Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. 'dari sudut' pandang 'dari segi. pendapatan merujuk kepada ungkapan di atas dalam keadaan yang macam mana kita boleh mengguna pakai 'dari sudut...' dan konteks macam mana kita boleh mengguna pakai 'dari segi...' ? terima kasih

Antara maksud sudut termasuklah pokok atau dasar pandangan (penelitian, penyelidikan, dan sebagainya),  arah pandangan, atau segi; manakala segi dikiaskan kepada pandangan terhadap sesuatu atau disebut sebagai sudut pandang. Berdasarkan huraian tersebut, frasa yang betul ialah 'dari sudut pandang'. Frasa 'dari segi' lebih kepada aspek atau bahagian yang diberikan perhatian, seperti 'dari aspek fizikal'.

Tatabahasa03.04.2011
Mohon semakan adaakh ayat ini tepat?: Ke arah merangsang realisasi ciri pandangan-pandangan menyeluruh tentang sistem perundangan Islam, buku ini menggariskan kesan/masalah pemikiran kehakiman yang berdasarkan prinsip asbab

Ayat yang betul ialah “Untuk merealisasikan pandangan menyeluruh tentang sistem perundangan Islam, buku ini menggariskan kesan atau masalah pemikiran kehakiman yang berdasarkan asbab”.

Tatabahasa27.11.2022
Apakah masalah dari sedi penggunaan kata dalam ayat-ayat ini: 1. Setiap kelas diminta membina SUDUT bacaan masing-masing. 2. Dia tidak dapat menerima SUDUT pandangannya yang agak keterlaluan itu. Terima KasihSUDUT (KAMUS DEWAN EDISI EMPAT)
1.
penjuru (bilik, halaman, kain, padang, dll), ceruk, pojok (rumah dll 2. bidang atau luas antara dua garisan atau permukaan yg bertemu 3. = sudutan tempat yg terletak jauh, ceruk rantau, pelosok: kapal pengangkut tentera dr Rabaul telah mengelilingi ~ timur New Guinea utk melakukan pendaratan di Port Moresby; 4. pokok atau dasar pandangan (penelitian, penyelidikan, dll), arah pandangan, segi;.


Kedua-dua penggunaan perkataan 'sudut' adalah tepat.
Tatabahasa15.10.2012
Salam, saya ingin bertanya: Hilang dari pandangan. ATAU Hilang daripada pandangan Kata sendi nama DARI digunakan untuk tempat, masa, dan arahJika pandangan dalam konteks ayat tersebut merujuk kepada tempat memandang maka kata sendi yang betul ialah dari - hilang dari pandangan, manakala jika pandangan dalam konteks ayat tersebut merujuk kepada hasil memandang maka penggunaan kata sendi yang betul ialah daripada - hilang daripada pandangan.Tatabahasa21.07.2010
Tuan, bagaimanakah ayat di bawah dibetulkan? 1. Kami tidak mahu terbawa-bawa ke dalam perselisihan faham antara ahli-ahli keluarga awak. Pada saya, ada dua kesalahan dalam ayat ini. Pertama, penggunaan kata sendi nama "ke dalam" salah. Sebenarnya "ke dalam" ialah kata arah, kerana kata arah "dalam" didahului oleh kata sendi nama "ke". Jadi, "ke dalam" ialah kata arah yang menunjukkan arah. Walhal (sedangkan) frasa nama "perselisihan faham" ialah sesuatu yang abstrak, maka tidak boleh digunakan dengan kata arah "ke dalam" untuk menunjukkan arah. Jadi, frasa sendi nama "ke dalam perselisihan faham" adalah salah pada pandangan saya. Kedua, frasa sendi nama "antara ahli-ahli keluarga awak" juga salah, disebabkan oleh perkataan "ahli-ahli" ialah kata ganda yang membawa maksud jamak, pada masa yang sama kata sendi nama "antara" juga membawa maksud yang jamak. Oleh itu, kata nama yang mengikut "antara" tidak perlu digandakan. Saya berpendapat, frasa yang betul ialah "antara ahli keluarga awak". Apakah pendapat tuan?Pandangan tuan betul, ayat yang gramatis ialah "Kami tidak mahu terbawa-bawa dalam perselisihan faham antara ahli keluarga awak".

