Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ta.ra.bang.sa] | انتارابڠسا

Definisi : 1. antara atau di kalangan negara-negara, melibatkan dua atau lebih negara: meng-galakkan persefahaman ~; perhubungan ~; perdagangan ~; 2. bkn atau berkaitan dgn dua atau lebih negara atau warga­negaranya: maha-siswa kita cenderung terhadap perkara-perkara ~; 3. ditubuhkan oleh dan dikawal atau digubal utk beberapa negara: mahkamah ~; undang-undang ~; 4. dimiliki atau dikaitkan dgn pertubuhan dsb yg mempunyai ahli-ahli dlm dua atau lebih negara: pertubuhan ~; pergerakan ~; 5. boleh digunakan oleh semua negara: perairan ~; 6. diterima oleh beberapa negara besar sbg tinggi tarafnya: hotel ber-taraf ~; mengantarabangsakan menjadikan se­suatu (hak, isu, dsb) bersifat antarabangsa: ada pihak-pihak tertentu yg cuba ~ per­golakan politik negara itu; keantarabangsaan keadaan sesuatu yg bersifat antarabangsa: sikap ~ pucuk pimpin­an Malaysia telah menarik minat seluruh dunia; pengantarabangsaan perbuatan (proses) mengantarabangsakan: wujudnya peluang ekonomi yg semakin banyak akibat pemba­n­gunan dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.ta.ra.bang.sa] | انتارابڠسا

Definisi : bkn dgn beberapa atau banyak bangsa atau negara di dunia: perdagangan ~; undang-undang ~; peringkat ~. mengantarabangsakan menjadikan atau meletakkan sesuatu (digunakan atau diterima) di peringkat antarabangsa: Usaha utk ~ bahasa Melayu giat dijalankan. keantarabangsaan hal atau sifat antarabangsa: Sikap ~ pemimpin itu memudahkan hubungan antara kedua-dua negara. pengantarabangsaan perihal atau usaha mengantarabangsakan: ~ bahasa Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antarabangsa


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAHKAMAH KEADILAN ANTARABANGSA

Mahkamah Keadilan Antarabangsa

lazimnya dikenali sebagai Mahkamah Dunia,

merupakan agensi kehakiman yang tertinggi

dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Mahkamah ini menyediakan saluran untuk

menyelesaikan secara aman masalah

persengketaan undang-undang pada peringkat

antarabangsa. Ia hanya menyelesaikan kes yang

dikemukakan oleh sesebuah negara atau

organisasi antarabangsa. Keputusannya

berdasarkan prinsip undang-undang

antarabangsa dan tidak boleh dibuat rayuan.

Mahkamah ini mendengar beberapa kes sahaja.

Tetapi banyak perbalahan antara kerajaan

diselesaikan melalui tribunal antarabangsa yang

lain dan dalam tribunal kebangsaan berasaskan

undang-undang antarabangsa.

UMUM 
TABUNG KEWANGAN ANTARABANGSA (IMF)

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)

ialah pertubuhan yang dianggotai lebih daripada

150 buah negara yang berusaha untuk menubuhkan

satu sistem pembayaran dan perdagangan

antarabangsa yang cekap. IMF berusaha untuk

membantu negara anggota mencapai pertumbuhan

ekonomi yang pantas, tahap guna tenaga yang

tinggi dan meningkatkan taraf hidup. IMF bertindak

sebagai agensi perunding kewangan antarabangsa

dan masalah hutang. Anggota pertubuhan ini

bekerjasama untuk mengekalkan persetujuan

pertukaran yang teratur antara negara.

IMF ditubuhkan selepas Persidangan Bretton

Woods pada tahun 1944. Ia mula beroperasi pada

tahun 1947 dengan tabung kewangan bernilai AS$9

bilion dalam bentuk mata wang dan emas. IMF

menggunakan tabung itu untuk membantu negara

anggota untuk menyelesaikan masalah imbangan

pembayaran. Pada tahun 1969, IMF mengadakan

sejenis aset simpanan yang dikenali sebagai Hak

Pengeluaran Khas (SDR – Special Drawing Rights)

sebagai tambahan kepada simpanan mata wang dan

emas antarabangsa. Sehingga awal tahun 1990-an,

IMF mempunyai aset bernilai lebih kurang AS$120

bilion.

UMUM 
ANTARABANGSA

Persatuan Pengangkutan Udara

Antarabangsa (International Air Transport

Association – IATA) ialah organisasi syarikat

penerbangan antarabangsa yang mempunyai

penerbangan berjadual. IATA menggalakkan

pengangkutan udara yang selamat, teratur, dan

menjimatkan bagi kepentingan pengguna di seluruh

dunia.

UMUM 
PERTUBUHAN MARITIM ANTARABANGSA

Pertubuhan Maritim Antarabangsa

(International Maritime Organization (IMO)) ialah

agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang

menggalakkan kerjasama di kalangan kerajaan dalam

perkara yang melibatkan perkapalan antarabangsa.

Pertubuhan ini, biasanya dikenali sebagai IMO

(International Maritime Organization) yang berusaha

untuk membentuk peraturan perkapalan

antarabangsa bagi meningkatkan taraf keselamatan

dan menghalang pencemaran yang berpunca

daripada kapal. Ia juga menguruskan pertukaran

maklumat tentang perkapalan lautan.

UMUM 
PERDAGANGAN ANTARABANGSA

Perdagangan antarabangsa ialah pertukaran

barang-barang dan perkhidmatan antara negara. Ia

berbeza daripada perdagangan dalam negeri yang

berlaku hanya dalam sesebuah negara sahaja.

Perdagangan antarabangsa kadangkala dikenali

sebagai perdagangan dunia atau perdagangan luar

negeri .

UMUM 
NOMBOR PIAWAI BUKU ANTARABANGSA

Nombor piawai buku antarabangsa (ISBNInternational

Standard Book Number) ialah

sekumpulan sepuluh nombor untuk mengenal pasti

buku dan penerbitnya. Nombor piawai buku

antarabangsa, dikenali juga sebagai ISBN,

memudahkan proses memesan buku. Penjual buku,

pustakawan, dan lain-lain yang mengendalikan

jumlah buku yang besar boleh menghantar dan

menerima pesanan lebih cepat menggunakan ISBN.

UMUM 
MAJLIS ANTARABANGSA BAHASA MELAYU

Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) ialah badan bahasa peringkat antarabangsa yang dilancarkan penubuhannya pada  21 Ogos  2000.

BAHASAInstitusi/Organisasi
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA, universiti antarabangsa yang pertama di Malaysia.  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditubuhkan pada 10 Mei 1983, setelah kerajaan Malaysia mendapat persetujuan beberapa kerajaan negeri Islam serta Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) untuk menjadi penaja bersama.  Negeri-negeri itu ialah Republik Maldives, Republik Rakyat Bangladesh, Republik Islam Pakistan, Republik Islam Turki, Jamahiriyah Sosialis Rakyat Libya, Kerajaan Arab Saudi dan Republik Arab Mesir.  Walau bagaimanapun, UIAM dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
JENAYAH ANTARABANGSA

Jenayah antarabangsa, perlakuan yang dianggap sebagai jenayah menurut peruntukan undang-undang antarabangsa.

UNDANG-UNDANGKonsep
HUBUNGAN ANTARABANGSA UMUMKonsep
12345678910...

Kembali ke atas