Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.to.lo.gi] | انتولوݢي

Definisi : kumpulan karya prosa (spt cerpen) atau sajak atau kedua-duanya yg dihasilkan oleh berlainan pengarang, kumpulan karangan pilihan seseorang pengarang, bunga rampai; mengantologikan menghimpunkan atau menyusun sesuatu karya spt cerpen utk dijadikan sbg antologi: karya-karya mereka telah pun diantologikan oleh penerbit utk tatapan umum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.to.lo.gi] | انتولوݢي

Definisi : kumpulan cerita (karangan, puisi dsb) yg dihasilkan oleh pengarang yg berlainan. mengantologikan mengumpulkan atau menyusun karya, spt cerpen, puisi dsb utk dijadikan sbg antologi: Karya-karya yg menarik itu diantologikan utk tatapan para pembaca. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antologi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sdr budiman, Sebuah antologi puisi berjudul Pelopor akan diterbitkan bagi memperingati dua orang tokoh yang telah berjasa kepada masyarakat. Antologi berkenaan memuatkan puisi kedua-dua tokoh serta beberapa puisi penyair lain yang mengungkapkan tema yang selari dengan perjuangan dua tokoh berkenaan. Berpandukan maklumat di atas, saya telah memberikan judul untuk antologi seperti berikut: Pelopor: Antologi Puisi Sempena Memperingati A dan B Apakah judul yang saya berikan itu tepat dari segi nahu dan memadai untuk mengungkapkan maksud yang dinyatakan di atas? Diharap tuan memberikan judul yang bersesuaian berpandukan maksud yang dinyatakan di atas. Terima kasih atas khidmat nasihat yang tuan berikan. Yang benar, Chong Merujuk makna 'pelopor' ialah  orang yang mula-mula mengusahakan atau mewujudkan sesuatu; pengasas ; perintis. Manakala 'sempena' bermaksud berkat atau tuah ; atau mimpi. Bagi memberi judul buku antologi ini, sila pastikan kedua-dua tokoh tersebut sememangnya merupakan pelopor atau pengasas sesuatu aliran atau tema. Oleh yang demikian, tajuk antologi ini hendaklah menepati  fokus dan kandungannya. Berdasarkan  tajuk yang diberikan, dicadangkan supaya kata 'sempena' digugurkan.  Cadangan tajuk : Pelopor : Antologi Memperingati Tokoh A dan B.Lain-lain26.05.2010
dalam buku antologi harga remaja tingkatan empat. sebuah antologi cerpen bertajuk "sungai ceper". ceper pula merujuk dulang kecil mengikut kamus dewan. masalahnya ialah sebutan tersebut iaitu e pepet @ e taling kerana dalam antologi ini ceper merujuk nama sebuah sungai iaitu sungai ceper..mohon jawapan daripada pihak DBp untuk mengelakkan pelajar keliru.

Salam sejahtera.

Bagi soalan yang diajukan oleh saudara, pihak kami telah menghubungi penulis buku tersebut. Penulis  menjelaskan bahawa  perkataan ceper  bermaksud  dulang seperti yang tercatat dalam Kamus Dewan.

Lain-lain30.01.2010
Saya ingin bertanya kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka mengenai buku antologi peserta Minggu Penulis Remaja 2008 yang telah dilangsungkan di SMK Batu Sapi Sandakan. Adakah buku antologi tersebut sudah siap dan jika sudah siap bagaimana cara untuk mendapatkan buku antologi tersebut?Kami akan menyemak sama ada buku tersebut sudah diterbitkan ataupun belum dan akan memaklumkannya kepada pihak tuan dengan seberapa segera.Lain-lain04.09.2010
dalam antologi dirgahayu bahasaku teks komsas ting 5, ada sajak yg bernama kecek(v), apakah maksud sebenar kecek dalam sajak itu? adakah ia merujuk kepada celoteh atau merujuk kepada tipu perdaya?

Salam sejahtera,

Menurut kamus Dewan edisi keempat halaman 698, kecek bermaksud coleteh atau tipu tetapi bagi maksud untuk memahami sajak Kecek oleh Awang Abdullah dalam buku Dirgahayu Bahasaku Tingkatan 5, saya syorkan tuan/puan merujuk guru di sekolah untuk mengetahui maksud kecek dalam konteks sajak tersebut. Sekian, terima kasih.

