Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ta.go.nis] | انتاݢونيس

Definisi : orang (pihak) yg kuat menentang orang (pihak) lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antagonis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antagonisantagonisPerubatanTiadaLihat antagonis reseptor.
antogonistantagonisKesusasteraanTiadaWatak yang menentang protagonis dalam cereka atau drama. Antagonis merupakan penentang kepada watak utama sama ada watak baik atau jahat bergantung pada plot sesuatu cereka. Dalam epik Ramayana, Ravana merupakan antagonis, manakala Sri Rama ialah protagonis. Dalam drama Marcbeth, Macolm sebagai antagonis dan macbeth merupakan protagonis. Banding protagonis.
antagonistantagonisKesenianDrama dan TeaterWatak yang menentang protagonis dalam drama atau teater. Antagonis merupakan penentang kepada watak utama sama ada watak baik atau jahat bergantung pada plot sesuatu cerita. Dalam epik Ramayana, Ravana merupakan antagonis, manakala Sri Rama ialah protagonis. Dalam drama Macbeth, Malcolm sebagai antagonis dan Macbeth merupakan protagonis. Bandingprotagonis.
receptor antagonistantagonis reseptorPerubatanTiadaMolekul yang bergabung pada reseptor dan menghalang penggabungan molekul agonis yang lain dan seterusnya menghalang daripada berlakunya kesan agonis. Sebagai contoh, atropin merupakan antagonis bagi reseptor asetilkolina. Asetilkolina menyebabkan bradikardia, manakala atropin menghalang kesan asetilkolina lalu menyebabkan takikardia. Contoh ubat yang bertindak sebagai antagonis ialah Propranolol, Promethazine dan Omeprazole. Sinonim antagonis.
antagonistic planttumbuhan antagonisPertanianAgroteknologiTumbuhan yang memberi kesan negatif terhadap organisma seperti serangga, kulat, nematod dan bakteria yang menyentuhnya. Tumbuhan antagonis mengeluarkan bahan kimia melalui akarnya yang termasuk enzim, hormon dan kandungan lain yang toksik terhadap organisma tersebut. Tumbuhan antagonis telah dimanfaatkan untuk kawalan biologi serangan oleh makhluk perosak terhadap tanaman terutamanya nematod atau cacing perosak.
antagonistantagonisFarmasiFarmakologiI. Bahan kimia atau agen yang bertindak dengan reseptor sel tanpa sebarang gerak balas tetapi menghalang pengikatan agonis pada reseptor tersebut. Contohnya, atropina merupakan antagonis bagi reseptor asetilkolina. Asetilkolina akan menyebabkan brakikardia, manakala atropina menghalangkesanasetilkolina lalu menyebabkan takikardia.Contoh agen yang bertindak sebagai antagonis ialah propranolol dan prometazina. 2. Otot yang bertindak secara. bertentangan dengan otot lawannya. Contohnya, antara otot fteksor dengan otot ekstensor.
chemical antagonistantagonis kimiaSains KesihatanTiadaantagonis kimia yang merencat kesan bahan kimia yang lain.
competitive antagonistantagonis bersaingSains KesihatanTiadaAntagonis farmakologi yang tindakannya boleh diatasi dengan penambahan dos agonis.
physiological antagonistantagonis fisiologiSains KesihatanTiadaAntagonis yang merangsang proses fisiologi yang berlawanan dengan rangsangan agonisnya.
reverse antagonistantagonis terbalikSains KesihatanTiadaAntagonis farmakologi yang memberikan rangsangan apabila bertindak pada reseptor agonis.
123456789

Kembali ke atas