Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apa 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, aku nak tanya pasal tatabahasa 'apa' dan 'apa-apa'. 1. Berdasarkan balasan khidmat nasihat pada 5 Jun 2010, 10#, mengapa 'apa' digunakan dalam ayat ini "Saya tidak tahu apa yang sedang dilakukannya." sedangkan ayat ini boleh dikatakan ayat pernyata? (tidak menganggapnya sebagai ayat dialog) 2. No one knows what is in the bag. => a) Tidak ada orang yang tahu apa yang ada di dalam bag itu. b) Tidak ada orang yang tahu apanya yang ada di dalam bag itu. c) Tidak ada orang yang tahu benda yang ada di dalam bag itu. Mohon nasihat. Terima kasih."Apa" merupakan kata ganti nama diri tanya yang merujuk benda atau perkara.  Kata tanya tidak digunakan dalam ayat penyata, dalam ayat penyata banyak perkataan lain yang boleh digunakan berdasarkan konteks ayat. "Apa" digunakan dalam ayat tanya dan "apa-apa" digunakan dalam ayat penyata yang bermaksud segala apa. Ayat yang betul ialah "Tidak ada orang yang tahu benda yang ada di dalam beg itu".Tatabahasa08.02.2014
manakah penggunaan yang betul: 1. Apa jua caj perkhidmatan; atau 2. Apa-apa jua caj perkhidmatan Saya meragui penggunaan 'apa-apa jua'. Sekian, terima kasihAyat yang betul ialah "Apa-apa jua caj perkhidmatan". Apa digunakan dalam ayat tanya dan apa-apa digunakan dalam ayat penyata yang bermaksud segala apa.Tatabahasa14.09.2011
Kata ganti nama tak tentu (Cth:apa-apa, mana-mana, sebarang) "Apa-apa" digunakan untuk menggantikan sesuatu BENDA atau PERKARA yang tidak tentu. “Mana-mana” digunakan untuk menggantikan sesuatu TEMPAT atau BENDA yang tidak tentu. 1. Apabila ayat menunjukan BENDA tak tentu bagaimana saya boleh pastikan untuk menggunakan "apa-apa" atau "mana-mana"? 2. Dalam KONTEKS apa yang patut dilihat bila hendak menggunakan"apa-apa" atau "mana-mana"? (Cth: dalam konteks pilihan sesuatu benda perlu gunakan "apa-apa" dan dalam konteks orang perlu menggunakan "mana-mana")[saya tidak pasti betul atau salah contoh saya ini] 3. Bagi "sebarang", bila boleh diggunakan dan dalam konteks apa dan ada tak maksudnya apabila digunakan? Bagi semua pertanyaan di atas, harap dapat mendapat penerangan yang sangat jelas kerana saya amat keliru bila hendak menggunakan "apa-apa, mana-mana, sebarang" . Penerangan disertai contoh ayat amat dialu-alukan. Harap mendapat pembalasan dan penerangan secepat mungkin. Sekian terima kasih.1. Bagi ayat yang menunjukan BENDA tak tentu, tuan/puan boleh menggunakan kedua-dua perkataan, iaitu "apa-apa" atau "mana-mana".
2. (Cth: dalam konteks pilihan sesuatu benda perlu gunakan "apa-apa" dan dalam konteks orang perlu menggunakan "mana-mana")- contoh yang tuan/puan berikan ini betul dan juga selain itu, penggunaan kata ganti nama diri tanya  "mana" atau mana-mana juga boleh merujuk benda atau orang. Cth ayat: Pilihlah apa-apa/mana-mana kuih yang kamu suka. Kedua-dua kata ini boleh digunakan. 
3.Merujuk Kamus Dewan, sebarang bermaksud a) bukan yang biasa sahaja; b) bukan sedikit, luar biasa (sangat banyak sekali dan lain-lain); c) bukan apa-apa; Oleh itu, perkataan sebarang boleh menggantikan penggunaan kata apa-apa dan juga mana-mana mengikut kesesuaian konteks ayat. Cth. ayat: Ambillah sebarang buku yang kamu suka  - ayat ini boleh digantikan dengan; Ambillah apa-apa/mana-mana buku yang kamu suka.
Makna06.11.2018
Kata ganti nama tak tentu (Cth:apa-apa, mana-mana, sebarang) "Apa-apa" digunakan untuk menggantikan sesuatu BENDA atau PERKARA yang tidak tentu. “Mana-mana” digunakan untuk menggantikan sesuatu TEMPAT atau BENDA yang tidak tentu. 1. Apabila ayat menunjukan BENDA tak tentu bagaimana saya boleh pastikan untuk menggunakan "apa-apa" atau "mana-mana"? 2. Dalam KONTEKS apa yang patut dilihat bila hendak menggunakan"apa-apa" atau "mana-mana"? (Cth: dalam konteks pilihan sesuatu benda perlu gunakan "apa-apa" dan dalam konteks orang perlu menggunakan "mana-mana")[saya tidak pasti betul atau salah contoh saya ini] 3. Bagi "sebarang", bila boleh diggunakan dan dalam konteks apa dan ada tak maksudnya apabila digunakan? (Saya amat keliru bila "sebarang" harus digunakan sedangkan kata tak tentu lain boleh digunakan) Bagi semua pertanyaan di atas, harap dapat mendapat penerangan yang sangat jelas kerana saya amat keliru bila hendak menggunakan "apa-apa, mana-mana, sebarang" . Penerangan disertai contoh ayat amat dialu-alukan. Harap mendapat pembalasan dan penerangan secepat mungkin. Sekian terima kasih.Kata ganti diri tanya ialah jenis kata nama yang berfungsi menanyakan hal benda, perkara, atau manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu siapa yang merujuk orang, apa yang merujuk benda atau perkara, dan mana yang merujuk benda atau orang. Kadang-kadang kata ganti nama diri tanya boleh mengalami proses penggandaan untuk membawa maksud rujukan tidak tentu atau untuk penegasan. Contohnya:
  • apa-apa:   Bawalah apa-apa yang ada.

