Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antara dengan antara dan

Puisi
 

Banyak bulan antara bulan,
     Tidak sama bulan puasa;
Banyak Tuhan antara Tuhan,
     Tidak sama Tuhan Yang Esa.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Gigi dengan lidah ada kalanya bergigit juga.

Bermaksud :

Kerap kali juga timbul perselisihan antara suami isteri, sanak saudara dan sahabat handai.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
ekosistem seimbangbalanced ecosystemEkosistem yang melibatkan interaksi secara harmoni antara organisma dengan organisma lain dan antara organisma dengan persekitaran.Menengah Rendah
usus kecilsmall intestineBahagian salur pencernaan yang terletak di antara perut dengan kolon. Bahagian ini terdiri daripada duodenum, jejunum dan ileum. Jejunum ialah bahagian usus kecil yang terletak di antara duodenum dengan ileum, manakala ileum ialah bahagian bawah usus kecil. Salur ini juga ialah tempat penyerapan makanan tercerna.Menengah Rendah
interaksi antara organisma hidupinteraction between living organismsPerhubungan yang berlaku antara satu organisma dengan organisma lain dalam sesuatu habitat. Interaksi antara organisma hidup adalah penting untuk mengekalkan saiz populasi dalam sesuatu ekosistem dan seterusnya mengekalkan ekosistem yang seimbang.Menengah Rendah
gasgasJirim yang zarahnya bergerak bebas secara rawak, terpisah antara satu sama lain, mengisi keseluruhan ruang bekas dan dapat dimampatkan dengan mudah. Daya tarikan antara zarah-zarah ini adalah sangat lemah.Menengah Rendah
ekosistemecosystemSistem ekologi yang terdiri daripada komuniti yang saling berinteraksi dengan persekitarannya, dan seterusnya mewujudkan keseimbangan antara tumbuhan, haiwan, dan bahan tak organik.Menengah Atas
duodenumduodenumBahagian pertama usus kecil yang terletak di antara perut dengan jejunum, berbentuk ladam dan terlibat secara aktif dalam pencernaan makanan.Menengah Rendah
toraksthoraxBahagian badan antara kepala dengan abdomen. Pada serangga, kepak dan kaki terdapat di bahagian ini.Menengah Rendah
perutstomachOrgan pencernaan yang terletak di antara esofagus dengan usus. Perut berfungsi mencerna makanan dan menyimpan makanan buat sementara waktu sebelum dihantar ke usus kecil.Menengah Rendah
jaluran asteroidasteroid beltJalur yang mengandungi asteroid dan berada di antara planet Marikh dengan Musytari. Lihat RajahSekolah Rendah
usus besarlarge intestineBahagian salur pencernaan di antara sekum dengan rektum. Fungsi utamanya ialah menyerap air dari hampas makanan dan membentuk tinja.Menengah Rendah
123

Kembali ke atas