Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öa.ral]/[a.ral] | عرل

Definisi : Ar halangan, gendala, rintangan: kalau tidak ada ~, saya akan datang; ~ gendala = ~ melintang = ~ menggalang halangan yg datang; mengaralkan menyebabkan ada aral, me­rintangi, menggendalakan: ~ sesuatu maksud. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öa.ral]/[a.ral] | عرل

Definisi : sesuatu yg menggendalakan atau menghambat; halangan; gendala: Kalau tidak ada ~, besok saya pergi. mengaralkan menyebabkan sesuatu tidak dpt dilaksanakan; menghalang; menggendalakan: Semoga tidak ada apa-apa yg ~ perjalanan kami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aral


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
development constraintshalangan pembangunanPentadbiranPentadbiran Awam

Aral, gangguan, rintangan dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pihak berwajib dalam proses membina, memajukan, mengembangkan dan memodenkan negara. Terdapat pelbagai bentuk halangan pembangunan seperti masalah sosial, kewangan, kemiskinan, pengangguran, inflasi, perpecahan dalam masyarakat, rasuah, teknologi dan lain-lain lagi. Rintangan dan halangan tersebut akan membantutkan usaha pihak pemerintah untuk membangunkan negara. Sebagai contoh, pihak kerajaan terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang banyak dalam usaha membasmi masalah sosial seperti penagihan dadah, yang mana sepatutnya wang tersebut boleh dibelanjakan untuk membangunkan kemudahan infrastruktur dan pelbagai lagi kemudahan kepada masyarakat.


Kembali ke atas