Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ra] | ارا

Definisi : 1. sj tumbuhan (yg termasuk jenis fikus): ~ akar, ~ batu, ~ buluh, dll; 2. sj tumbuhan (bukan jenis fikus); ~ batu dandi, rumput tahi ayam, selasih, tahi anjing, tambak-tambak jantan, Ageratum conyzoides; ~ bukit pokok perut budak, lindung matahari, perah ikan, Pimeleodendron griffithianum; ~ lumut akar kami; gurah peria(t), tukul takal, Croton caudatum; ~ songsang nyarang songsang, Achyranthus aspera; bagai menanti ~ hanyut prb menanti sesuatu yg mungkin datang tetapi lambat, ataupun yg tidak datang-datang; menanti ~ tidak bergetah prb mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin dapat; pinjam (hutang) kayu ~ prb jikalau meminjamkan wang kpd orang besar jangan diharap akan kembali; tinggi kayu ~ dilangkahi, rendah bilang-bilang diselodoki prb melakukan sesuatu hendaklah menurut patutnya, walaupun kadang-kadang ganjil pd perasaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ra] | ارا

Definisi : beberapa jenis pokok, Ficus spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ara

Puisi
 

Potong ara potong kelapa,
     Potong mari belakang mati;
Mabuk arak tidak mengapa,
     Mabukkan janda membawa mati.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Bagai ara hanyut.

Bermaksud :

Tidak terus berjalan ke tempat tujuan, tetapi singgah-singgah di jalan.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
araaraPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Ficus spp. daripada famali Moraceae. Nama tempatan lain di Sabah ialah arah dan kayu ara. Gubal kayu ara berwarna kuning coklat, dan biasanya sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna agak sama. Tekstur kayu ini agak kasar dan tidak sekata kerana terdapat tisu parenkima yang keras. Ketumpatan keringan udara kayu ini berjulat antara 350 hingga 640 kh/m3, dan kayu ini tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut dan ringan. Kayu ini tidak kuat, mudah diproses dan mempunyai sifat pengeringan yang baik. Kayu ini digunakan dalam pembuatan kotak kayu, sepit, dan papan lapis yang bermutu rendah.
araaraKesenianTiadaTiada
AraAra/Al-Mijmarah (Mazbah)MatematikTiadaBuruj kecil hemisfera selatan yang berhampiran dengan Centaurus dalam Bimasakti, dan bintang tercerahnya terdiri daripada bintang magnitud ketiga.
bunga arabunga araKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk bunga ara. sumping atuara.
figbuah araPertanianTiadaTiada
figbuah araPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
Euphorbia hirtaAra TanahPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Euphorbiaceae ini juga dikenali sebagai keremak susu, gelang susu, ambin jantan, lancang dan gendong anak. Tumbuhan ini jenis herba bersaiz kecil dan berbulu. Daunnya tersusun bertentang dan berbentuk lonjong, tangkai daunnya sangat pendek. Bunganya sangat kecil dan berbulu. Getahnya mengandungi alkohol mirikil, tarakserol, fridelin, flavonoid dan tanin. Tumbuhan ini hidup liar di merata tempat. Getahnya digunakan secara luaran untuk merawat sakit mata, kudis, bisul, ketumbit dan puru. Air rebusan atau seduhan digunakan untuk merawat lelah, bronkitis, disentri, bengkak dalam perut, bengkak payudara, diarea, kencing berdarah, sakit kepala, mengeluarkan kahak, melawas kencing dan sebagai ubat kumur untuk mengubati sakit gigi. Tumbuhan ini mempunyai sedikit kesan narkotik, hemostatis, penenang (sedative) dan sudorifik.
Euphorbia hirtaara tanahHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Euphorbiaceae yang dikenali juga sebagai keremak susu, gelang susu, ambin jantan, lancang dan gendong anak. Tumbuhan ini jenis herba bersaiz kecil dan berbulu. Daunnya tersusun bertentang dan berbentuk lonjong, dan tangkai daunnya sangat pendek. Bunganya sangat kecil dan berbulu. Getahnya mengandungi alkohol mirikil, tarakserol, friedelin, flavonoid dan tanin. Tumbuhan ini hidup liar di merata tempat. Getahnya digunakan secara luaran untuk merawat sakit mata, kudis, bisul, ketumbit dan puru. Air rebusan atau seduhannya digunakan untuk merawat lelah, bronkitis, disentri, bengkak dalam perut, bengkak payudara, cirit-birit, kencing berdarah, sakit kepala, mengeluarkan kahak, melawaskan kencing dan sebagai ubat kumur untuk mengubati sakit gigi. Tumbuhan ini mempunyai sedikit kesan narkotik, hemostatis, penenang dan sudorifik.
banyan (Ficus benghalensis)ara (Ficus benghalensis)PertanianTiadaTiada
fig leafapron daun araKesenianTiadaApron kecil sutera hitam yang dipakai oleh wanita pada tahun 1860-an dan 1870-an.
123

Kembali ke atas