Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.to.lo.gi] | انتولوݢي

Definisi : kumpulan karya prosa (spt cerpen) atau sajak atau kedua-duanya yg dihasilkan oleh berlainan pengarang, kumpulan karangan pilihan seseorang pengarang, bunga rampai; mengantologikan menghimpunkan atau menyusun sesuatu karya spt cerpen utk dijadikan sbg antologi: karya-karya mereka telah pun diantologikan oleh penerbit utk tatapan umum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.to.lo.gi] | انتولوݢي

Definisi : kumpulan cerita (karangan, puisi dsb) yg dihasilkan oleh pengarang yg berlainan. mengantologikan mengumpulkan atau menyusun karya, spt cerpen, puisi dsb utk dijadikan sbg antologi: Karya-karya yg menarik itu diantologikan utk tatapan para pembaca. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antologi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PUISI ZAMAN JEPUNPUISI ZAMAN JEPUN, antologi puisi. Antologi ini diselenggarakan dan diberi kata pengenalan oleh Pyan Husayn dan Ismail Ahmad dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1978.  Antologi ini mengandungi 105 buah puisi yang pernah tersiar dalam akhbar dan majalah yang diterbitkan pada masa pemerintahan Jepun.SASTERAKonsep
PUISI BAHARU MELAYUPUISI BAHARU MELAYU, antologi puisi. Antologi yang memuatkan 37 buah puisi ini hasil karya 20 orang penyair. Puisi Baharu Melayu diterbitkan pertama kali oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1959. Antologi ini memuatkan puisi moden yang ditulis sekitar tahun 1935 hingga tahun 1941. Puisi baharu Melayu bermula pada tahun 1934 apabila Majalah Guru yang diterbitkan pada bulan Mac 1934, menyiarkan lima buah puisi moden karya Pungguk, dengan judul “Keloh-Kesah”, “Selalu Merayu”, ‘Ta’ Disangka2”, “Pujokan Hati” dan “Ibu-ku”. Dengan ini, Pungguk dianggap sebagai pengasas atau pemula puisi Melayu moden di Malaysia.SASTERAKarya
ANTOLOGI PUISI

Antologi puisi ialah sejenis hasil penerbitan buku yang menghimpunkan karya berbentuk puisi dalam sebuah buku, yang dihasilkan oleh lebih daripada seorang pengarang. 

SASTERAKonsep
ANTOLOGI DRAMA

Antologi drama ialah himpunan drama pilihan yang dihasilkan oleh beberapa orang penulis.

SASTERAKonsep
ANTOLOGI CERPEN

Antologi cerpen. Himpunan cerpen dalam sebuah buku, hasil karya beberapa orang pengarang atau seorang pengarang.

SASTERAKonsep
ORANG BERTIGA

ORANG BERTIGA, antologi puisi. Antologi yang mengandungi puisi karya Noor S.I., A.S. Amin dan M. Ghazali ini diselenggarakan oleh Pyan Husayn dan Suhaimi Haji Muhammad. Antologi ini diterbitkan pada tahun 1980 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Orang Bertiga mengandungi 147 buah puisi, iaitu 78 buah puisi Noor S.I., 35 puisi A.S. Amin dan 34 buah puisi M. Ghazali.

SASTERAKarya
ZAHARAH NAWAWIPenulis novel, kumpulan cerpen, antologi bersama dan rencana.SASTERATokoh
WANITAWANITA, antologi cerpen yang diusahakan oleh penulis wanita di Malaysia.  Wanita diterbitkan oleh Pustaka Antara, Kuala Lumpur pada tahun 1964 dan dicetak oleh Malaysia Publishing House Limited, Singapura.  Kata pengantar antologi ini ditulis oleh Asmah Haji Omar. Reka bentuk kulit diusahakan  oleh Nas Achnas.  Antologi ini diterbitkan sebagai usaha untuk menggambarkan kesungguhan masyarakat khususnya yang berhubung dengan kewanitaan pada masa ituSASTERAKonsep
PUISI BAHARU MELAYU IIIPUISI BAHARU MELAYU III, antologi puisi yang memuatkan 554 buah puisi karya 156 orang penyair. Judul sebenar antologi ini ialah Puisi Baharu Melayu 1961 – 1986. Puisi-puisi tersebut dihasilkan antara tahun 1961 hingga tahun 1986. Antologi yang disusun bersama oleh Ahmad Kamal Abdullah dan Ahmad Razali Haji Yusof ini diberi kata pengantar oleh Ahmad Kamal Abdullah. Puisi Baharu Melayu III diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1990.SASTERAKarya
TELUK GONG

TELUK GONG, antologi puisi yang diterbitkan secara stensilan pada bulan Oktober 1967, di Kuala Lumpur. Antologi ini kemudiannya diterbitkan semula pada tahun 1987 oleh Penerbit INSAN, Kuala Lumpur. Kesemua puisi dalam antologi ini berkisar tentang nasib dan masa depan petani miskin di Teluk Gong. Petani yang diketuai oleh Hamid Tuah ini telah meneroka tanah di situ, tetapi telah ditindas oleh pemimpin peringkat negeri. Antologi puisi ini mengandungi 59 puisi yang dihasilkan oleh 41 orang penyair. Ia telah disusun oleh Usman Awang dan diberi kata pengantar oleh A. Bakar Hamid.

SASTERAKarya
12

Kembali ke atas