Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ti] | انت

Definisi : awalan asing tidak menyetujui, melawan, membantahi, menentang, mis antikerajaan dan antisosial. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.ti] | انت

Definisi : (awalan yg bererti) bertentangan dgn; melawan; menentang: ~komunis; ~rasuah; ~-Rusia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anti-


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anti-Cominternanti-Comintem (anti-Komunis Antarabangsa)Sains PolitikPolitik PerbandinganTiada
antianti; bertentanganFizikTiadaTiada
antianti; bertentanganPerpustakaanTiadaTiada
anti-Cominternanti-Komunis AntarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaLihat anti-Comintern.
anti-Semitismanti-SemitismeSains PolitikHubungan AntarabangsaLihat fahaman anti-Yahudi.
anti-HIVanti-HIVHerbaPemiawaianSifat agen yang menghalang atau merencat jangkitan HIV dalam merawat AIDS. Contohnya, ekstrak daun kemunting cina (Catharanthus roseus) yang bersifat anti-HIV.
anti-Semitismfahaman anti-YahudiSains PolitikHubungan AntarabangsaFahaman yang bermula di Jerman pada tahun 1880 yang menentang pengaruh Yahudi dalam pelbagai lapangan seperti ekonomi, politik, pendidikan, sosial dan kebudayaan. Di negara yang berfahaman ini, bangsa Yahudi sering dijadikan sasaran kebencian kerana prasangka agama, etnik dan psikologi. Kaum Yahudi didiskriminasikan dalam pelbagai bidang. Gerakan anti- Yahudi ini mencapai kemuncaknya di Eropah khususnya di Jerman pada akhir abad ke-19 apabila pihak Nazi pimpinan Hitler mengambil alih kepimpinan pada tahun 1933. Pada tahun 1935, Undang-Undang Nuremberg dilaksanakan yang melarang perkahwinan antara orang Yahudi dengan orang Jerman. Kemudian pada tahun 1945, seramai lima juta orang Yahudi telah dibunuh dalam peristiwa holocaust. Sinonim anti-Semitisme.
anti-Cominternanti-CominternSains PolitikHubungan AntarabangsaPakatan antara Jerman dengan Jepun yang dimeterai pada tahun 1936 untuk tempoh lima tahun bagi kerjasama menentang kegiatan Comintern. Pakatan ini terus berkembang dengan penyertaan Itali pada tahun 1937. Pada tahun 1939, Hungary dan Sepanyol turut menyertainya. Pakatan ini terbantut perkembangannya apabila Jerman dan Rusia menandatangani persetujuan untuk tidak menceroboh antara satu sama lain pada 28 September 1939. Namun demikian, pakatan ini kembali kukuh melalui persetujuan tiga negara, iaitu Jepun, Itali dan Jerman pada 27 September 1940. Persetujuan tiga negara ini berpaksikan penentangan terhadap Amerika Syarikat. Pakatan ini dilanjutkan tempohnya, iaitu lima tahun melalui persetujuan bersama di Berlin pada 25 November 1941. Keanggotaannya juga berkembang dengan penyertaan Bulgaria, Romania, Denmark dan Finland. Sinonim anti-Komunis Antarabangsa.
anti-Cominternanti-CominternSains PolitikTiadaGerakan penentang fahaman komunis antarabangsa yang muncul setelah kebangkitan Lenin di Russia.
Anti-TrinitarianAnti-TritunggalSejarahTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas