Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.rah] | اره

Definisi : 1. hala, jurusan: ia mencari ~ datangnya suara itu; 2. maksud, tujuan: bercakap tidak tentu ~; ~ aliran arah sesuatu pergerakan, perkem­bangan (sama ada makin meningkat atau menurun); ~ ke = ke ~ hala ke, menuju ke, menghadap ke; searah sama arahnya, sehaluan, sejurusan, setujuan; arah-arah Mn serupa, hampir sama; berarah mempunyai arah, berhala, ber­ha­luan, bertujuan: ~ ke selatan; mengarah 1. menghadap ke sesuatu arah, menghala: pintu kota itu ~ ke sebelah barat; 2. membawa kita ke sesuatu arah (bkn jalan, jambatan, dsb), pergi ke sesuatu arah (bkn orang, kenderaan, dsb), menuju: sebuah jam­batan ~ ke Banting; berjalan ~ ke Kajang; 3. memberi tekanan pd sesuatu hal, berat, condong: perbincangan mereka ~ kpd hal yg lebih berat spt masalah kemiskinan orang-orang Melayu; 4. mengepalai, menge­tuai: ~ peperangan melawan pengganas komunis; 5. mengatur (mengurus atau menge­lolakan serta menyelia) sesuatu persembahan seni spt drama (filem dsb): beliau telah ~ beberapa buah filem Melayu; 6. menyuruh kenderaan dsb mengikut sesuatu jalan (bkn polis lalu lintas dsb): polis sedang ~ lalu lintas di kawasan itu setelah beberapa jalan terpaksa ditutup; mengarah-arahi 1. menyamai, menyerupai: rupanya ~ ayahnya; 2. mengecamkan, menandai (melihat utk mengenal): ~ rupa orang; mengarahkan 1. menggerakkan ke arah, menghadapkan, menghalakan: perempuan itu ~ pandangannya pd anaknya; 2. = mengarah-arahkan ark memaksudkan, memperamat-amati benar: ~ keuntungan saja; 3. memberi petunjuk, memberi perin­tah: polis diarahkan bersikap sopan; terarah 1. terhala, tertuju, dimaksudkan: kata-katanya itu ~ kpd lawannya; 2. telah ditentukan arahnya (tujuannya): peran­cangan dan perkembangan yg ~; arahan 1. pimpinan, pengawasan: filem ~ pengarah Hussain Haniff; 2. petunjuk, pe­rintah: duta itu berkata, ~ mengenai perkara ini sedang ditunggu dr Kaherah; ~ bank (Eko) arahan pelanggan kpd bank utk mem­buat pembayaran bagi pihaknya kpd bank lain; 3. ark orang yg menjadi pembantu; pengarahan 1. perbuatan mengarahkan (menghalakan), penghalaan: ~ peluru ber­pandu; 2. perihal mengarah (memberi teka­n­an pd sesuatu, condong terhadap sesuatu, dsb): ~ kpd sesuatu sumber itu bergantung pd sifat pertembungan kebudayaan dan hubungan sosial; pengarah 1. orang yg kerjanya mengarah (filem, drama, dsb); 2. orang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek (jabatan, syarikat, perbadanan, dsb): P~ Per­khidmatan dan Perjawatan; ~ bukan eksekutif pengarah sesebuah syarikat yg bukan ahli sepenuh masa syarikat itu, tetapi mem­berikan khidmatnya dlm mena­sihati pengarah-pengarah lain; ~ eksekutif ahli lembaga sesebuah syarikat yg juga merupakan staf (biasanya sepenuh masa) syarikat itu yg mempunyai tanggungjawab tertentu, mis yg berkaitan dgn kewangan dan pengeluaran; ~ urusan ketua pegawai eksekutif sesebuah syari­kat yg bertanggungjawab kpd lembaga peng­arah dan terhadap keseluruhan pengu­rusan dan perjalanan syarikat; kepengarahan perihal (sifat, bakat, ke­boleh­an dsb) yg berkaitan dgn pengarah: sedia­kanlah diri dgn ilmu ~ dahulu, bukan­nya sekadar mengisi kalendar pengarah di sesebuah produksi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.rah] | اره

Definisi : 1 hala yg dituju; jurusan: Ketika keluar dr biliknya, dia menjeling ke ~ kami. ~ songsang jam arah yg berlawan dgn arah putaran jarum jam. 2 tujuan; maksud: berkata tidak tentu ~ berkata dgn tidak tentu maksudnya. mengarah pergi atau menghadap ke arah tertentu; menghala; menuju: Meriam-meriam itu telah dipasang ~ ke laut. mengarahkan 1 menggerakkan sesuatu ke arah; menghalakan; menujukan; menghadapkan: Sambil berundur hendak lari, penyamun itu ~ pistolnya kpd kami. 2 mengeluarkan perintah dsb kpd; memerintahkan: Kapten tsb ~ orang-orang bawahannya mengepung kubu pengganas itu. 3 memimpin perusahaan, jabatan dsb; mengurus; mengelolakan: Seorang yg berpengalaman selama beberapa belas tahun dilantik utk ~ syarikat perniagaan itu. arahan 1 pimpinan; kelolalan: Drama itu dipentaskan di bawah ~ Encik Kassim. 2 perintah: Kerajaan telah mengeluarkan ~ melarang bermain mercun. ~ komputer ist arahan yg diberikan kpd komputer utk melaksanakan tugas tertentu. pengarahan perihal, perbuatan dsb mengarah atau mengarahkan. pengarah orang yg mengarahkan; pengelola (dlm sesuatu jabatan dsb): ~ Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka. ~ urusan ketua pegawai eksekutif sesebuah syarikat yg bertanggungjawab kpd lembaga pengarah dan terhadap seluruh pengurusan dan perjalanan syarikat tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arah

Puisi
 

Tanjung Sempit Kuala Tembeling,
     Arah menghala Lautan Cina;
Dia mengenyit saya menjeling,
     Kenapa seorang jadi merana.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti pikat kehilangan mata.

