Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antara dengan

Puisi
 

Banyak bulan antara bulan,
     Tidak sama bulan puasa;
Banyak Tuhan antara Tuhan,
     Tidak sama Tuhan Yang Esa.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Bunyi semacam kumbang menyeri bunga.

Bermaksud :

Bunyi percakapan yang lemah antara kedengaran dengan tiada.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

PantunSumberTema
Antara pagi dengan petang, Di sana orang mencari nafkah; Bila kukaji kesalahan abang, Daripada bertunang elok berpisah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Orang Acheh menanam padi, Padi tumbuh nampak jarang; Antara kasih dengan budi, Budi juga dikenang orang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Kuala Johor jangan diduga, Kuala Pekan orang berjudi; Antara tidur dengan jaga, Terasa tuan datang ke mari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ombak di laut meniti buih, Ombak datang dari seberang; Antara budi dengan kasih, Mana satu dikenang orang?Kurik Kundi Merah SagaBudi
Berpangkat-pangkat batang kuini, Sekelilingnya puding semata, Di sana takik abang tanggalkan; Kalaulah berangkat abang kini, Antara kening dengan mata, Di situ adik abang tinggalkan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas