Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.tik] | انتيک

Definisi : 1. berasal dr zaman dahulu atau lampau sbg perbandingan dgn zaman moden: kedai itu menjual barang-barang ~; 2. = barang-barang ~ barang-barang spt perabot atau hasil seni lain yg dihasilkan dlm zaman lampau yg dikumpul dan dinilai kerana kecantikannya (mutu hasil kerjanya dan umurnya): peng­gemar ~; keantikan sifat antik: ~ perabot itu dapat dikesan drpd reka bentuknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.tik] | انتيک

Definisi : 1 berasal dr zaman dahulu atau zaman lampau sbg perbandingan dgn zaman moden (ttg barang-barang dsb): barang-barang ~. 2 = barang(-barang) ~ barang-barang spt perabot, pinggan mangkuk atau hasil seni lain yg dihasilkan pd zaman lampau dan tinggi nilainya kerana kecantikannya, mutu hasil kerjanya, umurnya dsb: penggemar ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan/Puan: 1.“Pameran barang-barang ____________akan diadakan di Muzium Negara pada bulan hadapan. A. kuno B. antik C. buruk D.usang” Jawapan yang diberi ialah B. Bolehkah tuan jelaskan perbezaan maksud dan penggunaan “kuno” dan “antik”? 2.”Kamal memperoleh markah tertinggi dalam kelasnya.” Adakah ayat tersebut betul? Terima kasih.1. Jawapan yang lebih tepat ialah antik.

Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua kuno bermaksud sudah ada sejak bertahun-tahun dahulu; lama; tua: barang-barang ~ barang-barang lama dan tidak moden; kolot (berkenaan adat, fahaman dan lain-lain). Manakala antik bermaksud barang-barang sepertiperabot, pinggan mangkuk atau hasil seni lain yang dihasilkan pada zaman lampau dan tinggi nilainya kerana kecantikannya, mutu hasil kerjanya.

2. Ayat yang tepat ialah Kamal memperoleh markah tertinggi di dalam kelasnya.
Tatabahasa27.12.2016
Pilih ayat yang betul A. Mak Senah mempercantik sarung bantal cucunya dengan kain yang berwarna- warni. B Pameran barangan antik itu akan berlangsung selama beberapa hari.Kedua-dua ayat tersebut betul.
1. Mak Senah mempercantik sarung bantal cucunya dengan kain yang berwarna-warni.
2. Pameran barangan antik itu akan berlangsung selama beberapa hari.
Tatabahasa04.06.2018
Maaf, saya ingin bertanya tentang perkataan molek di dalam ayat di bawah. Adakah betul penggunaannya? Mohon pencerahan pihak DBP. Pakaian tradisional suku kaum Iban itu sangat molek.Perkataan molek bermaksud antik, bagus, elok (perbuatan, pakaian, dan lain-lain). Puan boleh merujuk kamus untuk makna perkataan. Tatabahasa13.06.2020

Kembali ke atas