Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.pi] | اڤي

Definisi : 1 panas dan cahaya yg terjadi apabila sesuatu terbakar; nyala: ~ pelita. 2 panas yg kelihatan berwarna merah tetapi tidak bernyala: ~ rokok. 3 tenaga elektrik; karan elektrik: Rumahnya sudah siap tetapi air dan ~ belum disambungkan lagi. 4 ki perasaan marah, rindu, sayang dsb yg menjadi-jadi; semangat dsb yg meluap-luap: ~ perjuangan; ~ cinta. berapi ada apinya; mengeluarkan api: gunung ~. berapi-api 1 berkobar-kobar; bersemangat: Ucapannya yg ~ itu menaikkan semangat sekalian yg hadir. 2 marah sekali. mengapi-apikan menaikkan semangat; mengobar-ngobarkan: Mereka ~ rakyat negeri itu supaya memberontak. perapian tempat api; keran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.pi] | اڤي

Definisi : ; api-api nama sj serangga perosak tanaman yg badannya berwarna kuning kemerah-merahan, Aspidomorpha miliaris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.pi] | اڤي

Definisi : ; api-api beberapa jenis tumbuh-tumbuhan yg tumbuh pd pohon-pohon lain, Avecennia spp.; Viscum spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata api

Puisi
 

Api-api pangkalan tarap,
     Pucuk meluncur dari Labuan;
Laki-laki jangan diharap,
     Bijak memujuk si perempuan.


Lihat selanjutnya...(122)
Peribahasa

Api nan tak kunjung padam.

Bermaksud :

Semangat yang hidup selama-lamanya. kunjung = segera, lekas.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEL BAHAN API

Sel bahan api ialah alat yang menghasilkan

elektrik daripada bahan api dan pengoksida , iaitu

bahan yang berpadu dengan bahan api. Bahan api

dan pengoksida bertindak balas secara kimia pada

dua elektrod yang berasingan (pengalir elektrik

berserta terminal) untuk menghasilkan arus elektrik

terus. Bateri menghasilkan elektrik dengan cara

yang sama. Tetapi dalam bateri, elektrod itu sendiri

adalah bahan api dan pengoksida dan habis

digunakan dalam tindak balas tersebut. Dalam sel

bahan api, bahan api dan pengoksida ditambah

dari luar, dan elektrod kekal tidak berubah.

UMUM 
SEMUT API

Semut api adalah mana-mana satu daripada

beberapa spesies semut yang menyebabkan

sengatan yang pedih dan menyakitkan. Lima

spesies semut api terdapat di tenggara Amerika

Syarikat. Satu daripadanya, semut api merah yang

diimport, adalah semut perosak yang utama.

Semut api merah yang diimport membuat busut

besar setinggi 0.6 meter. Busut ini terlalu keras

hinggakan ia boleh merosakkan jentera ladang.

Beratus-ratus ribu semut api mungkin mendiami

satu busut. Jika manusia atau haiwan mengganggu

aktiviti dalam busut, semut api berduyun-duyun

keluar menyerang penceroboh. Gigitan semut api

merah yang diimport meninggalkan benjol kecil,

bernanah, gatal, yang mudah berjangkit. Sesetengah

orang mengalami reaksi yang teruk akibat bisa

semut api – dan jarang sekali membawa maut.

UMUM 
NOMBOR OKTANA

Nombor oktana ialah nombor yang menunjukkan

sebaik mana bahan api motor tahan terhadap

“ketukan”. “Ketukan” berlaku apabila bahan api

terakhir dalam silinder enjin terbakar terlalu cepat.

Nombor oktana bahan api motor diketahui dengan

membandingkan kecenderungan ketukan bahan api

dengan kecenderungan ketukan bahan api rujukan

dalam enjin ujian. Setiap bahan api rujukan adalah

campuran heptana normal (bahan api cenderung-

ketukan) dan isooktana (bahan api tahan ketukan).

