Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.pi] | اڤي

Definisi : 1 panas dan cahaya yg terjadi apabila sesuatu terbakar; nyala: ~ pelita. 2 panas yg kelihatan berwarna merah tetapi tidak bernyala: ~ rokok. 3 tenaga elektrik; karan elektrik: Rumahnya sudah siap tetapi air dan ~ belum disambungkan lagi. 4 ki perasaan marah, rindu, sayang dsb yg menjadi-jadi; semangat dsb yg meluap-luap: ~ perjuangan; ~ cinta. berapi ada apinya; mengeluarkan api: gunung ~. berapi-api 1 berkobar-kobar; bersemangat: Ucapannya yg ~ itu menaikkan semangat sekalian yg hadir. 2 marah sekali. mengapi-apikan menaikkan semangat; mengobar-ngobarkan: Mereka ~ rakyat negeri itu supaya memberontak. perapian tempat api; keran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.pi] | اڤي

Definisi : ; api-api nama sj serangga perosak tanaman yg badannya berwarna kuning kemerah-merahan, Aspidomorpha miliaris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.pi] | اڤي

Definisi : ; api-api beberapa jenis tumbuh-tumbuhan yg tumbuh pd pohon-pohon lain, Avecennia spp.; Viscum spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata api

Puisi
 

Api-api pangkalan tarap,
     Pucuk meluncur dari Labuan;
Laki-laki jangan diharap,
     Bijak memujuk si perempuan.


Lihat selanjutnya...(122)
Peribahasa

Api nan tak kunjung padam.

Bermaksud :

Semangat yang hidup selama-lamanya. kunjung = segera, lekas.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
fire flankapi apitanapi sisi/api apitanapi apitan/api sisiPerhutanan
fire flailpenyebat apialat pukul api, penyebat apialat pukul api, penyebat apiPerhutanan
fire retardantpenghambat api, perintang apiperintang apiperintang apiPerhutanan
fire brandpicu api, bahan apipicu apipicu apiPerhutanan
API scaleskala APIskala APIskala APIKejuruteraan
API gravitygravitas APIgraviti APIgraviti APIKejuruteraan
auxiliary sparkbunga-api bantu, cetus-api bantubunga-api pembantubunga-api pembantuKejuruteraan
auxiliary sparkbunga-api bantu, cetus-api bantubunga-api pembantubunga-api pembantuKejuruteraan
gun controlpengawasan senjata api; kontrol senjata apikawalan senjata apikawalan senjata apiSains Politik
flash fireapi kilasapi kilatapi kilatKejuruteraan
12345678910...

Kembali ke atas