Bermaksud :

Bingung tak tentu arah. pikat = sebangsa lalat besar.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah betul? 1. Menuju ke 2. Menuju ke arah 3. Menuju arah ke 4. Ke arah 5. Arah keFrasa yang betul ialah menuju ke, menuju ke arah dan ke arah.Tatabahasa26.09.2013
Yang manakah tepat? 1. Menuju ke arah. 2. Menuju arah ke. Jawapan yang diberikan oleh pihak khidmat nasihat dbp berpendapat bahawa frasa menuju ke arah adalah tepat, tetapi frasa menuju arah ke dijumpai dalam kamus dewan edisi keempat dalam laman web PRPM. Minta penjelasan untuk mengelakkan kekeliruan. Sekian, terima kasih.Kedua-dua frasa menuju ke arah dan menuju arah ke boleh digunakan mengikut konteks ayat.

Contoh ayat;

1.  Peluru berpandu ialah peluru yang boleh dikawal secara elektronik semasa penerbangannya untuk menuju ke arah sasarannya.

2. Para pelajar berjalan menuju arah ke dewan makan.
Tatabahasa26.09.2013
"TOWARDS HOLISTIC EXCELLENCE" KE ARAH KECEMERLANGAN HOLISTIK KE ARAH KECEMERLANGAN MENYELURUHKE ARAH KECEMERLANGAN MENYELURUHLain-lain22.12.2010
atas dunia ini atau di atas dunia ini?Atas ialah kata arah dan kata arah lazimnya hadir sebelum frasa nama atau sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Penggunaan atas dunia atau di atas dunia kurang tepat untuk frasa tersebut kerana dunia tidak menandakan arah atau jurusan.Tatabahasa13.09.2011
Saya ibroheng saoyanya sedang belajar bahasa melayu dasar di Universiti Fatoni selatan thai, Ingin bertanya DPP tentang tatabahasa, Apakah kata arah? Teremakasih.Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Antara contoh kata arah yang sering digunakan dalam bahasa Melayu ialah atas, antara, segi, sudut, selatan dan sebagainya. Puan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 286 untuk lanjut.Tatabahasa14.12.2013
Tuan, bagaimanakah ayat di bawah dibetulkan? 1. Kami tidak mahu terbawa-bawa ke dalam perselisihan faham antara ahli-ahli keluarga awak. Pada saya, ada dua kesalahan dalam ayat ini. Pertama, penggunaan kata sendi nama "ke dalam" salah. Sebenarnya "ke dalam" ialah kata arah, kerana kata arah "dalam" didahului oleh kata sendi nama "ke". Jadi, "ke dalam" ialah kata arah yang menunjukkan arah. Walhal (sedangkan) frasa nama "perselisihan faham" ialah sesuatu yang abstrak, maka tidak boleh digunakan dengan kata arah "ke dalam" untuk menunjukkan arah. Jadi, frasa sendi nama "ke dalam perselisihan faham" adalah salah pada pandangan saya. Kedua, frasa sendi nama "antara ahli-ahli keluarga awak" juga salah, disebabkan oleh perkataan "ahli-ahli" ialah kata ganda yang membawa maksud jamak, pada masa yang sama kata sendi nama "antara" juga membawa maksud yang jamak. Oleh itu, kata nama yang mengikut "antara" tidak perlu digandakan. Saya berpendapat, frasa yang betul ialah "antara ahli keluarga awak". Apakah pendapat tuan?Pandangan tuan betul, ayat yang gramatis ialah "Kami tidak mahu terbawa-bawa dalam perselisihan faham antara ahli keluarga awak".

Tatabahasa09.12.2014
Yang mana betul bagi tajuk: Kemajuan Ke Arah Pembangunan Mampan atau Kemajuan ke arah Pembangunan MampanTajuk yang betul ialah "Kemajuan ke Arah Pembangunan Mampan".Tatabahasa10.02.2014
salam, ayat manakah yang betul? 1) Mereka bergerak pada arah yang bertentangan. 2) Mereka bergerak dalam arah yang bertentangan. Terima kasih.

Ayat yang betul: Mereka bergerak pada arah yang bertentangan.

Tatabahasa20.10.2021
Dalam cakap ajuk, harus meletakkan koma atau noktah di hujung ayat? Misalnya:- "Cuci baju kamu," arah ibu kepada Amin. "Cuci baju kamu." arah ibu kepada Amin.Tanda koma perlu diletakkan di hujung ayat, contohnya  "Cuci baju kamu," arah ibu kepada Amin.Lain-lain27.10.2015
terpesong(daripada arah atau landasan yang sewajarnya ) apakah perkataan bagi penerangan di atas? terima kasih..Kami tidak menjawab soalan teka silang kata.Lain-lain17.04.2010
12345678910...

Kembali ke atas