Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ra.han] | ارهن

Definisi : 1. pimpinan, pengawasan: filem ~ pengarah Hussain Haniff; 2. petunjuk, pe­rintah: duta itu berkata, ~ mengenai perkara ini sedang ditunggu dr Kaherah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ra.han] | ارهن

Definisi : 1 pimpinan; kelolalan: Drama itu dipentaskan di bawah ~ Encik Kassim. 2 perintah: Kerajaan telah mengeluarkan ~ melarang bermain mercun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arahan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pergi berkumur Pergi berlari Arahan- arahan di atas betul ke?Ayat Pergi berkumur dan Pergi berlari adalah betul.Tatabahasa30.08.2022
patuh kepada arahan atau patuh akan arahan? terima kasihFrasa yang betul ialah "patuh kepada arahan", kata sendi nama akan hadir selepas kata adjektif yang bersifat emotif seperti "saying akan anaknya".Tatabahasa13.06.2013
Askm.Saya ingin bertanyakan beberapa soalan mengenai maksud arahan dan soalan:ARAHAN:-Tulis perkataan BETUL pada penyataan betul dan SALAH pada penyataan salah dibawah. Soalan: Ayah,boleh saya tolong ayah mencuci kereta. Jawapan - BETUL. 1. Apakah maksud penyataan dalam konteks arahan ini? 2. Perlukah ayat (soalan)perlu diletak tanda soal di akhir ayat?(kerana tidak salah saya hanya ada perkataan kata tanya sahaja perlu diletak ini kerana ia adalah ayat penyata). 3. Kalau perlu diletak tanda baca,adakah ayat itu salah dan jawapannnya adalah SALAH dalam konteks arahan?kenapa? terima kasih.

Puan Norsyariza,Berdasarkan ayat yang diberikan oleh puan, iaitu: Ayah, boleh saya tolong ayah mencuci kereta.   (1) Dalam menentukan jenis ayat ini, puan disarankan agar mengenal pasti jenis-jenis ayat  dalam bahasa Melayu. Ayat  bahasa Melayu  boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu  (i) ayat penyata, (ii)ayat tanya, (iii) ayat perintah dan (iv) ayat seruan.(i) Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal.  Contoh ayat: Abdullah sedang tidur.(ii) Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Contoh ayat: Siapakah orang itu?(iii) Ayat perintah ialah ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu suruhan, larangan, silaan dan permintaan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis berikut:(i) Ayat suruhan (ii) Ayat larangan (iii) Ayat silaan  dan (iv) Ayat permintaan.  Ayat suruhan ialah ayat yang digunakan dengan tujuan memberi perintah atau arahan. Contoh ayat: Keluar kamu dari bilik ini!.   Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah, atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. Contoh ayat: Jangan ambil harta orang.  Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Contoh ayat: Sila serahkan borang ke pejabat.     Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan, seperti minta dan tolong, dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan. Contoh ayat: Tolong tutup pintu itu. Ayat seruan ialah ayat yang disertai kata seru dan diakhiri dengan tanda seru (!). Contohnya: Aduh, sakitnya kepalaku!

    Berdasarkan ayat puan seperti di atas, maka jelaslah ayat ini merupakan  ayat permintaan. Hal ini demikian, kerana anaknya memohon permintaan untuk menolong ayahnya mencuci kereta.  Tambahan kata yang digunakan ialah "tolong".

 (2) Contoh ayat yang puan berikan ini tidak perlu diletakkan tanda tanya (?) kerana ayat ini bukan ayat tanya atau ayat seruan. 

