Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.rah] | اره

Definisi : 1. hala, jurusan: ia mencari ~ datangnya suara itu; 2. maksud, tujuan: bercakap tidak tentu ~; ~ aliran arah sesuatu pergerakan, perkem­bangan (sama ada makin meningkat atau menurun); ~ ke = ke ~ hala ke, menuju ke, menghadap ke; searah sama arahnya, sehaluan, sejurusan, setujuan; arah-arah Mn serupa, hampir sama; berarah mempunyai arah, berhala, ber­ha­luan, bertujuan: ~ ke selatan; mengarah 1. menghadap ke sesuatu arah, menghala: pintu kota itu ~ ke sebelah barat; 2. membawa kita ke sesuatu arah (bkn jalan, jambatan, dsb), pergi ke sesuatu arah (bkn orang, kenderaan, dsb), menuju: sebuah jam­batan ~ ke Banting; berjalan ~ ke Kajang; 3. memberi tekanan pd sesuatu hal, berat, condong: perbincangan mereka ~ kpd hal yg lebih berat spt masalah kemiskinan orang-orang Melayu; 4. mengepalai, menge­tuai: ~ peperangan melawan pengganas komunis; 5. mengatur (mengurus atau menge­lolakan serta menyelia) sesuatu persembahan seni spt drama (filem dsb): beliau telah ~ beberapa buah filem Melayu; 6. menyuruh kenderaan dsb mengikut sesuatu jalan (bkn polis lalu lintas dsb): polis sedang ~ lalu lintas di kawasan itu setelah beberapa jalan terpaksa ditutup; mengarah-arahi 1. menyamai, menyerupai: rupanya ~ ayahnya; 2. mengecamkan, menandai (melihat utk mengenal): ~ rupa orang; mengarahkan 1. menggerakkan ke arah, menghadapkan, menghalakan: perempuan itu ~ pandangannya pd anaknya; 2. = mengarah-arahkan ark memaksudkan, memperamat-amati benar: ~ keuntungan saja; 3. memberi petunjuk, memberi perin­tah: polis diarahkan bersikap sopan; terarah 1. terhala, tertuju, dimaksudkan: kata-katanya itu ~ kpd lawannya; 2. telah ditentukan arahnya (tujuannya): peran­cangan dan perkembangan yg ~; arahan 1. pimpinan, pengawasan: filem ~ pengarah Hussain Haniff; 2. petunjuk, pe­rintah: duta itu berkata, ~ mengenai perkara ini sedang ditunggu dr Kaherah; ~ bank (Eko) arahan pelanggan kpd bank utk mem­buat pembayaran bagi pihaknya kpd bank lain; 3. ark orang yg menjadi pembantu; pengarahan 1. perbuatan mengarahkan (menghalakan), penghalaan: ~ peluru ber­pandu; 2. perihal mengarah (memberi teka­n­an pd sesuatu, condong terhadap sesuatu, dsb): ~ kpd sesuatu sumber itu bergantung pd sifat pertembungan kebudayaan dan hubungan sosial; pengarah 1. orang yg kerjanya mengarah (filem, drama, dsb); 2. orang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek (jabatan, syarikat, perbadanan, dsb): P~ Per­khidmatan dan Perjawatan; ~ bukan eksekutif pengarah sesebuah syarikat yg bukan ahli sepenuh masa syarikat itu, tetapi mem­berikan khidmatnya dlm mena­sihati pengarah-pengarah lain; ~ eksekutif ahli lembaga sesebuah syarikat yg juga merupakan staf (biasanya sepenuh masa) syarikat itu yg mempunyai tanggungjawab tertentu, mis yg berkaitan dgn kewangan dan pengeluaran; ~ urusan ketua pegawai eksekutif sesebuah syari­kat yg bertanggungjawab kpd lembaga peng­arah dan terhadap keseluruhan pengu­rusan dan perjalanan syarikat; kepengarahan perihal (sifat, bakat, ke­boleh­an dsb) yg berkaitan dgn pengarah: sedia­kanlah diri dgn ilmu ~ dahulu, bukan­nya sekadar mengisi kalendar pengarah di sesebuah produksi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.rah] | اره