Tatabahasa09.12.2014
Apakah istilah yang sesuai untuk menerangkan perubahan arah sesuatu objek apabila kita putarkan objek itu? Dilampirkan istilah dan penerangan yang saya rasa sesuai dalam lampiran.Soalan yang dikemukakan berkaitan dengan soalan sebelum ini, iaitu faktor baharu yang mempengaruhi bentuk bayang-bayang. Jawapan kami: "Dalam Kamus Dewan, kedudukan bermaksud keadaan yang sebenar, dan keadaan ialah hal atau kedudukan pada sesuatu ketika. Pada pandangan kami senget atau terbalik masih boleh diklasifikasikan dalam kedudukan sesuatu objek, melainkan ada dapatan lain/baharu yang menyatakan sebaliknya. Dalam hal ini, ada baiknya dapatan yang ditemukan (jika persis) dibincangkan dengan Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP." Maklumat tambahan yang dapat kami berikan, dalam bidang Matematik orientasi diterjemahkan kepada penentuan hala terhadap sesuatu, atau hala, seperti ikut arah jam, lawan arah jam, sebelah kiri, sebelah kanan, dan sebagainya. Berdasarkan visual yang dilampirkan, pergerakan yang berlaku ialah lawan arah jam. Oleh itu, pada pandangan kami perkataan hala boleh digunakan.Tatabahasa19.01.2014
Mohon pandangan dari segi bahasa dan penggunaannya berhubung cadangan nama Jabatan Landskap, kehijauan Bandar dan Ekologi bagi tujuan memantapkan fungsi Jabatan Landskap, MBPJ ke arah usaha menghijaukan bandar dan menyediakan persekitaran hidup yang selesa, sihat dan berkualiti untuk didiami.

Saudara Zurai,

Kami mencadangkan nama berikut: Jabatan Landskap dan Ekologi Bandar

Lain-lain12.06.2009
Pada pandangan tuan, mengapa penggunaan 'bertujuan untuk' dianggap lewah? Adakah disebabkan maksud 'tuju' dan 'untuk' adalah sama? Kerana saya lihat pada laman PRPM maksud tuju dan untuk adalah berbeza. 'tuju' membawa maksud arah manakala 'untuk' membawa maksud ditentukan.Penggunaan bertujuan untuk, menyatakan sesuatu perkara ditujukan untuk siapa atau apa. Ianya boleh dianggap betul sebab penting adanya kejelasan fikiran pada rangkai kata tersebut. Begitulah juga yang sama bentuknya seperti bersama-sama dengan,  dipersembahkan kepada, disampaikan kepada, berbakti kepada, diserikan dengan, dibuat untuk, bergantung pada yang merupakan frasa sendi. Oleh itu, bertujuan untuk tidak salah digunakan walaupun lewah, terserahlah kepada pengguna berdasarkan gaya berbahasa  tertentu sama ada klasik,  konvensional dan tertib.Tatabahasa02.12.2020
Perkataan `barat’ dan `timur’ ialah kata nama am sebagai penunjuk arah atau lokasi. Bagaimanapun sering saya temui tulisan dalam artikel, jurnal dan berita, huruf `B’ dan `T’ ditulis bermula dengan huruf besar. Contoh: 1. Pemerintah di Timur dan Barat menganggap … 2. Pandangan sarjana Barat tentang fenomena ini agak … 3. Masyarakat Barat sering melihat masyarakat Timur sebagai bangsa yang … Mohon dijelaskan, apakah alasannya? Tidak bolehkah huruf `T’ dan `B’ itu ditulis menggunakan huruf kecil `t’ dan `b’ atas sifatnya bukan nama khas tetapi nama am. Apakah panduan yang boleh diguna pakai dalam hal ini. Sekian, terima kasih.Merujuk kepada soalan tuan, setelah membuat tinjauan entri  kamus dapatlah dirumuskan seperti berikut:

1. Jika merujuk kepada arah mata angin: utara, selatan, timur, barat dan lain-lain ialah kata nama nama (huruf kecil) contoh: dikir barat, angin timur laut, selatan Semenanjung dan utara Semenanjung.

2. Jika merujuk tempat atau kawasan yang sudah diwartakan, jelas itu kata nama khas (huruf besar). Contoh: Malaysia Barat, Malaysia Timur, Asia Tenggara, Hemisfera Barat, DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Utara, Dasar Pandang ke Timur dan lain-lain lagi.

Kesimpulannya huruf besar dan huruf kecil adalah betul bergantung pada konteks makna yang diingini.

Bagi ayat 1,2 dan 3  di atas merujuk kawasan geografi secara umum, justeru huruf kecil t (timur) dan b (barat) mesti digunakan (sarjana barat, sarjana timur, masyarakat barat, masyarakat timur)

Oleh itu, Alasan yang kukuh untuk menentukan jenis huruf ialah aspek konteks/semantik yang ingin dinyatakan oleh penulis.
Ejaan16.01.2018
salam sejahtera ! 1. sampai di sekolah 2. sampai ke sekolah 3. diantara saya dan ibu 4. diantara saya dengan ibu Mohon pandangan tuan, yang mana betul... T.kasih1. Sampai di sekolah - menunjukkan tempat ketibaannya, kata sendi nama "ke"  menunjukkan arah atau tempat yang ditujui seperti "berjalan kaki ke sekolah".
3. "Antara saya dengan ibu".  
Tatabahasa23.07.2015
12

Kembali ke atas