Tatabahasa23.03.2009
Manakah yang betul? 1. warga sekolah atau semua warga sekolah? 2. patuh pada arahan / patuh kepada arahan1. Frasa yang betul ialah warga sekolah kerana warga telah menunjukkan jamak.
2. Patuh pada arahan.
Tatabahasa29.05.2012
Saya ingin memohon pencerahan mengenai arahan di bawah. Arahan yang manakah lebih tepat: 1. Sambung garisan putus-putus. 2. Sambung garis putus-putus. Atau ada cadangan yang lebih baik daripada pihak tuan.Dalam Kamus Dewan,  perkatan garis dan garisan ditakrifkan sebagai tanda panjang halus yang dibuat pada sesuatu permukaan.

Contoh penggunaan garis dan garisan: garis panduan, garis kasar (rangka),garis-garis di tapak tangan,   garisan Khatulistiwa, garisan kontur,garisan penamat.

Dalam contoh yang diberikan penggunaan kedua-duanya boleh digunakan.

Tatabahasa11.08.2016
APAKAH PERKATAAN YANG SESUAI UNTUK MENUNJUKKAN PERBUATAN TIDAK AKUR DENGAN SESUATU ARAHAN? CTH: LAPORAN KETIDAKAKURAN/KETAKURAN ARAHAN PENGGUBALANLAPORAN KETIDAKAKURAN ARAHAN PENGGUBALANIstilah10.10.2014
Ayat yang mana satu betul? Bolehkah perkataan"adalah" digunakan sebelum kata kerja "berkuat kuasa"? Mohon penjelasan. 1) Arahan ini adalah berkuat kuasa dengan serta merta. 2) Arahan ini berkuat kuasa dengan serta merta.Ayat yang gramatis ialah "Arahan ini berkuat kuasa dengan serta-merta".Tatabahasa03.05.2013
Salam, apakah arahan soalan yang sesuai dan betul? 1. Baca petikan, kemudian pindahkan maklumat dalam bentuk grafik. 2. Baca petikan, kemudian pindahkan maklumat kepada bentuk grafik. Terima kasih.Ayat yang sesuai "Baca petikan, kemudian pindahkan maklumat kepada bentuk grafik".Tatabahasa18.12.2013
Salam, apakah arahan yang sebetulnya diterima untuk arahan bagi bentuk soalan menggariskan jawapan yang betul?Adakah Garisi kata kerja (jawapan) yang betul atau Gariskan kata kerja (jawapan) yang betul?. Terima kasih. Saya ingin selaraskan untuk gaya editing bahan penerbitan kami. Terima kasih.Akhiran -kan membentuk kata kerja transitif. Kata kerja yang menerima akhiran -kan tanpa awalan wujud dalam dua jenis ayat tertentu sahaja, iaitu: ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan kedua, contohnya Rencana itu saya bukukan; dan ayat suruhan, contohnya Belikan saya sebuah buku. Ayat yang dinyatakan merupakan ayat berbentuk ayat suruhan. Maka, frasa yang tepat ialah Gariskan kata kerja yang betul. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 185 untuk keterangan lebih lanjut.Tatabahasa25.02.2013
Adakah arahan penggunaan nama bahasa Malaysia sudah ditarik balik (dimansuhkan)? Jikalau benar, mohon nyatakan pihak yang mengeluarkan arahan pemansuhan itu dan tarikhnya.
Tidak isu tentang pemansuhan penggunaan istilah bahasa Malaysia kerana mengikut Perlembagaan Malaysia istilah yang betul ialah bahasa Melayu. Tidak ada pindaan kepada Perkara 152 dalam Perlembagaan. Walau bagaimanapun kabinet Malaysia telah mengeluarkan arahan agar istilah bahasa Malaysia digunakan menggantikan istilah bahasa Melayu bagi tujuan perpaduan. Dalam hal ini kami berpendapat penggunaan bahasa Melayu atau bahasa Malaysia perlu disesuaikan mengikut konteks penggunaannya. contohnya, jika penggunaan ini bagi tujuan ilmu maka istilah bahasa Melayu yang paling tepat digunakan kerana bahasa itu disandarkan kepada peradaban Melayu.
Lain-lain23.12.2012
12345678910...

Kembali ke atas