Lain-lain17.03.2011
Dalam Antologi T5 Prosa Pelayaran yang penuh peristiwa, kenapa Awang Sulung Merah Muda menyamar sebagai budak hitam dalam geliung Tuan Puteri DAyang Seri Jawa? Kenapa Awang Sulung boleh berhutang rial batu? Siapakah Tuan Puteri Dayang Nuramah? dan siapakah Datin Batin Alam? Kenapa lanun dalam prosa tu takut akan Awang Sulung dan mengatakan bahawa Awang Sulung ialah penghulu mereka? Adakah awang Sulung itu lanun juga?

Untuk makluman saudara khidmat nasihat sastera termasuklah pertanyaan tentang kegiatan sastera, hadiah, anugerah dan sayembara; pertanyaan bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan; pertanyaan sastera kanak-kanak dan remaja; carian pantun dan biodata penulis/penyair dan penyemakan bahasa Melayu klasik. Walau bagaimanapun untuk mendapatkan maklumat terperinci kandungan sesebuah teks sastera, saudara perlu membaca dan menghayati karya tersebut.

Sastera17.02.2011
1. adakah antologi cerpen remaja KAMI DAN AFEYA ada dijual. adik saya penulis salah 1 cerpen dalam buku berkenaan (NORHASNIZAR MOHAMAD). sekiranya ada, saya ingin membeli.Saudara boleh membuat pesanan terus kepada kedai buku koperasi DBP melalui e-mel.  Alamat e-mel ialah: koopdbp@yahoo.comLain-lain19.10.2014
Antologi sajak karya Zurinah HassanAntara antologi sajak karya Zurinah Hassan ialah Pujangga Tidak Bernama terbitan DBP, 1994. Sekian.Lain-lain03.03.2009
1- cara penerbitan antologi puisi perseorangan ?. 2- adakah pihak DBP masih menerima untuk menerbitkan antologi puisi perseorangan ? 3-mohon pihak tuan melihat sedikit puisi saya di laman blog berikut iaitu - http://kotapuisi.blogspot.com/

Salam. Cara penerbitan kumpulan puisi perseorangan:

i.    Kumpul karya puisi sekitar 50 buah hingga 100 buah atau lebih. Sekiranya mempunyai wang peruntukan sendiri lebih mudah menerbitkan sendiri.

ii.   Pihak DBP bersedia menerima pengiriman karya kumpulan puisi perseorangan untuk dinilai bagi tujuan penerbitan. Dalam hal ini, sdr. perlu mengrimkan 100 buah puisi atau lebih (lebih banyak lagi baik). Sebaik-baiknya, puisi-puisi tersebut perlu disusun mengikut tema dan akan melalui proses penilaian oleh pakar yang dilantik oleh pihak DBP.

Sekian dan selamat berjaya! Wassalam. 

Lain-lain24.03.2009
saya ingin menghantar antologi cerpen untuk diterbitkan. bagaimanakah caranya? apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk menghantar sebuah antologi cerpen?Saudara boleh menghantarnya kepada Ketua, Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur untuk karya yang pembaca sasarannya dewasa dan kepada Ketua, Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur untuk karya yang pembaca sasaranya kanak-kanak dan remaja.Lain-lain24.07.2010
Boleh saya tahu bagaimana cara hendak menerbitkan antologi puisi melalui DBP? Apakah terma dan syarat?Penerbitan antologi puisi melalui DBP: 1. Minimum 100 buah puisi atau 100-200 halaman manuskrip. 2. Melibatkan beberapa orang penulis. Penulis tidak melebihi 20 orang, bagi memudahkan urusan pembahagian royalti. 3. Penulisan puisi berdasarkan tema tertentu atau bebas. 4. Terdapat seorang penyelenggara manuskrip untuk mengumpulkan semua puisi. Penyelenggara juga perlu ada karya puisi bagi melayakkan nama beliau di kulit buku dan prakata. 5. Prakata daripda penyelenggara. 6. Hantar manuskrip yang telah lengkap melalui alamat : Ketua Editor Bahagian Buku Sastera, Aras 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain05.11.2019
123456

Kembali ke atas