Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pun (kata tugas)
1. Bersinonim dengan juga: pula, demikian juga, serupa,

2. Bersinonim dengan biar: kendati, meski, walau,

3. Bersinonim dengan bahkan: malahan, sedangkan,

4 Bersinonim dengan apa sahaja: bagaimana sahaja, apa-apa jua.,


Puisi
 

Apa diharap pada padi,
     Tinggi rumput dari ruang;
Apa diharap pada kami,
     Budi tiada bahasa pun kurang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Sawah berpermatang (= berpiring),
     ladang berbintalak.

Bermaksud :

Segala apa pun harus ada batasnya. bintalak = batas sebuah ladang dengan ladang yang lain.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaApa pandang padi paya, Tinggi petak dari ruang; Apa pandang kepada saya, Budi tidak bahasa pun kurang.
Kurik Kundi Merah SagaApa diharap pada padi, Tinggi rumput dari ruang; Apa diharap pada kami, Budi tiada bahasa pun kurang.
Kurik Kundi Merah SagaApa diharap padi Belanda, Tempat semut buat sarang; Apa diharap pada kakanda, Tiada harta bangsa pun kurang.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna baju kebaya, Bertapak batik kain selendang; Apa guna macam saya, Rupa tak cantik pandai pun kurang.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna si padi hampa, Hampa menjadi si hampa layang; Apa ada kepada saya, Bahasa tiada rupa pun kurang.
Kurik Kundi Merah SagaApa lebih kepada belida, Sisik ada tulang pun ada; Tak dak lebih darimu dinda, Bahasa ada rupa pun ada.
Kurik Kundi Merah SagaCincin intan buatan Bugis, Kilau-kilau nampak warnanya; Musim durian buah pun habis, Manggis menumpang apa tandanya?
Kurik Kundi Merah SagaRumah buruk serambi tak baik, Serai seulas di dalam dulang; Rupa buruk budi pun tak baik, Apa guna kepada orang.
Kurik Kundi Merah SagaApa benda tepi pagar, Ular hitam nampak melingkar; Garang-garang rimau akar, Lebih-lebih pun baru dia cakar.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna dayung direngkuh, Perahu payang kayu meranti; Apalah guna menunggu tumbuh, Yang hilang belum pun berganti.
12

Kembali ke atas