Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata api-api 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Ahli bomba memadamkan api dengan air. 2. Ahli bomba memadamkan api dengan hos. 3. Ahli bomba memadamkan api dengan saluran paip air. Adakah penggunaan "hos" dan "saluran paip air" boleh digunakan untuk ayat di atas. Mengikut kamus, hos bererti tiub untuk mengalirkan air dari paipnya. Adakah saluran yang digunakan oleh ahli bomba untuk memadamkan api ialah hos?Tiub merujuk tiub yang dibuat daripada getah dan sebagainya untuk menya­lurkan cecair atau gas; manakala saluran ialah sesuatu (seperti paip) yang digunakan untuk mengalirkan benda-benda cair. Merujuk maksud perkataan hos dan saluran tersebut ketiga-tiga contoh ayat tersebut boleh diterima.Tatabahasa14.04.2010
Salam.Saya ingin mendapatkan penggunaan sebenar Penjodoh bilangan untuk pemetik apisebuah pemetik api, namun ada kala penjodoh bilangan tidak diperlukan.

contoh : 1. Saya membeli sebuah pemetik api.
            2.  Saya membeli pemetik api.

Kedua-dua ayat di atas adalah tepat penggunaan tatabahasa bahasa Melayu.
Tatabahasa13.08.2012
Salam sejahtera. Bagaimana hendak membezakan antara "spark" dengan "firework" kerana di sini ia diterjemahkan sebagai "bunga api" (sebenarnya kedua-dua itu mempunyai maksud dan konsep yang berbeza). Jadi adakah "percikan api" lebih sesuai untuk "spark" berbanding "bunga api". Harap boleh berikan keterangan lanjut.

Mengikut Kamus Inggeris Melayu Dewan, spark membawa maksud (1)  bunga  api yang dihasilkan apabila dua ketul batu saling digeselkan; (2) percikan api. Firework ialah bunga api. Dalam bahasa Melayu, sesuatu perkataan boleh dibezakan dengan konteks, contohnya, pesta bunga api – bunga api dalam konteks ini boleh merujuk pada firework, dan juga boleh merujuk pada spark apabila kita memahaminya sebagai pesta percikan api.

Istilah13.02.2014
'Sesungguhnya aku ada melihat api' Soalan : 1. adakah 'ada' dalam ayat ini dikategorikan sebagai kata bantu ragam dengan makna kepastian? Adakah ayat ini gramatis dalam bahasa Melayu?1.  'ada' dalam ayat 'Sesungguhnya aku ada melihat api'  berfungsi sebagai kata kerja dan lebih kepada bentuk bahasa percakapan. Ayat yang gramatis ialah "Sesungguhnya aku melihat api."Tatabahasa26.01.2018
Tuan, minta lihat ayat contoh di bawah. 1. Pemuda itu datang dengan menaiki kereta api. Ayat (1) ialah ayat majmuk pancangan keterangan. Perkataan "dengan" bertugas sebagai kata hubung keterangan cara dalam ayat ini. Andai kata saya menggugurkan kata kerja "menaiki" dalam ayat keterangan "dengan menaiki kereta api", ayat akan menjadi begini: 2. Pemuda itu datang dengan kereta api. Saya hendak bertanya, adakah ayat (2) ialah ayat tunggal atau ayat majmuk pancangan keterangan? Ada orang yang mengatakan bahawa bentuk ayat (2) ialah ayat tunggal. Setelah pengguguran kata kerja "menaiki" dalam ayat keterangan digugurkan, ayat majmuk akan berubah kepada ayat tunggal. Ada hal demikiankah? Satu soalan lagi. Adakah perkataan "dengan" dalam ayat (2) bertugas sebagai kata sendi nama atau masih kata hubung keterangan cara? Bagaimanakah saya membezakan tugas "dengan" sebagai kata sendi nama dan kata hubung?Ayat Pemuda itu datang dengan kereta api ialah ayat tunggal, kata dengan berfungsi sebagai kata sendi nama. Sila rujuk Tatabahasa Dewan berkaitan kata sendi nama dan jenis ayat.  1">Tatabahasa22.12.2014
1. meniup api lilin Adakah frasa ini betul? 2. menonton televisyen atau menonton rancangan televisyen Yang mana satu lebih gramatis dari segi tatabahasa?
Ayat yang gramatis ialah:
i)  menonton rancangan televisyen
ii) meniup api lilin
Tatabahasa23.01.2018
Assalamualaikum. Saya Amin. Soalan saya berkaitan dengan peribahasa "genggam bara api biar sampai jadi arang". Adakah peribahasa ini betul ataupun sebenarnya "genggam bara api biar sampai jadi abu"? Apakah asal-usul peribahasa ini, i.e. mengapakah nenek moyang kita menggunakan bara api sebagai metafora untuk peribahasa ini? Sekian, terima kasih.

1.1; widows: 2; text-transform: none; background-color: rgb(248,249,249); font-style: normal; margin-top: 20px; text-indent: 0px; font-family: 'helvetica neue', helvetica, arial, sans-serif; white-space: normal; orphans: 2; margin-bottom: 10px; letter-spacing: normal; color: rgb(51,51,51); font-size: 24px; font-weight: 500; word-spacing: 0px; font-variant-ligatures: normal; font-variant-caps: normal; -webkit-text-stroke-width: 0px; text-decoration-style: initial; text-decoration-color: initial;">Peribahasa yang betul ialah genggam bara api biar sampai jadi arang yang bermaksud membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya.

Peribahasa tersebut tidak boleh diubah sewenang-wenangnya kerana peribahasa dibuat berdasarkan akal budi yang tinggi orang Melayu berdasarkan ilmu dengan alam persekitaran.

Penyelidikan15.01.2018
Antara berikut ayat manakah bnetul? 1. Ahli bomba sedang memadam api. 2. Ahli bomba sedang memadamkan api. Apakah perbezaan "memadam" dan "memadamkan". Sekiranya ayat tersebut betul atau salah, bolehkah saya tahu mengapa? Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah Ahli bomba sedang memadamkan api. Kata kerja padam menerima apitan men-...-kan untuk membentuk kata kerja transitif, memadamkan. Kata kerja transitif digunakan sebagai unsur predikat yang memerlukan objek atau penyambut. Dalam ayat ini, kata kerja transitif memadamkan menerima satu objek iaitu api.Tatabahasa22.03.2018
1.saya menenangkan hati mangsa kebakaran supaya bersabar. 2. sebuah rumah dijilat api yang marak 3. sesetengah orang membawa baldi yang berisi air untuk memadamkan api yang marak. ayat-ayat ini betul tak ?1. Saya menenangkan mangsa kebakaran supaya bersabar.
2. Sebuah rumah dijilat api yang marak
3 Sesetengah orang membawa baldi yang berisi air untuk memadamkan api yang marak.
Lain-lain20.07.2017
A. Apakah perbezaan 'hembus' dan 'tiup' Antara contoh berikut yang mana betul? 1. Amirul meniup api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. 2. Amirul menghembus api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. B. Penjodoh bilangan bagi 'pingat" Antara contoh berikut yang mana betul? 1. Nabilah telah memenangi beberapa buah pingat dalam sukan berkuda. 2. Nabilah telah memenangi beberapa butir pingat dalam sukan berkuda.

A) Dalam Kamus Dewan menghembus dan meniup sama maknanya iaitu meniup/menghembus, mengeluarkan nafas (udara) dari mulut. Oleh itu, ayat; 1. Amirul meniup api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. dan 2. Amirul menghembus api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. adalah betul.

B) Penjodoh bilangan bagi "pingat" ialah buah, ayat "Nabilah telah memenangi beberapa buah pingat dalam sukan berkuda." adalah betul.

Tatabahasa05.07.2009
123456789

Kembali ke atas