Heptana normal mempunyai nombor oktana sifar,

dan isooktana mempunyai nilai 100. Bahan api motor

mempunyai nombor oktana 85 jika ia menghasilkan

ketukan yang sama sebagaimana bahan api rujukan

yang terdiri daripada 85 peratus isooktana dan 15

peratus heptana normal. Kebanyakan petrol

mempunyai nombor oktana dari 80 hingga 100. Lihat

juga Petrol.

UMUM 
SENJATA API

Senjata api ialah sebarang senjata yang

menggunakan serbuk letupan untuk

menembakkan peluru atau kelongsong.

Umumnya, istilah ini digunakan untuk senjata api

ringan seperti raifal, senapang patah, dan pistol.

Ia biasanya dikenali sebagai senjata api ringan .

Senjata api yang lebih berat biasanya dirujuk

kepada artileri .

UMUM 
API (AMERICAN PETROLEUM SYSTEM)Sebuah organisasi yang berpusat di Amerika Syarikat yang menyediakan satu forum kepada industri gas dan minyak supaya memenuhi kehendak polisi negara tersebut.KEJURUTERAANKonsep
PERIUK API

Periuk api ialah alat letupan yang digunakan

dalam peperangan untuk membunuh tentera

musuh dan memusnahkan kapal laut, kereta kebal,

dan peralatan lain kepunyaan pihak musuh.

Sesetengah periuk api meletup apabila seseorang

terpijaknya. Ada juga yang meletup apabila

dilanggar oleh kereta kebal atau jip. Periuk api

direka bentuk agar meletup apabila dialihkan dari

tempatnya atau disentuh. Periuk api yang

diletakkan di dalam air boleh meletup akibat

daripada kesan yang ditinggalkan oleh laluan

kapal. Ia juga boleh meletup dengan menggunakan

alat kawalan jauh.

UMUM 
SENJATA API GATLING

Senjata api Gatling merupakan mesingan

tembakan laju praktikal yang pertama dicipta. Ia

dicipta oleh Richard Jordan Gatling (1818–1903)

seorang pencipta Amerika Syarikat dalam bidang

peralatan pertanian. Gatling memperoleh paten

senjata api ini pada tahun 1862 bagi kegunaan

semasa Perang Saudara Amerika (1861–1865). Ia

mengandungi sepuluh laras yang berputar

dengan pantas di sekeliling aci pusat dengan

menggunakan engkol kendalian tangan. Setiap

lawas dapat diisi melalui graviti, tembakan dan

berputar untuk memberi laluan kepada laras

berikutnya. Model senjata api yang diperbaik

menjadi peralatan piawai bagi Tentera dan

Tentera Laut Amerika Syarikat semasa Perang

Sepanyol-Amerika pada tahun 1898. Senjata api

Gatling moden adalah peralatan piawai dalam

angkatan tentera banyak negara. Lihat Mesingan.

UMUM 
KEBUK BUNGA API

Kebuk bunga api ialah satu alatan saintifik yang

mengeluarkan bunga api sepanjang laluan yang

dilalui oleh zarah subatom yang bercas elektrik.

Melalui cara ini, laluan zarah ini menjadi tampak.

UMUM 
PANCITAN BAHAN API

Pancitan bahan api ialah sistem untuk

menyuntik bahan api ke dalam silinder enjin petrol

atau diesel. Ia menggantikan karburetor apabila

digunakan pada enjin petrol.

UMUM 
API SAINT ELMO

Api Saint Elmo ialah kilauan yang mengiringi

keluarnya elektrik secara tetap daripada objek

tertentu. Ia terhasil semasa ribut petir atau pada

masa lain apabila awan berelektrik, wujud dan ia

boleh dilihat hanya dalam keadaan benar-benar

gelap. Pada masa dahulu, api Saint Elmo biasa

dilihat di sekeliling tiang kapal layar. Hari ini kita

kadangkala melihatnya di sekeliling kipas dan

hujung sayap kapal terbang yang melalui awan

berelektrik. Beberapa orang melaporkan ada

melihat api Saint Elmo di sekitar tanduk lembu.

Nama Elmo adalah daripada Erasmus . Saint Erasmus

dianggap sebagai saint pelindung pelaut-pelaut

Mediterranean.

Lihat juga Kilat (Bentuk kilat).

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas