Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ti.gen] | انتيݢن

Definisi : (Ubat) bahan (protein) yg apabila di­suntik­kan ke dlm tubuh merangsangkan pengeluaran antibodi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.ti.gen] | انتيݢن

Definisi : ist bahan (protein atau toksin) yg merangsang pembentukan atau pengeluaran antibodi jika disuntikkan ke dlm tubuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antigen


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
antigenantigenProtein atau karbohidrat asing pada patogen yang berupaya merangsang penghasilan antibodi.Menengah Atas
faktor RhesusRhesus factorAntigen yang wujud pada permukaan sel darah merah pada kebanyakan manusia. Individu yang mempunyai antigen ini disifatkan mempunyai jenis darah positif seperti A+ atau B+. Individu yang tidak mempunyai antigen ini disifatkan mempunyai jenis darah negatif seperti A- atau B-.Menengah Atas
pengaglutinatanagglutinationProses penggumpalan sel darah akibat tindakan antigen dan antibodi dalam darah. Sel darah merah bergumpal apabila darah daripada kumpulan darah yang berbeza dicampurkan.Menengah Rendah
antiserumantiserumSerum darah dengan antibodi khusus untuk melawan antigen tertentu, yang digunakan untuk merawat atau melindungi seseorang daripada sesuatu penyakit.Menengah Atas
kumpulan darahblood groupJenis darah yang boleh dikelaskan mengikut kehadiran atau ketidakhadiran antigen pada sel darah merah. Darah manusia terbahagi kepada empat kumpulan, iaitu A, B, AB dan O.Menengah Rendah
antibodiantibodyProtein yang dihasilkan oleh sel darah putih (limfosit) sebagai gerak balas terhadap antigen yang dihasilkan oleh patogen yang menyerang badan.Menengah Atas

Kembali ke atas