Definisi : 1 hala yg dituju; jurusan: Ketika keluar dr biliknya, dia menjeling ke ~ kami. ~ songsang jam arah yg berlawan dgn arah putaran jarum jam. 2 tujuan; maksud: berkata tidak tentu ~ berkata dgn tidak tentu maksudnya. mengarah pergi atau menghadap ke arah tertentu; menghala; menuju: Meriam-meriam itu telah dipasang ~ ke laut. mengarahkan 1 menggerakkan sesuatu ke arah; menghalakan; menujukan; menghadapkan: Sambil berundur hendak lari, penyamun itu ~ pistolnya kpd kami. 2 mengeluarkan perintah dsb kpd; memerintahkan: Kapten tsb ~ orang-orang bawahannya mengepung kubu pengganas itu. 3 memimpin perusahaan, jabatan dsb; mengurus; mengelolakan: Seorang yg berpengalaman selama beberapa belas tahun dilantik utk ~ syarikat perniagaan itu. arahan 1 pimpinan; kelolalan: Drama itu dipentaskan di bawah ~ Encik Kassim. 2 perintah: Kerajaan telah mengeluarkan ~ melarang bermain mercun. ~ komputer ist arahan yg diberikan kpd komputer utk melaksanakan tugas tertentu. pengarahan perihal, perbuatan dsb mengarah atau mengarahkan. pengarah orang yg mengarahkan; pengelola (dlm sesuatu jabatan dsb): ~ Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka. ~ urusan ketua pegawai eksekutif sesebuah syarikat yg bertanggungjawab kpd lembaga pengarah dan terhadap seluruh pengurusan dan perjalanan syarikat tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arah

Puisi
 

Tanjung Sempit Kuala Tembeling,
     Arah menghala Lautan Cina;
Dia mengenyit saya menjeling,
     Kenapa seorang jadi merana.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti pikat kehilangan mata.

Bermaksud :

Bingung tak tentu arah. pikat = sebangsa lalat besar.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
easterlyadv 1. from the east, dr (arah) timur: the wind blew ~, angin bertiup dr (arah) timur; 2. towards the east, ke (arah) timur: the ship was sailing ~, kapal itu sedang belayar ke arah timur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
directionn 1. point towards which person or thing moves or faces, arah, hala: the wind blew in a south-west ~, angin bertiup ke arah barat daya; the crowd scattered in all ~s, orang ramai bertempiaran ke semua arah; ~ of flow, arah aliran; have a /good, poor/ sense of ~, /pandai, tdk pandai/ /menuju arah, mencari jalan/; in the ~ of, menghala ke: they drove in the ~ of Paris, mereka memandu menghala ke Paris; 2. order, arahan: stage ~, arahan pentas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
towards, towardprep 1. in the direction of, ke arah: I saw him coming ~ me, saya nampak dia datang ke arah saya; they all turned ~ the speaker, mereka semua berpusing ke arah penceramah; the car was travelling ~ the city, motokar itu sedang bergerak ke arah bandar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
westwardadv also westwards ke arah barat: they travelled ~ to the coast, mereka mengembara ke arah barat menghala ke pantai; the town lies ~ of the mountain, bandar itu terletak ke arah barat gunung itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
way5. direction, arah, hala: there’s a policeman coming our ~, ada polis yg sedang menuju ke arah kita; look the other ~ if you can’t stand the sight of blood, pandang ke arah lain kalau kamu tdk tahan melihat darah; 6. road, path (esp in names) jalan: the two shopping complexes are linked by a covered pedestrian ~, kedua-dua kompleks beli-belah itu dihubungkan oleh jalan beratap utk pejalan kaki; the Pennine W~ is about 200 miles long, Jalan Pennine itu kira-kira 200 batu panjangnya; 7. entrance or exit, pintu: the thief escaped through the back ~, pencuri itu lari melalui pintu belakang; I’m looking for the ~ in, saya mencari pintu masuk; “~ in”, “masuk”; “~ out”, “keluar”;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
towards, toward2. along a course leading to, ke arah: the discussion is heading ~ a deadlock, perbincangan itu menuju ke arah kebuntuan; let us hope that this is a step ~ peace, marilah kita berharap supaya ini menjadi satu langkah ke arah perdamaian;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
navigatevi 1. direct, control course of ship or aircraft, memandu arah, berkemudi: to ~ by the stars, berkemudi dgn berpandukan bintang; to ~ by instrument, memandu arah dgn berpandukan alat; 2. assist driver by pointing out the route, memandu arah: I’ll drive, and you ~, saya memandu dan kamu memandu arah; 3. sail, belayar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
landwardadj arah ke darat: on the ~ side, bahagian arah ke darat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
landwardadj arah ke darat: on the ~ side, bahagian arah ke darat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
trendn 1. movement, development in a particular direction, arah aliran, trend: there is a ~ towards a more liberal approach, terdapat arah aliran yg cenderung kpd pendekatan yg lebih liberal; the ~ of prices in industry must be closely followed, arah aliran harga dlm industri mesti benar-benar diikut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas