Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : butir-butir padi dlm beras atau nasi, gabah; ~ berkumpul sama ~, beras bersama beras = bersisih ~ dgn beras prb terasing orang miskin (hina) drpd orang kaya (mulia); janjian ~ tiada ceruh prb nasib yg malang tidak akan baik, malang juga selamanya; laksana ~ meluĀ­kut (lemukut), lapar sangat baru berguna prb barang sesuatu yg tidak berharga dan kurang baik berguna juga dlm masa kekurangĀ­an; tidak tahu ~ terkunyah prb tidak berasa bahawa telah melakukan sesuatu yg tidak patut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antah I

Puisi
 

Orang Jawa bersampan panjang,
     Sarat muatan antah padi;
Kalau sudah berkasih sayang,
     Ilmu tidak berguna lagi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Yang pipit sama pipit,
     yang enggang,
sama enggang.

Bermaksud :

Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang, c. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga).

 

Lihat selanjutnya...(17)


Pantun

PantunSumberTema
Jika antah sudah disisih, Masak gulai kurangkan sirap; Jika tak pandai meletak kasih, Kasih orang jangan diharap.Pantun Melayu SarawakNasihat
Hendak dulang kuberi dulang, Dulang berisi antah bertih; Hendak pulang kuberi pulang, Pulang beriring gajah putih.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Orang Jawa bersampan panjang, Sarat muatan antah padi; Kalau sudah berkasih sayang, Ilmu tidak berguna lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Beras bukan sebarang beras, Beras ditumbuk membuang antah; Panas bukan sebarang panas, Panas menengok abang menikah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Besarlah nyiru dari penampi, Untuk mengayak beras dan antah; Biarpun malu di dalam hati, Adikkan tidak melepas sumpah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas