Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pun (kata tugas)
1. Bersinonim dengan juga: pula, demikian juga, serupa,

2. Bersinonim dengan biar: kendati, meski, walau,

3. Bersinonim dengan bahkan: malahan, sedangkan,

4 Bersinonim dengan apa sahaja: bagaimana sahaja, apa-apa jua.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sapaan bagi wanita yang belum berkahwin: Adakah boleh digunakan Cik? Terima kasih.Dalam urusan rasmi, panggilan "puan" digunakan sama ada bagi perempuan yang sudah berkahwin atau belum berkahwin. Walau bagaimanapun dalam situasi tidak rasmi kita bebas menggunakan sapaan apa pun jua asalkan sopan pada pandangan masyarakat dan tidak menimbulkan rasa kurang senang pada yang disapa.Lain-lain11.09.2023
Salam sejahtera, saya menghadapi kemusykilan dalam penggunaan kata tanya dalam ayat penyata. Sejauh pengetahuan saya, kata tanya seperti “apa”, “berapa” , “bila” dan sebagainya tidak boleh digunakan dalam ayat penyata. Sekiranya kata tanya tersebut ingin digunakan dalam ayat penyata, maka kata-kata tersebut perlu digandakan. Contohnya, ayat, “Nasri makan apa yang diberikan kepadanya.” adalah tidak tepat. Dalam konteks ini, ayat yang betul ialah “Nasri makan apa-apa yang diberikan kepadanya.” (kata tanya “apa” digandakan). Namun demikian, sekiranya wujud kata penegas seperti “jua”, “juga” dan ‘saja” selepas kata tanya “apa”, kata tanya dalam ayat tersebut perlu digandakan atau tidak? Contohnya, dalam ayat “Nasri makan apa jua yang diberikan kepadanya.” dan “Nasri makan apa saja yang diberikan kepadanya.” Perlukah kata tanya “apa” dalam kedua-dua ayat tersebut perlu digandakan sekirannya kata penegas seperti “jua”, “pun” dan “sahaja” hadir sejurus selepas kata tanya “apa”?

Saudara Boh,

Kata penegas memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Dalam ayat penyata yang mempunyai kata penegas kata tanya yang digunakan dalam ayat tersebut masih digandakan.

Tatabahasa07.06.2010
Saya ada dua soalan 1. Mana satukah antara kedua-dua ayat di bawah ini betul dan kenapa? a. Perkara di atas adalah dirujuk b. Perkara di atas dirujuk 2. Adakah sistem panggilan "puan"hanya layak bagi wanita yang telah berkahwin sahaja? Betul atau tidak jika saya mengatakan bahawa panggilan "puan" itu rasmi untuk semua wanita sama ada berkahwin mahupun tidak sementara panggilan "cik" kedudukannya sedikit rendah dari panggilan "puan" mengikut kedudukan mereka pada pandangan masyarakat. Sila tuan, beri penjelasan. Terima kasih.

1. Ayat yang betul ialah "Perkara di atas dirujuk".

2. Dalam urusan rasmi panggilan "puan" yang digunakan sama ada bagi perempuan yang sudah berkahwin atau belum berkahwin. Walau bagaimanapun dalam situasi tidak rasmi kita bebas menggunakan sapaan apa pun jua asalkan sopan pada pandangan masyarakat dan tidak menimbulkan rasa kurang senang pada yang disapa.

Tatabahasa03.03.2011
Tuan, berpandukan maksud ketiga perkataan "maka" dalam Kamus Dewan, "maka" bermaksud "bahawa". Jadi, soalan saya, bolehkah perkataan "maka" digunakan sebagai kata komplemen dalam ayat majmuk pancangan komplemen? Contoh ayat: 1. Orang itu menafikan maka dia mencuri dompet itu. Dalam ayat ini, "maka" bermaksud "bahawa". Namun begitu, ayat ini menimbulkan kekeliruan pengguna bahasa. Pengguna bahasa akan keliru sama ada ayat ini bermaksud "Orang itu menafikan bahawa dia mencuri dompet itu", atau "Orang itu menafikan lalu dia mencuri dompet itu." Hal ini kerana selain bermaksud "bahawa", perkataan "maka" juga bermaksud "lalu, dan". Contoh-contoh ayat lain: 2. Lee Kian mendengar maka ada satu peraduan menyanyi yang akan diselenggarakan pada Isnin hadapan. 3. Cikgu Rabiatul mengatakan maka sesiapa yang bising tidak dibenarkan balik. 4. Kerajaan menegaskan maka walau dalam apa jua keadaan pun, rakyat Malaysia mesti bersatu. 5. Encik Wong berasa maka di sebalik lelaki yang berjaya pasti ada seorang wanita yang menyokongnya. Sebagai peringatan kepada tuan, semua perkataan "maka" dalam ayat 2,3,4 dan 5 bermaksud "bahawa" dan memikul tugas yang sama dengan kata hubung komplemen.Kata “maka” tidak boleh berfungsi sebagai kata komplemen. Maksud ketiga bagi “maka” yang bermaksud “bahawa” hanya dalam maksud seperti ayat contoh yang dirakamkan dalam kamus. Sebagai peringatan, terdapat dua kata komplemen dalam bahasa Melayu, iaitu untuk dan bahawa, sila rujuk Tatabahasa Dewan. Tatabahasa07.12.2014
Apakah makna atau erti istilah SAYANG dan CINTA dan apakah beza antara kedua-dua perkataan ini.

