Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : buah betis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anjing-anjing I

Puisi
 

Anak anjing dua beradik,
     Satu bodoh satu cerdik;
Saya umpama teras yang baik,
     Tahan berjemur di panas terik.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Anjing menyalak bukit,
     takkan runtuh.

Bermaksud :

Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya.

 

Lihat selanjutnya...(71)


Pantun

PantunSumberTema
Anjing angkat anjing berburu, Anjing berburu di luar kota; Lagi tak dapat lagi dituju, Hendak menyapu arang di muka.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Anak anjing dua beradik, Satu bodoh satu cerdik; Saya umpama teras yang baik, Tahan berjemur di panas terik.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Bawa anjing pergi berburu, Berburu sampai ke Tanjung Pinang; Sudah bersetuju ayah dan ibu, Bolehlah abang masuk meminang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Anak musang disalak anjing, Hingga malam lari menyosok; Hendak meminang tidak sebanding, Dibawa diam hatiku remuk.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anjinglah asap asap berbuku, Anjing menyalak di pintu kota; Lagi tak dapat lagi berguru, Hendaklah sapu arang di muka.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Baik dikepung jangan dipalu, Anjing hitam datang meluru; Betullah pesan nenekku dulu, Harimau menderam makan tak mahu.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Bukit Beguk barat Melaka, Anjing menyalak ayam hutan; Buah jarak tidak kusangka, Jarak menjadi buah rambutan.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Apa gunanya orang berburu, Bila tidak membawa anjing; Apa gunanya abang mencumbu, Bila berjalan tidak seiring.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kijang kuning di tengah belukar, Disalak mari anjing Belanda; Meski di dalam padang terbakar, Adik seorang aku tak lupa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang Lengging membuat rakit, Rakit dibuat kayu nyatuh; Biarlah anjing menyalak bukit, Bukit tetap tidakkan runtuh.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
12

Kembali ke atas