Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antara dengan antara dan

Puisi
 

Banyak bulan antara bulan,
     Tidak sama bulan puasa;
Banyak Tuhan antara Tuhan,
     Tidak sama Tuhan Yang Esa.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Gigi dengan lidah ada kalanya bergigit juga.

Bermaksud :

Kerap kali juga timbul perselisihan antara suami isteri, sanak saudara dan sahabat handai.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
komunikasi data(data communication)1. Sistem dan kaedah penghantaran dan penerimaan maklumat terkod antara sistem komputer dengan persisiannya dengan menggunakan kaedah elektronik atau optik. 2. Bidang ilmu yang berkaitan dengan penghantaran dan penerimaan maklumat terkod di antara perantiKamus Komputer
bas antara muka(interface bus)Bas yang menyediakan sambungan antara muka dan pemasaan bagi menghubungkan dan memadankan pelbagai peranti dan persisian dengan komputer.Kamus Komputer
input/output1. Teknik, bahantara, dan peranti yang berkaitan dengan pertukaran data antara mesin dengan manusia. 2. Merujuk kemudahan yang ada pada sesuatu sistem bagi tujuan input, output, atau kedua-duanya sekali. Singkatan I/O.Kamus Komputer
pragmatik(pragmatics)Kajian yang berkaitan dengan penentuan hubungan antara simbol dan cara penggunaan simbol tersebut.Kamus Komputer
keharmonian1. keadaan harmoni (selaras, sesuai, sepadan), keselarasan, kesesuaian: sebaliknya, sains dan teknologi yg telah berkembang itu telah menyebabkan tiada ~ antara manusia dengan alam sekitar; 2. keadaan harmoni (mesra), kemesraan: ~ per­hubungan antara kedua-dua buah negara; menikmati ~ hidup di desa; ~ rumah tangga;Kamus Dewan Edisi Keempat
pandangan besar(exploded view)Paparan objek yang mendedahkan semua bahagian objek untuk menunjukkan kedudukan dan kaitan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain dalam objek.Kamus Komputer
hubungan beranalisis(analytic relationship)Hubungan yang wujud di antara konsep dengan butir yang berkaitan berdasarkan takrif dan lingkungan makna tersirat masing-masing.Kamus Komputer
piawaian antara muka(interface standard)1. Penentuan teknik tentang ciri sistem dan peraturan yang ditetapkan untuk memadankan peranti atau litar dengan sistem. 2. Penentuan dan peraturan yang ditetapkan untuk memadankan atur cara lain dengan atur cara yang sedia ada.Kamus Komputer
sela(gap)1. Ruang kecil dalam bahan rakaman, seperti pita atau cakera bermagnet, yang sengaja tidak disi dengan data dan digunakan sebagai pemisah perkataan, rekod, atau fail. 2. Jeda masa atau ruang yang digunakan sebagai penanda tamat perkataan, tamat rekod, atau tamat fail. 3. Ruang antara kepala pembaca atau kepala perakam dengan bahan rakaman seperti pita, cakera atau tong bermagnet.Kamus Komputer
terminal data(data terminal)1. Peranti yang mengubahsuaikan data untuk input dan output di antara peranti input-output komputer dengan sambungan talian penghantaran. 2. Peralatan yang membolehkan komputer menerima input data daripada pengguna atau yang boleh mempersembahkan data pada pengguna.Kamus Komputer
123

Kembali ke atas