Encik Kamal,

Perkataan sayang bermaksud 1 menaruh rasa kasih atau rasa cinta: ~ benar dia kpd suaminya. 2 perasaan kasih atau cinta: Dr mana datangnya ~, dr mata turun ke hati. 3 menaruh perasaan belas atau kasihan; berasa kesal: ~ aku melihat pengemis tua itu. ~ sekali jika kamu tidak melanjutkan pelajaranmu. 4 panggilan utk orang yg dikasihi; buah hati: ~, mari ayah dukung. bersayang-sayangan saling berasa sayang; berkasih-kasihan. menyayangi 1 berasa sayang akan; mengasihi; men­cintai: Dia sangat ~ anak dan isterinya. 2 berasa kesal terhadap sesuatu; menyesali: Apa gunanya ~ perkara yg telah berlaku? kesayangan 1 rasa kasih dan sayang; perasaan sayang; cinta kasih: ~nya terhadap cucunya itu amat mendalam. 2 apa-apa yg disayangi atau yg disukai: Dia terpaksa meninggalkan anak dan isteri ~nya utk melanjutkan pelajaran ke luar negara. penyayang (orang yg) bersifat sangat menyayangi sesuatu: ibu yg ~.

Perkataan cinta bermaksud 1. perasaan atau berperasaan sangat sayang kpd (negara, orang tua, kebebasan, dll): walaupun ~nya kpd keamanan amat kuat tetapi ia tetap mengangkat senjata kalau dicerobohi; 2. perasaan atau berperasaan sangat berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: ~ kpd suaminya masih tinggal bersarang dlm hati; barangkali kau masih ~ pd tunanganmu; 3. sl perasaan atau berperasaan dukacita (risau, bimbang, sedih, dll): tiada terperikan ~nya serta bercucuran air matanya; 4. perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu, rindu: putera raja itu amat sangat ~ akan burung yg dilihatnya itu; ~ berahi terlalu sangat cinta (asyik maksyuk); ~ kasih sangat cinta dan kasih (kasih sayang); ~ monyet cinta yg hanya sementara dan tidak serius, terutamanya di kalangan remaja; ~ pandang pertama cinta yg timbul terhadap seseorang walaupun baru pertama kali melihat atau bertemu dengannya; cintakan cinta akan, mencintai; bercinta 1. menaruh rasa cinta atau berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: elakkan drpd ~ sebelum lulus pelajaran; 2. berasa rindu; 3. ki berat rasa hati utk melakukan sesuatu (kerana sesuatu sebab yg kurang menyenangkan): kami sangat ~ utk pergi ke bank memandangkan lalu lintas yg sangat sesak; bercintakan 1. menaruh cinta atau kasih kpd, berahi kpd: sbg laki-laki yg ~ seorang wanita, bagaimana jua pun setia wanita itu kepadanya, namun curiga hatinya akan timbul juga barang sedikit; 2. berperasaan rindu akan, ingin akan: ia ~ benda yg sukar diperoleh; 3. sl berdukacita akan sesuatu, berasa sedih (pilu) hati akan sesuatu: tujuh hari baginda tiada nobat ~ Bendahara Seri Wak Raja; janganlah kakang emas ~ permintaan Ratu Dewi Kesuma Indera itu; bercinta-cintaan 1. cinta-mencintai, berkasih-­kasihan: baru hendak ~ dgn seorang perempuan, tiba-tiba ia diberi malu dan dihina; 2. bercengkerama atau bercumbu-­cumbuan (antara lelaki dan perempuan): sebelum hari malam, dia ~ dgn tunangannya; mencinta 1. menaruh cinta atau kasih (kpd); 2. sl berdukacita (akan), bersedih hati, menyesal; mencintai 1. mengasihi, menaruh cinta pd: ia ingin ~ dan dicintai; 2. merindukan(hendak memperoleh sesuatu dll), mengharap­harapkan, menginginkan: tidak ada orang yg tak ~ duit; tercinta (yg) dicintai (dikasihi, disayangi): engkau pisahkan aku dr anakku yg ~; kecintaan 1. perasaan cinta, kasih, kesa­yangan: yg mempertalikan hati suami dan isteri itu ialah ~ yg diikat oleh kesetiaan; seluruh rakyat seharusnya menerima hakikat ini dan memberi sepenuh ~ kpd bahasa kebangsaan; 2. yg dicintai (dikasihi), kekasih: pemuda ~nya bekerja sbg wartawan; 3. sl kerinduan kesedihan, kebimbangan; 4. sl menanggung cinta (sedih dll); percintaan 1. perihal bercinta-cintaan atau berkasih sayang (antara laki-laki dan perempuan): kahwin itu ialah kemuncak ~;2. sl perasaan dukacita (sedih, pilu, rindu, menyesal, dll), kesedihan, kesusahan: maka oleh bonda baginda kedua anakanda baginda, kedua-dua anakanda baginda dipeluk dicium, maka ~ bonda baginda pun hilanglah; pencinta orang yg meminati dan mencintai sesuatu: ~ sastera; ~ buku.

Daripada makna yang diberikan jelaslah bahawa kedua-dua perkataan ini bersinonim. 

Kamus Dewan Edisi Empat
  
Makna13.06.2010

Kembali ke atas