Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ta] | انت

Definisi : sl sifat, keadaan; ~-beranta a) beraneka sifat (keadaan); b) awang-awang; ~kesuma a) berbunga-bunga (baju dll); b) baju terbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.ta] | انت

Definisi : Ar kamu (merujuk kpd seorang lelaki). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anta


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya sedang menterjemah beberapa teks bahasa arab berkaitan Rasulullah. soalan saya, adakah sesuai saya menterjemah "Anta" yang ditujukan kepada Rasulullah dengan "Paduka Tuan". seterusnya, adakah sesuai sekiranya perkataan "syurga" dalam konotasi Islam saya terjemahkan sebagai inderaloka. terima kasih.

Untuk konteks terjemahan yang melibatkan Rasulullah, "Paduka Tuan" tidak sesuai digunakan. Gelaran ini lebih sesuai dengan contoh teks berlatarbelakangkan Alam Melayu atau Nusantara. Pihak kami mencadangkan penggunaan gelaran ”Ya Rasulullah”, atau nama sahaja seperti “Wahai Muhammad” bergantung pada kesesuaian konteks ayat.

 

Untuk "syurga" juga tidak sesuai dipadankan dengan “inderaloka” kerana istilah ini juga lebih sesuai untuk teks yang berlatarbelakangkan Alam Melayu atau Nusantara. Pihak kami mencadangkan untuk kekal menggunakan istilah “syurga” atau “jannah”.

Penyemakan dan penterjemahan05.09.2023

Kembali ke atas