  • mana-mana: Ambillah mana-mana yang anda suka.

Tatabahasa14.11.2018
Memberi apa-apa sebab atau memberikan apa-apa sebab? Bagaimana penggunaannya dengan kehadiran perkataan apa-apa di hadapan objek tidak bernyawa?
Perkataan "memberi" dan "memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan "memberi" hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala "memberikan" hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa, seperti memberi adiknya sebuah buku cerita dan memberikan taklimat kepada peserta. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 191 dan 202.
Contoh ayat untuk perkataaan "memberikan" dan "memberi":

1.  Ali memberikan makanan kepada ikan (memberikan + benda tidak bernyawa (makanan))
2.  Ali memberi ikan makanan ( memberi + benda bernyawa (ikan)

Tatabahasa06.06.2021
Sama ada yang betul adalah "apa-apa barang-barang" atau "apa-apa barang". Bagaimanakah perbezaan penggunaan kedua-dua perkataan ini. Bagaimana pula dengan perkataan "disifatkan" dalam ayat di bawah ini, "disifatkan sebagai" atau "disifatkan termasuk". Bagaimanakah perbezaan penggunaan kedua-dua perkataan ini. Price deemed to include tax 12. (1) Where in any advertisement the price of any goods or services is quoted, such price shall, unless the contrary appears, be deemed to include all eligible government taxes and duties and any other charges. 12. (1) Jika dalam mana-mana iklan harga apa-apa barang-barang atau perkhidmatan disebut, harga itu hendaklah, melainkan jika ternyata sebaliknya, disifatkan termasuk semua cukai dan duti kerajaan yang layak dan apa-apa caj lain.Barang atau barangan bermaksud benda atau perkhidmatan yang dijualbelikan. Oleh yang demikian, frasa "apa-apa barang" sudah betul manakala "apa-apa barang-barang" menunjukkan lewah bahasa. Dalam konteks contoh ayat yang diberikan, perkataan "disifatkan termasuk" lebih sesuai digunakan berdasarkan padanan kata bahasa Inggeris "be deemed to include".Lain-lain30.07.2021
Salam sejahtera Khidmat Nasihat DBP, Saya ingin mengetahui sebab ayat berikut tidak gramatis menurut sesetengah pihak. 1. Apa-apa yang diperkatakannya tentang rakannya adalah benar. Sekian. Terima kasih Ali BaniAyat apa-apa yang diperkatakannya tentang rakannya adalah benar ialah ayat yang gramatis.Tatabahasa06.08.2012
assalamualaikum w.b.t saya ingin mengetahui kesalahan perkataan di bawah merujuk kepada kesalahan apa?? 1. pra-bayar 2. mee 3. disini 4. perabut 5. kashier 6. kelinik 7. pasaraya 8. batek 9. pelancungan 10. amalam 11. plan 12. warong 13. keaw teau 14. di larang 15. ajen 16. juru wang 17. murtabak 18. alatulis 19. goreng pisang 20. qualitiEjaan yang betul ialah:
1. prabayar
2. mi
3. di sini
4. perabot
5. Tidak ada perkataan "kashier" dalam bahasa Melayu
6. klinik
7. pasar raya
8. batik
9. pelancongan (lancung bermaksud i. tidak tulen, palsu ii. tidak jujur, tidak sebenarnya, curang)
10. amalan
11. pelan
12. warung
13. kuetiau
14. dilarang
15. ejen
16. juruwang
17. martabak
18. alat tulis
19. pisang goreng
20. kualiti
Ejaan30.03.2012
Salam sejahtera tuan, berikut ialah pertanyaan saya. 1) Sejak kematian kedua-dua orang ibu bapanya, Ali berasakan tiada apa-apa lagi yang ada padanya. Adakah apa-apa betul? ataupun perlu digantikan dengan siapa-siapa? 2) Kami akan melihat pertandingan bunga api antara empat buah negara pada malam ini. Adakah melihat sesuai dalam konteks ayat ini? Terima kasih.

Ayat yang betul ialah “Sejak kematian kedua-dua ibu bapanya, Ali berasakan tiada apa-apa lagi yang ada padanya.” Perkataan “apa-apa” boleh digunakan merujuk kepada sesuatu benda, hal, keadaan dan sebagainya. Dalam ayat kedua, perkataan “melihat” boleh digunakan, namun pilihan kata “menyaksikan” lebih  gramatis; “Kami akan “menyaksikan” pertandingan bunga api antara empat buah negara pada malam ini.”

Tatabahasa07.01.2022
Salam, ayat tanya berikut yang mana betul penggunaannya? (1)Apa nama tempat ini? (2)Nama tempat ini apa? (3)Nama apa tempat ini? Sekian, terima kasih.1. Apa nama tempat ini?
2. Nama tempat ini apa?
3. Nama apa tempat ini?

Ketiga-tiga ayat di atas boleh digunakan, namun ayat yang paling gramatis ialah: Apakah nama tempat ini?
Tatabahasa17.03.2023
12345678910...

Kembali ke atas