tamak yg hendak memiliki harta orang, akhirnya harta sendiri yg habis; umpama ~ makan muntah­nya prb orang yg tamak itu tidak membeza­kan yg baik dgn yg jahat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.jing] | انجيڠ

Definisi : beberapa jenis binatang yg dipelihara utk menjaga rumah (berburu dll), Canis spp.. ~ geladak anjing liar yg tidak dipelihara orang. ~ gila nama sj penyakit yg disebabkan oleh virus yg dijangkiti melalui air liur haiwan terutama anjing yg terkena penyakit itu, Rabies canina. ~ hutan anjing liar yg hidup di hutan. ~ laut serigala laut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anjing

Puisi
 

Anak anjing dua beradik,
     Satu bodoh satu cerdik;
Saya umpama teras yang baik,
     Tahan berjemur di panas terik.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Anjing menyalak bukit,
     takkan runtuh.

Bermaksud :

Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya.

 

Lihat selanjutnya...(71)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
scent~ out, dapat mengesan: the dogs are trained to ~ out drugs, anjing-anjing itu dilatih utk mengesan dadah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hunt~ down, memburu sampai dapat: the police dogs ~ed down the criminal, anjing-anjing polis memburu penjenayah itu sampai dapat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
eat~ out of, makan dr: the dogs are trained to ~ out of their own dishes, anjing-anjing itu dilatih supaya makan dr pinggan sendiri;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unleashvt 1. melepaskan: the dogs went off as soon as they were ~ed, anjing-anjing itu lari sebaik saja dilepaskan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scenton the ~, a. dapat /mengesan jejak, menjejak/: the dogs were soon on the ~ of the escapees, anjing-anjing itu tdk lama kemudian dapat mengesan jejak orang-orang yg melarikan diri itu; b. (fig.) dapat mengesan: the journalist was on the ~ of a good story, wartawan itu telah mengesan cerita yg menarik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
trail2. track or scent followed in hunting, jejak: the dogs lost the ~ at the river, anjing-anjing itu kehilangan jejak di sungai; they followed the ~ of the wounded beast to its lair, mereka mengikut jejak binatang yg cedera itu hingga ke sarangnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
string~ out, approp v + berbaris: dogs were strung out over the field, searching for the scent, anjing-anjing diikat berbaris sepanjang padang, utk mengesan bau itu; houses were strung out along the highway, rumah-rumah dibina berbaris di sepanjang lebuh raya itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
afterb. (st) mengejar, memburu; (when object is not specified) mahu akan: the hounds were ~ the fox, anjing-anjing pemburu itu mengejar rubah; wealth and power are what he is ~, yg dikejarnya ialah kekayaan dan kekuasaan; they are both ~ the same thing, mereka berdua mahu akan benda yg sama; 6. concerning, tentang: to ask ~ so’s health, bertanya tentang kesihatan sso; she enquired ~ you, dia bertanya tentang kamu; 7. subsequent to, berikutan, selepas: ~ what she has done, I refuse to help her, berikutan perbuatan itu, saya tdk mahu menolongnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grubvi menyelongkar (+ approp n) utk mencari: these stray dogs make a mess when they ~ for food in the dust-bins, anjing-anjing liar ini mengotorkan tempat itu sewaktu menyelongkar tong sampah utk mencari makanan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scentvt 1. be aware of (st) by its smell, terbau, /terhidu, tercium/ bau: the dogs had ~ed a deer, anjing-anjing itu tercium bau rusa;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas