Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.tan] | انتن

Definisi : penumbuk padi, alu; ~ patah lesung hilang prb tertimpa berbagai-bagai kecelakaan (kesusahan); bagai ~ pen­cung­kil duri = canggung spt ~ dicungkilkan duri prb melakukan pekerjaan yg sia-sia; bertelingkah ~ di lesung, ayam juga yg kenyang prb berselisih antara dua saudara tentang sesuatu, orang lain yg beruntung; bertelingkah bagai ~ di lesung prb orang yg sama sepekerjaan itu, jikalau bersalahan dan berkecil hati, jadi rosaklah pekerjaannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.tan] | انتن

Definisi : alat penumbuk padi; alu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antan

Peribahasa

Bertelingkah antan di lesung,
     ayam juga yang kenyang.

Bermaksud :

Dua orang berselisih tentang wang atau harta, orang lain (orang tengah) juga yang mendapat untung. bertelingkah = berselisih.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud antan mendapatkan lesung?Peribahasa yang terakam dalam Kamus Peribahasa Bahasa Melayu ialah "lesung mencari antan" yang bermaksud perempuan mencari lelaki. Tidak ada peribahasa antan mendapatkan lesung.Makna18.04.2014
Salam sejahtera tuan. Apakah perbezaan antara peribahasa yang berikut? Bolehkah tuan menjelaskan penggunaannya? -bagai lesung dengan antan -bagai aur dengan tebing -bagai kapur dengan kunyit -bagai cincin dengan permata Penjelasan dan maklum balas tuan amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.Bagai lesung dengan antan bermaksud sangat karib (tentang orang yang bersahabat atau orang yang berkasih-kasihan). Penggunaan peribahasa dalam ayat haruslah sesuai antara makn peribahasa dengan konteks ayat tersebut, contohnya "persahabatan antara Ahmad dan Ali boleh diumpamakan bagai lesung dengan antan". Untuk melihat makna peribahasa yang lain, sila rujuk laman web kami, contohnya http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=aur+dengan+tebing&d=11, saudara dapat melihat maksudnya dan contoh penggunaan peribahasa tersebut (jika ada).Makna29.07.2013

Kembali ke atas